27 February 2009

...JUMAAT, PETANG HARU DAN SAYU


Assalamualaikum,

Petang ini aku menghabiskan masa lagi dengan membelek blog yang beberapa hari terbiar.. Esok aku tak ada peperiksaan, hanya satu lagi kertas Isnin ini... Jangan tanya mengapa, hanya mereka yang tahu mengerti...
Terharu,

Itulah yang aku rasa... beberapa hari lalu, (19 Febuari 2009), aku menggatalkan jemari mengatur tulisan, kemudian menghantar pada ustaz yang aku kagumi syairnya... Ustaz Majid, guru adab nusus aku.. Sekadar memberi ucapan terima kasih atas ilmu yang berharga ini... aku hadiahkan beliau sajak aku... Bukan Lilin sebagai tatapan ustaz... hehe.. Anak murid yang palin senyap dalam kelas ustaz dan langsung tidak memberi respons.. aku tak seghairah mereka yang lain untuk belajar.

Hari ini aku periksan kantung e-mel... subhanallah... Ada balasan e-mel daripada ustaz. Aku seakan baru menerima e-mel daripada Mawi.. terharu, gembira, apa nak aku gambarkan di sini.. Tak dapat...
Ini sedikit yang ustaz berikan sebagai balasan: Sengaja aku mahu tayangkan di sini sebab ini kali pertama aku buat kerja gila begini...
"Assalamuallaikum.

Terubat jua kegusaran yang dirasa
kerna disangka ada yang tiada suka
tabahnya berselindung di sebalik duka
senyumnya mahal sungguh istimewa"

Guru itu bukan lilin tapi cahaya

Hehe, jangan marah.. Aku mahu tayang pada sahabat semua... Ustaz juga bersetuju, usah katakan guru itu lilin...

Teringat yang hari ini sudah melangkah 2 Rabiul Awal... Bulan klahiran nabi... Mari kita banyakkan berselawat, mengingati baginda... Sesunggunya baginda sudah terjamin untuk ke syurga namun kita perlukan syafaat baginda untuk menuju ke jannah.. Apalah yang ada pada kita???

23 February 2009

CERMIN MATA BARU


Semalam (22.2.2009), aku berjaya mendapatkan cermin mata baru... Terima kasih buat semua yang sudi membantu...

*Sahabat yang membantu dari sudut material
*Mysharah, Wani dan Humaira (teman sebelah bilik) yang sudi menemankan dan memilih cermin mata untuk aku(aku lemah bab-bab memilih), rambang mata..Kalian memilih yang terbaik untuk aku, terima kasih.

*Habibah yang memberi kad kupon kedai tersebut...

*Kak dan Kak Ti yang 3/4 daripada perbelanjaan keseluruhan...

Gembira sangat apabila dapat tahu kuasa cermin mata berkurang.. Jika dahulu kanan 300, kiri 350, silau okey..

Sekarang, kanan 200, kiri 100... Silau tak ada masalah. Alhamdulillah, hampir beberapa minggu aku tidak bercermin mata.. Dipatahkan oleh tangan ini... Aku seakan si buta yang bertemu tongkatnya yang hilang..

Dapat melihat dengan sangat jelas...

Sebelum ini, aku siapkan cermin mata ketika hampir tamat tingkatan lima, dan untuk kali kedua ini di pusat asasi Nilai...


Ya, aku sekadar mencoret di sini bagi meluah apa yang aku mahu... Sekadar catatan seharian yang mungkin tak memberi faedah namun perkongsian.. Biar aku sedar yang aku dikelilingi oleh mereka yang prihatin..

Hehe, cermin mata yang berbaloi dengan harga dan cukup-cukup bajet.. Bolehlah aku bergaya dengan cermin mata aku selepas ini, hehe... Aku memang jarang memakai cermin mata di rumah, di bilik, hanya untuk keluar, belajar... Agak tak selesa apabila aku nampak sesuatu dengan terlalu jelas...Mungkin ini salah satu faktor, namun semuanya ALLAH yang tentukan...

19 February 2009

contengan ...



  • Selamat menghadapi peperiksaan buat pelajar-pelajar Nilai
  • Selamat ke Gombak buat kalian
  • Maafkan tersalah tulis, terkasar bicara
  • Kalian hebat, Tuhan memberi apa yang mampu ditanggung hambanya.
  • Sayang kalian
  • Aku akan bercuti lama
  • Blog ini akan dipantau jika ada kesempatan kerana jika aku sudah berada di kampung nanti, tiada jaringan internet.
  • Buat yang terbaik untuk semua.

15 February 2009

LILLAHI TAALA


Assalamualaikum,

Bicara seorang Ayah pada anaknya pada hari keputusan SPM 2007 diumumkan.
Ayah: ALLAH dah berikan kamu kejayaan. Dapat 12A. Apa yang kamu nak lakukan?
Anak: Nak masuk universiti tersohor.. UIA... Nak ambil English. Sekarang English kan penting.
Ayah: Nak masuk universiti?
Anak: Tentulah Ayah.
AYah: Ayah nak hantar kamu ke pondok.
Anak: Ayah!!!!

*Ini hanyalah contoh dialog anak-anak zaman sekarang. Belajar sebab nak periksa. Belajar sebab nak masuk universiti. Mungkin sebab itulah pelajaran yang diperoleh susah mendapat keberkatan. Susah nak masuk ke hati.

Belajar satu sem, kemudian, lupakan... Jangan begitu duhai diri.
Yang penting sebelum belajar niatkan diri kerana ALLAH Taala. DIA tahu yang terbaik untk hamba-NYA.

*Masih ada masa untuk belajar. Bukan hanya mengemas kini blog, belajar tinggal entah ke mana.

Hanya satu aku nak kongsikan;

"Orang yang pintar tidak membilang hari yang telah berlalu, sebaliknya bekerja kuat untuk hari ini dan masa depan."

Hehe, jangan lupa menulis pula, pena yang ditinggal walau seminggu boleh tumpul. Bahasa adalah praktikal, bukan teori, semakin diguna dan dibaiki makin cantik jadinya.

Wallahua'alam...

Sekadar perkongsian di pagi Ahad.

14 February 2009

...CATATAN BUDAK PSIKO


Musolla blok A menerima kunjungan aku saban hari minggu ini. Entahlah, suka benar aku melepak di sini. Masjid Putra Nilai yang tersergam di depan mata, langit membiru dan dapat merenung matahari yang akan terbenam. Tambahan, di bilik, maintenance masih melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Minggu yang sangat membahagiakan.
Minggu yang sangat lapang,
minggu yang mengajar aku erti sabar dan kuat,
Minggu di mana aku mengenal erti sahabat.
Hehe, tak boleh takut nak susahkan sahabat sendiri.

Kena lawan rasa psiko dalam diri. Percaya tak kalau aku cakap aku seorang psiko. Tapi dalam proses penyembuhan.. Apa ubatnya???

Entri ini aku tak tahu nak masukkan kat mana. Aku nak merapu sahaja. Menulis ikut tangan aku. Kagum melihat sahabat-sahabat aku berkhutbah. Mantap, boleh ganti penceramah sekarang. Aku kagum dengan sahabat-sahabat, dengan semua orang di sekeliling aku, pandai survive hidup. Aku tk pandi ke??? Tiada jawapannya di sini.

kenapa aku kata aku psiko? Kerana aku tak mampu mengawal bisikan yang hadir dalam diri aku. Sebabnya aku tak suka berkongsi dengan orang lain.

Dan sehari dua ini, aku luahkan pada seseorang yang sudi mendengar. Dan alhamdulillah, rasa psiko tu dah kurang dan aku makin sembuh. Lihat pada luaran memang tak nampak, sebab itu dalam diri aku.

Aku tak mengawal otak aku untuk menjadi manusia normal.

Nak tahu, itu sebahagian protes dalam diri aku yang aku nak lahirkan... hahaha, lihatlah blog budak psiko ini, bagaimana dia menulis, itulah yang dia rasa sebenarnya... Ada tulisan yang brselindung di balik tipuan semata. hahaha.

Orang di sekeliling aku suka cakap
tak boleh buat
tak study
tak pandai
hakikatnya
bila periksa dapat markah tinggi
mantap ah....
tak nak komen lagi.

banyak pula aku merapu, lihatlh entri-entri selepas ini tentang perjalanan seorang budak psiko yang sedang berubat...

Aku tulis apa aku rasa. Ini blog aku. Jadi aku berhak untuk bercakap apa aku nak.... Hahaha, tulisan daripada budak psiko...


13 February 2009

1,2,3


Antara

satu dua tiga
semua punya makna berbeza
bagi setiap jiwa
walau semua sama
hanya diri yang dapat bersuara
apa yang bergelora.
***
Membuka kantung e-mel petang tadi mebuatkan darah menyerbu ke muka. Adakah kawanku ini sudah hilang tahap kewarasannya. Adakah patut bagi seorang pelajar berfikiran begitu? Jika sekarang kita dihidangkan dengan berbagai berita lompat parti, aku disaji dengtan berita kawan aku yang seakan sudah hilang warasnya mahu berhenti belajar. Satu situasi yang tidak wajar untuk aku hadapi sekarang.Walaupun perasaan manusia itu tidak sama, namun perlu ada langkah kawalan.

Alasan yang tak dapat diterima akal sungguh. Adakah patut katanya dia tak boleh nak bawa Bahasa Inggeris. Bukankah itu agak tidak logik. Dia belajar di universiti tersohor, tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh sedangkan mereka yang tidak diterima belajar sanggup naik tunggu pejabat kementerian untuk memohon walau satu tempat untuk belajar. Ya, aku marah sebenarnya pada dia, Cuma aku jauh untuk aku cubit pahanya, untuk marah-marah. Boleh e-mel, mesej. Itulah yang dapat aku tolong. Dan para pelawat blog ini boleh sama-sama doakan dia tidak mengambil keputusan gila itu.

Aku hubungi dia tadi. Aku dapat rasa yang air mata lebat menuruni pipinya. Bicara yang tersekat-sekat kerana sendu.Katanya hatta sekarang otaknya seakan tidak mampu berfikir dengan waras. Bisikan-bisikan itu tetap hadir di telinga. Terdetik pula simpati pada duka sahabat sendiri. Aku hanya boleh mendengar, bagaimana mahu menolong? Kata-kata dan nasihat sahaja yang dapat aku berikan. Aku rasa seperti mahu peluk dan belai dia saat ini. Biar dia rasa hangatnya belaian sahabat yang sayangkan pada keintelektualan sahabat ini. Kasihan, dia pandai, namun diuji dengan perasaan ini.

Dalam akalku berlegar sedikit persoalan akan kawan yang aku sayang ini...
1. Sebelum ini, dia amat kedekut masalah, tapi kenapa bila segenting ini rasanya mahu berkongsi? Namun aku ucapkan syukur kerana dia mahu juga bercerita. Adakah dia akan jadi budak psiko pula lepas ini?
2. Adakah dia sebenarnya sakit? Tapi selalunya orang sakit lebih kuat semangat daripada mereka yang sihat.
3. Nak kahwin? Ini agak mustahil kerana dia tidak pernah bercerita apa-apa.

Buat sahabatku ini, aku doakan engkau fikir 10000 kali sebelum mengambil keputusan ini. Ini maruah, ini masa depan. Kena fikirkan betul-betul.Terima kasih sudi berkongsi dengan aku, amat aku hargainya...

Kalau kau nak tahu, kekuatan sebenarnya adalah keyakinan pada diri kau sendiri. Percaya, dan yakin kau mampu. Orang lain boleh, mengapa kau tak boleh. Aku sayangkan kau, kita dah lama kenal dan saling berkongsi cerita suka kerana kau memang menyembunyikan duka...
Wassalam.

12 February 2009

keputusan


Keputusan,
Biarlah dari hati suci,
Bukan semak dek masalah diri,
Itu tak mampu melakar peribadi,
Hanya satu ilusi.
Di kesempatan ini, aku, Jamilah Mohd Norddin ingin memohon maaf atas segala yang telah dilakukan. Semoga tulisna kecil aku di blog ini sedikit sebanyak memberi faedah pada diri aku dan semua.
Kepada semua sahabat, aku kagum dengan kalian. TAHNIAH!!!

08 February 2009

BENGKEL USTAZ RIDUAN


Santai sambil mendengar alunan nasyid syahdu IKM... Laptop Sarah jad mangsa aku, melpak di surau, melihat masjid, sejuk mata emmandang.

Percutian hujung minggu ini lebih terisi dengan adanya bengkel penulisan yang tentunya aku amat nantikan. Ustaz Riduan Mohamad Nor, seorang pengarang yang sejak dengar ceramahnya membuatkan hati tertarik untuk mengenali karyanya... banyak mengembara. Aku mahu perturunkan sedikit apa yang aku dapat. Sangat teingin untuk membeli buku, namun... satu hatri nanti aku tetap akan dapatkan, insya ALLAH. Sekadar boleh mehat kaan-kawan yang suka mendapatkan buku yang menarik dan bermanfaat.

Antara syarat yang perlu ada sebagi seorang penulis MUSLIM ialah:
1. Ilmu, tentunya dengn iqra' dan berguru
2. Suka mengembar- belajar melihat manusia
3. persediaan-kata beliau, ustaz ada empat buah komputer, lihat!!! denan itu beliau boleh menulis walau di manabeliau ada. Tak ada laptop, menggunakan kertas pun boleh.
4. matlamat -obligasi akhirat. Kita menulis untuk memberitahu dan ia boleh jadi saham untuk Akhirat tentunya.

Aku suka caranya yang santai. Membuatkan terlalu cepat rasanya masa itu berlalu. Habis satu hari.

07 February 2009

SERUAN MAUT 1


Semalam dia memanggil aku,
dalam lena
disentakkan dia
seruannya
aku lantas membangunkan diri
tandas
sejadah
sujud
biarlah maut menyeruku
saban hari
aku kan menyahut
terima kasih maut
mengingatkan aku
akan hadirmu
maktabah
7 febuari 2009
11:14a.m

06 February 2009

SI GADIS KECIL DAN DIARINYA: ZUBIR ALI


Saban malam dia mencatat dalam diarinya
Dia mencatat saat peluru melepasi jendelanya
Dia mencatat saat tentera Israel meragut nyawa ibunya
Dia mencatat kekejaman yang disaksikan dua matanya
Mimpi ngeri tentang kemusnahan
Dan api yang menyala-nyala

Si gadis kecil Palestin itu
saban malam mencatat dalam diarinya tanpa jemu
untuk meringankan kepedihan yang dideritainya selalu
dia mengikis ketakutan
serta mimpi ngeri yang mengganggu

Si gadis kecil Palestin itudengan pena masih di jari
di kamarnya terbujur kakuangkara Israel meranapkan rumahnya
kini dia terbaring di pusaradilupai... persis kewujudannya tidak dirasai
tetapi catatan diarinya akan terus membara
kesengsaraan dalam jiwa setiap anak Palestin

Kini di atas pusaranya kanak-kanak Israel menari-nari
dan menyanyi tanpa risau akan esok hari
di situlah si gadis kecil itu dirampas rumahnya tanpa belas ihsan
yang tinggal hanyalah keluarganya sebagai pelarian
tetapi kita terus menyokong Israel
dengan sepuluh juta dolar sehari kita hulurkan kepadanya
dan kita terus berkata"manusia diciptakan sama, tetapi kepada Israel kita terus memberi sepuluh juta dolar saban hari!"

*Selalu aku dengar sajak ini di corong IKIM, hari ini aku temui sajaknya di sini. Aku suka bait-baitnya, menyentuh rasa dan menyayat hati yang masih ria.. Ingatlah duhai diri, apa yang berlaku adalah untuk diambil pengajaran.

05 February 2009

HULURAN MAUT


Kau mendatangi aku,
Kala terleka mengenang deru
deru dosa menghantui diri,
diri tenggelam dek bayangan mimpi.
Mimpi nyata
Nyata yang menghambat aku
Aku belum bersedia
bersedia dijemput kamu
kamu, kamu, kamu
kamu melambai selalu
selalu hingga aku takut
takut untuk menyambut huluran
huluran MAUT
MAUT
memanggil saban hari
bersediakah???

"Sesungguhnya setiap yang hidup akan menemui maut apabila tiba masanya."
4 febuari 2009
diedit 5 febuari 2009, Maktabah CFS IIUM Nilai
10:45a.m
Tingkat 2
*****

YA ALLAH, SELAMATKAN KAMI
Kebenaran tetap akan kembali,
Walau mereka tersangat keji,
Tuhan mengadili,
Islam akan di julang tinggi.

*Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan negeri jiran aku, PERAK... Sesungguhnya biar seburuk mana tingkah dan perangai kebudakan mereka, suatu hari KEJAHATAN AKAN MELUTUT PADA KEBENARAN. Saat itu kita boleh ketawa, mereka akan merana.

Aku berbicara sebagai seorang rakyat Malaysia yang belum punya hak mengundi...
Lihatlah kalian,
Jika PAlestin kembali bermandi darah,
Jiranku dimainkan helah,
Mereka kotorkan politik,

ADAKAH
mereka mahu lihat lihat rakyat mencurahkan air mata,
Dek taktik hantu mereka,
Bila Balasan Tuhan depan mata,
Mereka tercangak mengyesal tak terkata

04 February 2009

Diberinya apa hamba perlu


TUHAN BERI APA AKU PERLU,
BUKAN AKU MAHU.

PEMERHATIAN SEORANG AKU
Aku suka menjadi pemerhati dalam senyap. Menilai insan-insan yang aku sayang disekeliling aku. Aku mengerti, banyak kurang aku lagi untuk aku perbetuli, tapi sekurangnya aku dapat berkongsi pula yang aku lihat. Dan di laman maya ini, aku mahu kongsikan dengan kalian sedikit kesimpulan sepanjang pemerhatian aku 2 tahun hampirnya di bumi Nilai. Ini hanyalah pemerhatian peribadi yang mungkin ada kaitan dengan peribadi sesiapa yang tidak disengajakan atau memang sengaja.

PERSAHABATAN.
Aku tak tahu mengapa aku suka bercakap tentang persahabatan walaupun hakikatnya aku hanyalah seorang pemerhati dari jauh. Dan aku suka melihat cara orang bersahabat. Ada banyak sebab persahabatan itu dibina. Senang nak minta tolong, peneman, sahabat itu jenis yang suka mengikut, dikatakan berpengaruh dan yang bagusnya bersahabat kerana ALLAH. Itulah sahabat sejati yang susah dicari. Bila nak kenal orang lihatlah pada sahabatnya. Aku amat akui ini –berdasarkan permerhatian aku, bukan orang lain- kalau orang hebat, biasanya sahabatnya juga hebat. Mungkin yang berpengetahuan rendah sedikit ada rasa segan untuk mendekati mereka kerana ketinggian ilmu mereka. Itu lumrah. Mungkin ini mengata, tapi realiti. Ada mereka yang sedikit kurang ilmunya segan untuk mendekati mereka yang hebat-hebat!!! SATU KENYATAAN.

Di sini aku belajar untuk mengenal sahabat. Sahabat masa susah, sahabat yang mencari bila diperlukan, sahabat yang benar-benar sahabat, sahabat yang berkira walaupun aku kedekut. Bermacam wajah sahabat aku dapat perhati. Tapi banyaknya tentulah yang macam malaikat.

Aku bukanlah insan yang banyak bergaul, aku hanya memerhati. Ya, aku kerap menyendiri Cuma, jarang dilihat bersahabat. Mungkin pelik dilihat, kadang aku sendiri bahagia begitu, walau ada masa aku sendiri rasa deritanya. Tak pentinglah!!!

Sahabat yang baik tak akan menjerumuskan kawannya kepada lembah kejahatan. Celakalah kawan yang mengajak kawannya membuat kejahatan. Malahan mencegahnya pula agar sama-sama dapat diperbetuli diri sendiri. Semoga kita dalam golongan ini.

MUSLIMAT CFS IIUM NILAI
Ada bermacam gaya, ada berjenis fesyen. Dari pakaian sampai perangai.
Yang suka bergaya walaupun tahu bajunya ketat dan nampak urat-urat yang tak sepatutnya. Bertudung hanya peraturan, di luar entah mana hilangnya
Bertudung labuh, kawannya juga begitu... nampak seperti satu kumpulan.. Mungkin selesa dan serasi begitu.

Muslimat yang boleh masuk dengan sesiapa sahaja.
Muslimat yang suka menyendiri dan berjalan seorang diri Ramah dan baik...
Banyak jenis manusia itu sebenarnya.. Lihat dan perhatikan, ambil pengajaran apa yang ada di sekitar anda.

MUSLIMIN CFS IIUM
Kerana hampir saban hari aku ke blok B, ada juga aku terperasan jenis-jenis brothers di sini, tapi sedikit cuma...ini hanya sebagai perkongsian peribadi aku sahaja.
Berjalan mesti dengan kawan –sejenis tidak mengapa- kalau lawan jenis itu sedikit bermasalah nampanya.

Merokok... Ini kawasan terbuka, tak ada yang nak melarang
Pakaian ada juga yang berseluar kaki panjang.. Entahlahhh!!! Tak cukup duit agaknya nak beli seluar labuh.

Ada jalan elok, lebih suka melalui jalan pintas.. Berumput yang kadang anjing juga suka singgah

Bagusnya, ramai juga yang gemar mengimarahkan masjid, alhamdulillah.

PERGAULAN.
Kolotkah aku jika hanya bergaul dengan kawan sejenis. YA, wajah aku menampakkan kegarangan dan baru aku tahu sebenarnya suara aku sangat garang juga.. Hm, bagi aku pergaulan dengan lelaki di sini hanya atas tujuan tertentu.. Kerja terutamanya. Ramai lagi perempuan untuk aku jadikan kawan.. Nauzubillah, Tuhan, hindarakan aku daripada terlibat pergaulan tanpa batasan. Campakkan malu pada diri ini daripada berkelakuan begitu. Malu Mak mengandungkan aku!!!

MALU! MALU ! MALU! Kasihan Mak yang mengandungkan kita jika kita tak padai jaga diri. Seperti kata seorang sahabat, mak ayah kita jauh, boleh sahaja kita nak menipu mereka. Depan mereka baik, belakang buat hal!!!

Agak bebas pergaulan di sini, namuna agak terkawal.

Ini sahaja aku nak mengomel hari ini... Ringan pula tangan ini nak menukilkan entri-entri baru... Nantikan apa seterusnya.. Sekadar luahan hati seorang anak kampung dari jauh pedalaman MAHANG... Bermusafir ke NILAI.

03 February 2009

PERBENTANGAN KENA BATANG HIDUNG AKU



Assalamualaikum. Semalam aku dihidangkan dengan dengan perbentangan yang menarik daripada rakan-rakan daripada kumpulan 10 CCT. Tajuknya tak ingat tapi berkaitan perbelanjaan dalam kalangan pelajar CFS IIUM, adakah mereka pemboros atau tidak. Keputusan yang agak memberangsangkan kerana dikatakan lelaki yang lebih banyak belanjanya kerana belanja baiki motosikal + isi semula kredit telefon dan lain-lain... Aku senyum dalam hati kerana tajuk ini membawa ingatan aku pada diri sendiri. Ya, aku memang suka berkisah tentang diri, almaklumlah...

Tajuk ini mengundang diri aku untuk melihat kembali perbelanjaan aku sem ini dan sem-sem sebelumnya. YA, AKU SEORANG YANG SANGAT BOROS. Nak tahu tak, sem ini aku langsaikan duit wang saku aku dalam masa satu bulan lebih Cuma. Dan kini dalam bank, hanya angka kosong yang tercatat. Begitulah alkisahnya betapa boros seorang yang bernama JAMILAH. Anak yang terlalu dimanjakankah??? Aku bukan anak orang senang tapi aku tak sedar diri sendiri!!!

Mari pula lihat sedikit sebanyak wang yang aku gunakan sem ini... Hanya secara kasar, tak ingat keseluruhan perbelanjaan aku.

1. Beli buku – sekali beli mungkin mencecah RM60 dan ke atas, seingat aku balik sebanayk 4 kali, anggaran yang aku gunakan untuk buku sem ini mungkin mencecah RM500 (ditambah dengan majalah, surat khabar, belanja ke kedai buku)
2. Tiket bas –aku balik raya haji, mid-sem, Khamis lalu... Sekali balik anggaran belanja aku RM100. Campur makan, tambang pergi balik, maknanya di sini mungkin habis RM300.
3. Langgan Tunas Cipta –RM48
4. Hutang kakak RM150
5. Beli dakwat pencetak, pendrive yang kerap hilang (dah empat sem ini), alatan menulis. –RM88 + RM50
6. Pakaian –beli t-shirt labuh RM19 X2= 38 + baju RM32
7. Makanan – Mungkin hanya RM150 untuk sepanjang sem ini kerana aku sedikit berkira dalam soal ini.
8. Keperluan lain-RM200
9. Format laptop-RM50
Lihat pada angka-angka yang tertera, lihatlah betapa borosnya insan yang bernama aku ini. Tak ingat Ayah yang berpenat memberi wang, kakak yang menyumbang.... Aku spesis yang tak boleh ada duit dalam tangan. Duit lesap, aku senyap tak bersuara, barulah puas hati aku kini. Ya, sahabatku yang prihatin sering menasihati, buatlah simpanan. Untuk masa terdesak, aku dengarkah pada nasihat orang??? Aku tetap ikut kepala sendiri. Masya ALLAH, duhai diri yang diberi nama JAMILAH.

Masya ALLAH, liatnya diri untuk tunduk pada nasihat. Tetap tak dapat mengawal nafsu untuk berbelanja. Mungkin dalam ramai-ramai pelajar CFS UIAM NILAI yang permai ini, hanya aku yang punya perangai tak sedar diri begini. Lihat sahabat-sahabat aku, mereka semua pandai mnyimpan, bukannya macam aku yang pemboros.... TAHNIAH SAHABAT.

Sem-sem lepas juga lebih kurang begini. Duit aku habis, aku minta pada kakak. Semestinya bukan pada Ayah lagi kerana aku mengerti Ayah juga kesempitan wang. Aku tak sanggup pula bebankan Ayah. Kalau sem Dua 2007/2008. aku beli laptop terpakai, sem lepas banayk duit aku dihabiskan untuk beli barang tak berguna MP4... Beli buku yang jadi idaman walaupun tak habis baca.. Aku ingat lagi sem lepas. Dapat sahaja biasiswa, terus aku membuat permohonan untuk emmbeli buku di Ujana Ilmu.. Hampir seratus juga aku habiskan... Dan duit habis sebelum tiba masanya...

Okeylah, letih pula jemari berkisah akan diri sendiri. Buat panduan pada sahabat, jangan jadi macam aku, jadi macam sahabat-sahabat aku yang bijak mengurus wang dan segalanya.. Sahabat yang kuat, sahabat yang tersenyum dalam duka. Wassalam.

02 February 2009

Mudahnya Menyusun Madah


Mudahnya menyusun madah,
Tersusun di bibir indah,
Bermain sandiwara mewah,
Terselit seribu helah.

Tersusun di bibir indah,
Bicaranya berpatah-patah,
Konon mengubat susah,
Hanya menambah gundah.

Bermain sandiwara mewah,
Material banyak dicurah,
Mereka seakan penjarah,
Menerima mengundang padah.

Terselit seribu helah,
Aku mengerti metah,
Kata bersulam fitnah,
Kelak mencanang resah.

Bicaranya berpatah-patah,
Hilang cabang pada lidah,
Pondok istana semua diredah,
Asal mereka disambut megah.

Material banyak dicurah,
Siapa sebenarnya perlu diserah,
Jangan pula mengundang padah,
Memberi pada si bedebah.

Aku mengerti metah,
Adat menumpang tanah bertuah,
Berdiri, tak boleh membantah,
Arahan itu perontah.

Konon mengubat susah,
Aku diberi rumah,
Konon memberi mudah,
Aku rasa gelisah.

2 Februari 2009
Isnin, 02 Februari 2009,
3:32:25

#####
DAH SIHAT
Assalamualaikum, sahabat-sahabat, para pelawat blog yang setia melawat walaupun blog ini sakit. Alhamdulillah, keseluruhanya, blog ini sudah sembuh, walaupun tidak sepenuhnya. Jadi, entri baru akan terisi.. Dan terus diisi, Insya ALLAH.

Aku sekadar mahu berkongsi sedikit fikiran tentang diri yang payah untuk berubah.. –AKU- Tentunya entri ini ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa ini berlaku, sebab dan cara penyelesaian dan mungkin juga sedikit nasihat untuk diri sendiri...

Senang sangat nak sebut perkataan berubah. Tapi Tuhan nukilkan dalam kalam-NYA, lebih kurang terjemahanyya...

“Tuhan tak ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.”

Di sini, maknanya, duhai diri, sebutlah 1000 kali sekalipun perkataan,
‘aku nak berubah’
‘Aku nak jadi yang terbaik.’
‘Aku nak balas jasa mak ayah.’
‘Aku nak belajar rajin.’

Apa sahajalah yang meniti bibir ini, jika tak disusuli perbuatan, apalah maknanya. Bila aku dah kata nak berubah, aku perlu bertindak macam orang yang nak berubah. Bukan lembik macam tepung bungkus yang boleh dipenyek-penyek tapi keras macam buah rotan yang kakak buat. Ya, aku tahu dan amat sedar akan hal ini. Tapi setakat mana aku melaksanakan? 20% dan mungkin juga kurang. Aku tak pasti.

Biarlah aku senaraikan di sini sebab-sebab aku tak berubah –antaranya cuma, tentu banyak lagi yang tak tercatat-

1. Hidayah tak sampai
2. kurang doa dan harap pada ALLAH
3. tiada dorongan dari dalam diri
4. Pengaruh persekitaran –mudah tergoda-
5. MALAS –penyakit no 1- @ punca masalah
6. Rezeki tak berkat
7. Mengata cikgu
8. Tak hormati perasaan orang lain
9. Bakhil / kedekut/tangkai jering
10. MALU tak KENA GAYA
11. EGO

Dah selesai aku senaraikan ANTARA sebab aku masih di takuk lama.. Ya, mungkin ini salah satu cara untuk aku koreksi kembali diri untuk membentuk diri sendiri.. Aku teringat entah kata siapa, untuk menjadi seorang pentarbita, kena pandai mentarbiyah. Nak suruh orang lain solat, jangan tinggal solat, nak suruh orang jadi baik, jangan pula diri yang jadi syaitan.,
Aku cuba senaraikan antara jalan penyelesaiannya...
Solat kena khusyuk + awal waktu +tak tinggal –sedarlah diri yang dah tua-
Maafkan semua orang –ini aku teringat kata-kata DFMK “Maafkan semua orang, nescaya orang akan maafkan kita.” Sebelum tidur dianjurkan kita minta maaf walaupun hanya dari jauh.
Banyakkan doa-doa ma’thur. Bukankah ALLAH kata, berdoalah, nescya aku akan kabulkan...
Bagi semangat pada diri sendiri. Terpulanglah bagaimana. Mungkin dengan bercerita dengan orang lain, merapu seorang diri, menulis, membaca, apa jua cara.
Cari ubat VIRUS NO1 MALAS!!! Ubati cepat-cepat...
Brsihkan rezeki dengan zakat dan sedekah.. Bukankah zakat itu penyubur harta. Bukan semua yang di tangan milik kita, betul, tak?
Jangan sekali mengata walau sekali pada cikgu/pensyarah/tutor atau sesiapa sahaja yang bergelar cikgu. Ingat kedudukan guru itu mulia!!!
Jaga hati orang lain. Kita hidup di dunia yang berbagai rencam manusia. Jangan hanya mahu puaskan diri sendiri, fikirkan kemaslahatan bersama.

Sudah banyak rasa aku yang aku luahkan... Sebagai tazkirah, sebagai taujihat. Aku tahu nak berubah itu mudah di mulut tapi susah dibentuk... Insya ALLAH, mujahadah yang diiringi kesungguhan akan beroleh kejayaan...

Setakat ini dahulu yang aku mahu berkongsi, wallahu’alam...