Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Markah Yang Biasa

Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi di laman maya ini... Hari semakin pantas meninggalkan aku yang masih tak menghargainya.. Saat demi saat aku biarkan seakan tak punya harga... Maafkan aku, duhai masa.. Ada lompong yang akan aku penuhkan, moga tak terbiar tak sempurna..

Aku nak berkongsi... Masih berkisar cerita peribadi..

Markah CCT,
Semalam kami menyemak kertas CCT, bertempat di C3-02.. Ah, hati sudah mula berdetak. Tahu apa yang aku jawab dalam peperiksaan yang lalu. Ku rasakan itu soalan paling buruk yang pernah aku jawab, mengalahkan aku jawab nahw akhir sem lepas.. Soalan minta aku beriakn barriers of critical thinker, aku terangkan entah apa benda... Dalam dewan semasa peperiksaan, akal separuh cuma, selebihnya sudah terbang... 6.15p.m, aku sudah bibar dari dewan.. Bersama dada yang sebu, mahu pecah dengan air mata. Dan apabila aku dapat kertas semalam... Subhanallah... Kun Fa Ya Kun... Sesudah kamu berusaha, bertawakkallah... Tapi sejauh mana usaha aku? Aku dapat markah …

Diskusi MPR 2009 & Sahabatku Sayang

Alhamdulillah, dalam kesesakan akal sekarang, masih jemari mahu menutur sesuatu menggunakan jemari yang pantas berlari di sini... Dua hari lalu, aku lari.... Aku lari daripada semuanya.. Maafkan aku. Aku ke sana, untuk gapai semula semangat yang mula pudar.

Jumaat, 16 Januari, aku melangkah kembali ke PUSPANITA, rumah yang menyimpan kenangan MPR aku.. Terima kasih Kak Sarah kerana temankan aku. Mengimbau kenangan di sini setahun lalu, aku merenung menara DBP yang menjulang... Setinggi itukah jua semangat aku?

Tak sangka, rupanya ada juga pelajar UIAM yang ke sana. Cemburu pula melihat mereka bergambar bersama Faisal.. Ah, tidak sebenarnya. Aku ucapkan setinggi penghargaan atas kesudian kalian ke sana... Rasanya aku perasan, namun kerana tak mengenali mereka sebenarnya, melihat gambar, aku terperasan yang aku melihat mereka sebenarnya.. Terima kasih atas kehadiran. Malam Jumaat, ada juga yang menghubungi aku, katanya mahu ke sana, namun atas sebab-sebab tertentu mereka terpaksa batalka…

Isu Boikot- Grup Saifulislam

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Co…

Palestin Kian Parah

Ya ALLAH,
Makin mereka tunjukkan kezaliman,
Makin mereka dahagakan darah,
Mereka bukan mencari pejuang yang dikata,
Mereka penghapus bangsa.

Janjimu pasti, Tuhan,
Engkau pasti menjaga kebenaran,
Biar beribu lontaran mereka beri,
Kejayaan milik kami.

MAKTABAH,
15 Januari 2009





















Rabu ,14/01/2009 - Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya mengecam sesetengah media yang menyebarkan desas-desus dan berita-berita tidak benar bertujuan untuk menykong Israel dalam satu percubaan untuk menghakis semangat penduduk Palestin dan memfitnah tindakan berani mereka.
Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, kerajaan menggariskan yang Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan desas-desus dan pembohongan, antaranya dengan cara menjatuhkan risalah dari pesawat perang, penghantaran sms dan wawancara TV dan radio untuk memperdalamkan keretakan dalaman dan menyebarkan dendam antara rakyat.
Kerajaan menyatakan kekecewaan dan kekesalannya pada saluran media kerana mengikut percaturan dan…

Catatan Kecil Buat Yahudi Laknatullah

Kami tak kenal lagi erti bebas,
Kamu peluk kami dengan serangan,
Kamu pujuk kami dengan kereta kebal,
Kamu manjakan kami dengan bahan kimia.

KAMU!!!
Laknat atas kamu, Yahudi,
Jika kamu hancurkan kami,
Tuhan hancurkan KAMU!!!

Kamu lupa kisah Ababil,
Kami bayangkan itulah kehancuran kamu nanti,
Kamu itu Negara haram,
Palestin milik kami,
Al-Aqsa masjid kami,
Gaza cinta kami.

Kamu al-Yahud,
Engkarmu pada Tuhan,
Seakan kebaikan hanya milikmu,
KAMI,
ALLAH sentiasa di hati,
KAMU AKAN TUMBANG ADUHAI YAHUD LAKNATULLAH!!

Kami ketawakan kegentaranmu,
Lihat pada alatanmu,
Senjatamu,
Pakaianmu,
Lengkap untuk berperang.

TAPI,
Kamu takut pada roket buatan kami,
Batu-batu kecil anak-anak kami..

Kamu Duhai si Yahudi yang tak punya HATI,
Pertolongan ALLAH akan sampai juga pada kami,
Hanya menanti hari,
Itu Tercatat di Kalam Ilahi.

13-01-2009
A-3-12
MUSA

Tunggu Teduh Dulu

“TUNGGU TEDUH DULU”. Teduh, mengingatkan aku pada hujan. Sekiranya hujan,pasti aku akan pastikan ada tempat untuk aku menumpang, menjauhi titis-titis hujan. Tapi buku ini bukan tentang hujan. Bukan berkaitan situasi aku tadi…

Sebuah novel yang aku cari dari dulu sebenarnya, namun kerana hanya boleh diperoleh melalui internet, aku tangguhkan pembelian. Maka apabila Al- Ameen mengambil inisiatif menerbitkan semula buku ini dengan harga yang lebih berpatutan,aku cepat menyambar melaui ujana ilmu…

Kenapa aku amat meminati buku ini? Persoalan takdir dan keredaan. Bagaimana seorang wanita bangun, jatuh dan bangun lagi tanpa menggugat pegangan tauhid dan pengabdian pada ALLAH. Walau apa yang terjadi Tuhan diletakkan pada tempatnya. Dan sebagai seorang muslimah, Salsabila (watak utama), tiada istilah putus asa dalam dirinya. Ya, watak baik akan menemui kebahagiaan. Itu hukum alam.

Dengan bahasa yang agak mudah untuk dihadami dan jalan cerita yang bergerak lancar, aku tak dapat menghentikan pe…

aduhai KFC

Terbaca aku di Sinar Harian hari ini alkisahnya tauke KFC tak bersetuju apabila kita sewenangnya memboikot KFC... Bila timbul aku sendiri naik keliru. Bukankah dikatakan sebelum ini KFC sepenuhnya milik Malaysia. Jika sebelum ini aku boikot (di zaman sekolah), sekarang aku dah makan sesuka hati...

Tapi bila difikirkan, ya, memang ramai anak muda terutamanya yang bekerja di syarikat milik Amerika ini. dan kita seakan tidak mengendahkan lagi dari mana datangnya makanan itu kerana kita sudah biasa!!! BIASA!!!

Sekarang kita bukan hanya perlu memboikot, tapi pihak yang bertanggungjawab dan merasa bertanggungjawab perlu memikirkan cara untuk memberi makan kepada mereka yang bekerja di sana...

Wallhua'lam

Lihat Dalam Diri ...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ku mulakan bicara hari ini dengan kalimah yang mulia... Tuhan yang memberikan aku ruang dan peluang menghirup segar udara di bumi... Tuhan yang memberia aku pendeangaran dan penglihatan supaya aku bisa mendengar dan berfikir... Tuhan yang berikan aku segalanya..

Di tepi jendela, maktabah, aku teringat kata-kata Prof Dr Muhammad Kamil, tak pasti dalam Travelog Dakwah @ Travelog Haji: kita dapat apa yang kita nak bukan kerana nasib, bukan kerana kebetulan..

Peringatan buat aku, suka benar aku jawab bila dapat kertas peepriksaaan, dah nasib... Aku dapoatlah.. Ya ALLAH, tersedar aku kini. Semuanya kau beri kerana aku perlu bukan aku mahu.. Jadi duhai diri, jagalah pemberian ALLAH itu. Jangan biarkan apa yang ada pada diri kita sekarang hilang begitu sahaja dan tak mungkin datang lagi.

Sesungguhnya di yang memberi hidayah dan dia juga yang menarik kembali hidayah.

Wallahu'alam.









...KETAGIH...
Assalamualaikum, rasanya lama juga aku tidak mencatat di laman ini…

Koreksi Karya

Aku teruja melihat mantan 2008 mencoret di lewat laman mereka akan penglaman seminggu berkursus, seterusnya, menyentak urat-urat malas aku.

Aku??

Yang juga bernama mantan 2007, apa yang sudah aku lakukan. Setahun laman MPR aku tinggalkan, apa hasil yang dapat aku tonjolkan??? Ya, 2008 mencatatkan sedikit perkembangan jika dilihat bilangan karya yang diterbitkan...

• Feb 2008- Puisi buat Walid(Tunas Cipta)
• April 2008-Daun Pohon(Dewan Siswa)
• April 2008-Azimat daripada Ayah (Fokus SPM)
• April 2008-Tangan Kanan Melawan Tangan Kiri (Fokus SPM)
• September 2008-Tinta Buat Sahabat(Fokus SPM)
• Oktober 2008-Ada Ruang Untuknya(Remaja)

Namun, suka untuk aku koreksi kembali diri... Kuantiti bukanlah gambaran kualiti. Bila aku menilai sendiri, pasti soalan ini akna muncul di benak... Untuk apa aku menulis sebenarnya?
Ya, aku suka bila karya aku dapat dikongsi dengan orang ramai, kerana itu hasrat aku sekian lama. Lantaran aku lemah dari aspek komunikasi..
Untuk 2009, ada langkah yang perlu d…