Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

Lawatan Sambil Belajar

Hari ini saya berjaya juga mengikuti rehlah yang dianjurkan oleh persatuan akademik saya. Masya allah, melihat mushaf al-quran dari Acheh yang tiba sehari sebelum tsunami menginsafkan insan kerdil ini. Betapa fikiran ini kembali mengimbau kenangan di pusat dokumentasi melayu di dbp. Teringat cerita seorang pustakawan di situ tentang mushaf al-quran yang tiba di yayasan restu sehari sebelum tsunami. Memang teringin nak menatap dengan mata kasar naskah tu. Tak sangka, rehlah yang pada mulanya agak berat untuk saya pergi membuahkan sesutu yang amt bermakna buat diri ini. Betapa Allah mahu menjaga kalam-nya. Kita lihat sahaja, masjid di Acheh terselamat, dan hari ini aku menyaksikan al-quran yang tiba di malaysia sehari sebelum peristiwa dahsyat itu. Masya allah,betapa kuasa kau menentukan apa yang terbaik untuk kami. Cuba kita yang buta mata hati untuk melihat himah di sebalik apa yang berlaku. Rehlah ini memberikan banyak erti terutamanya aku berjaya melihat mushaf itu. Memang ke

Berkongsi Rasa

Seronok melayari blog MPR, melihat saban bulan ada nama-nama mantan MPR yang tersiar di Dewan Sastera. Bukan setakat Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, nampaknya masing-masing-masing sudah serius untuk mendalami dunia penulisan. Ada matlamat dan bekerja ke arah itu. Saya tumpang gembira dan bangga. Terutamanya mantan segenerasi saya, Aidil, Kak Sara, Haziq, Kak Eja, ada sahaja karya mereka yang tersiar saban bulan. Dan adik kita Ghazali mendapat pujian Abang Faisal menerusi karyanya dalam Dewan Siswa. Kepada kawan-kawan yang lain dan saya sendiri perlu mencontohi kegigihan mereka ini.Mungkin ada karya sahabat-sahabat yang tersiar, saya tak tahu maaflah. Boleh beritahu, saya suka kumpulkan karya kawan-kawan yang saya tahu. Saya secara peribadi, malu kembali bila membaca semula karya yang tersiar dalam Dewan Sastera, Februari. Saya hantar sajak itu sebelum menghadiri MPR, dan bersifat peribadi. Bila baca kembali, saya rasakan tak patut saya hantar karya itu seb

Apa Jadi Pada Januari

Tanpa kita suka atau tak rela, Januari sudah meninggalkan kita. Bermakna berakhir satu bulan, dan Muharam juga hampir ke penghujung, apa yang telah diri laksanakan untuk satu bulan yang berlalu ini? Membiarkan bulan berlalu tanpa berhajat untuk mengubah kekurangan pada diri? Celakalah manusia yang semalam lebih baik daripada hari ini, sepatutnya kita selaku yang bernama Islam, haruslah sedar akan tanggungjawab kita, diri ini terutamanya. Apa peranan kita yang telah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. ALLAH mahu berikan pada gunung, mereka tak sanggup, sedangkan kita merelakan beban ini tertanggung atas pundak kita. Jadi, kita harus bertindak mulai sekarang. Teringat kata-kata Ustaz Bahasa Arab, hati-hati, sekarang musim orang mati, Ya, satu kebetulan, bulan lepas Ibu mertua kakak saya meninggal, dua hari lalu, Atuk kawan saya meninggal, baca blog MPR, ada mantan meninggal, pagi tadi dapat berita ada jiran merangkap saudara bau-bau bacang meninggal. (Al-Fatihah buat mereka), itu