02 January 2009

Koreksi Karya

Aku teruja melihat mantan 2008 mencoret di lewat laman mereka akan penglaman seminggu berkursus, seterusnya, menyentak urat-urat malas aku.

Aku??

Yang juga bernama mantan 2007, apa yang sudah aku lakukan. Setahun laman MPR aku tinggalkan, apa hasil yang dapat aku tonjolkan??? Ya, 2008 mencatatkan sedikit perkembangan jika dilihat bilangan karya yang diterbitkan...

• Feb 2008- Puisi buat Walid(Tunas Cipta)
• April 2008-Daun Pohon(Dewan Siswa)
• April 2008-Azimat daripada Ayah (Fokus SPM)
• April 2008-Tangan Kanan Melawan Tangan Kiri (Fokus SPM)
• September 2008-Tinta Buat Sahabat(Fokus SPM)
• Oktober 2008-Ada Ruang Untuknya(Remaja)

Namun, suka untuk aku koreksi kembali diri... Kuantiti bukanlah gambaran kualiti. Bila aku menilai sendiri, pasti soalan ini akna muncul di benak... Untuk apa aku menulis sebenarnya?
Ya, aku suka bila karya aku dapat dikongsi dengan orang ramai, kerana itu hasrat aku sekian lama. Lantaran aku lemah dari aspek komunikasi..
Untuk 2009, ada langkah yang perlu digerakkan, ada urat yang masih lena yang perlu dikejutkan, ada banyak misi yang perlu dilaksanakan. Jika mereka boleh, mengapa aku tidak???
Teringat kata-kata Ina @ Norhazlina Faisol (MPR 2007), Kak Nas cepat je naik, kita, mampukah kita naik sebelum berumur 2005? (Hehe, aku dah edit ayat yang betulnya...)
Apa jawab aku: Sekiranya bersungguh-sungguh.. Tak mustahil.
Dan permulaan 2009, aku mula nampak taring Kak EJa, Januari Cerpennya ada di Al-Islam dan Tunas Cipta... Tahniah Akak.
Kita bila lagi nak bangkit??? Ada amanah yang terpundak di bahu... Ayo.. Mari menulis..

No comments: