13 January 2009

Tunggu Teduh Dulu

“TUNGGU TEDUH DULU”. Teduh, mengingatkan aku pada hujan. Sekiranya hujan,pasti aku akan pastikan ada tempat untuk aku menumpang, menjauhi titis-titis hujan. Tapi buku ini bukan tentang hujan. Bukan berkaitan situasi aku tadi…

Sebuah novel yang aku cari dari dulu sebenarnya, namun kerana hanya boleh diperoleh melalui internet, aku tangguhkan pembelian. Maka apabila Al- Ameen mengambil inisiatif menerbitkan semula buku ini dengan harga yang lebih berpatutan,aku cepat menyambar melaui ujana ilmu…

Kenapa aku amat meminati buku ini? Persoalan takdir dan keredaan. Bagaimana seorang wanita bangun, jatuh dan bangun lagi tanpa menggugat pegangan tauhid dan pengabdian pada ALLAH. Walau apa yang terjadi Tuhan diletakkan pada tempatnya. Dan sebagai seorang muslimah, Salsabila (watak utama), tiada istilah putus asa dalam dirinya. Ya, watak baik akan menemui kebahagiaan. Itu hukum alam.

Dengan bahasa yang agak mudah untuk dihadami dan jalan cerita yang bergerak lancar, aku tak dapat menghentikan pembacaan apabila memulakannya. Bagi aku, novel ini patut dibaca oleh para wanita kerana ia menceritakan tentang kekuatan wanita itu sendiri. Sementelah ia dihasilkan oleh seorang lelaki yang mengangkat wanita sebagai watak utama.

Ia lebih santai daripada Ayat-Ayat Cinta dan lebih dekat dengan budaya kita sebagai seorang melayu.

“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.” –The sofia, Epilog, m/s: 676

Dengan ketebalannya sebanyak 678 muka surat, anda tak akan merasakan ini adalah satu pembacaan yang sia-sia. Ada hikamat, sarat dengan pengajaran yang dicucuk secara halus untuk menimbulkan kesedaran jagat.

No comments: