Antara
satu dua tiga
semua punya makna berbeza
bagi setiap jiwa
walau semua sama
hanya diri yang dapat bersuara
apa yang bergelora.
***
Membuka kantung e-mel petang tadi mebuatkan
darah menyerbu ke muka. Adakah kawanku ini sudah hilang tahap kewarasannya.
Adakah patut bagi seorang pelajar berfikiran begitu? Jika sekarang kita
dihidangkan dengan berbagai berita lompat parti, aku disaji dengtan berita
kawan aku yang seakan sudah hilang warasnya mahu berhenti belajar. Satu situasi
yang tidak wajar untuk aku hadapi sekarang.Walaupun perasaan manusia itu tidak
sama, namun perlu ada langkah kawalan.
Alasan yang tak dapat diterima akal sungguh. Adakah patut katanya dia tak boleh nak bawa Bahasa Inggeris. Bukankah itu agak tidak logik. Dia belajar di universiti tersohor, tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh sedangkan mereka yang tidak diterima belajar sanggup naik tunggu pejabat kementerian untuk memohon walau satu tempat untuk belajar. Ya, aku marah sebenarnya pada dia, Cuma aku jauh untuk aku cubit pahanya, untuk marah-marah. Boleh e-mel, mesej. Itulah yang dapat aku tolong. Dan para pelawat blog ini boleh sama-sama doakan dia tidak mengambil keputusan gila itu.
Aku hubungi dia tadi. Aku dapat rasa yang air mata lebat menuruni pipinya. Bicara yang tersekat-sekat kerana sendu.Katanya hatta sekarang otaknya seakan tidak mampu berfikir dengan waras. Bisikan-bisikan itu tetap hadir di telinga. Terdetik pula simpati pada duka sahabat sendiri. Aku hanya boleh mendengar, bagaimana mahu menolong? Kata-kata dan nasihat sahaja yang dapat aku berikan. Aku rasa seperti mahu peluk dan belai dia saat ini. Biar dia rasa hangatnya belaian sahabat yang sayangkan pada keintelektualan sahabat ini. Kasihan, dia pandai, namun diuji dengan perasaan ini.
Dalam akalku berlegar sedikit persoalan akan kawan yang aku sayang ini...
1. Sebelum ini, dia amat kedekut masalah, tapi kenapa bila segenting ini rasanya mahu berkongsi? Namun aku ucapkan syukur kerana dia mahu juga bercerita. Adakah dia akan jadi budak psiko pula lepas ini?
2. Adakah dia sebenarnya sakit? Tapi selalunya orang sakit lebih kuat semangat daripada mereka yang sihat.
3. Nak kahwin? Ini agak mustahil kerana dia tidak pernah bercerita apa-apa.
Buat sahabatku ini, aku doakan engkau fikir 10000 kali sebelum mengambil keputusan ini. Ini maruah, ini masa depan. Kena fikirkan betul-betul.Terima kasih sudi berkongsi dengan aku, amat aku hargainya...
Kalau kau nak tahu, kekuatan sebenarnya adalah keyakinan pada diri kau sendiri. Percaya, dan yakin kau mampu. Orang lain boleh, mengapa kau tak boleh. Aku sayangkan kau, kita dah lama kenal dan saling berkongsi cerita suka kerana kau memang menyembunyikan duka...
Wassalam.

Comments