Skip to main content

Markah Yang Biasa

Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi di laman maya ini... Hari semakin pantas meninggalkan aku yang masih tak menghargainya.. Saat demi saat aku biarkan seakan tak punya harga... Maafkan aku, duhai masa.. Ada lompong yang akan aku penuhkan, moga tak terbiar tak sempurna..

Aku nak berkongsi... Masih berkisar cerita peribadi..

Markah CCT,
Semalam kami menyemak kertas CCT, bertempat di C3-02.. Ah, hati sudah mula berdetak. Tahu apa yang aku jawab dalam peperiksaan yang lalu. Ku rasakan itu soalan paling buruk yang pernah aku jawab, mengalahkan aku jawab nahw akhir sem lepas.. Soalan minta aku beriakn barriers of critical thinker, aku terangkan entah apa benda... Dalam dewan semasa peperiksaan, akal separuh cuma, selebihnya sudah terbang... 6.15p.m, aku sudah bibar dari dewan.. Bersama dada yang sebu, mahu pecah dengan air mata. Dan apabila aku dapat kertas semalam... Subhanallah... Kun Fa Ya Kun... Sesudah kamu berusaha, bertawakkallah... Tapi sejauh mana usaha aku? Aku dapat markah seperti orang lain, walaupun agak kurang... Tak kisahlah itu.. Alhamdulillah.. Terima kasih brother memahami kebuntuan aku... Agaknya dia kasihan melihat wajah takut aku dalam kelas... hehe... Katanya semalam aku nampak sangat letih.. haha. kerana terlebih tidur... Sangat teruk.

Syuur..
Aku ceritakan kesedihan aku 11 tahun lalu. Kehilangan Ibu yang aku cinta... Dengan suara tergagap, nahw yang tunggang terbalik, tak hafalnya, aku main hentam cakap.. Alhamdulillah, taklah dapat 1.. Cukup makan, seperti yang orang lain dapat. terkejut dan tak sangka sebenarnya kerana ramai lagi sahabat yang lebih baik persembahan mereka..

Ya, ALLAH, semoga ini adalah maunah bukannya istidraj..
Wallhua'alam..

Ada cerita aku kongsi lagi.
KEJUTAN DEMI KEJUTAN
Kalut,
Kejutan,
Perasaan bercampur baur,
Sehari dua ini,
Semuanya tidak menentu.
Kerana Ar-Rahman,
Ar-Rahimmu,
Aku masih berdiri di sini.
Terima kasih Tuhan
20 Januari 2009
Maktabah
9:07a.m

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub