(WANITA YANG ALLAH RAKAMKAM NAMA MEREKA DALAM SURAH AT-TAHRIM)
Inilah antara wanita yang namanya tercatat dalam al-Quran, sebagai panduan buat aku dan semua yang membacanya. Harap dapat diperbetulkan jika tersilap dan dan berkongsi maklumat lain yang kalian tahu. Syukran. ("o")
Isteri nabi Nuh dan Nabi Luth: (surah at-tahrim: 66:10)
mereka berdua mendapat keistimewaan oleh ALLAH, menjadi isteri kepada pesuruh-NYA, namun kerana menderhaka kepada suami masing-masing mereka akan bersama orang-orang yang masuk neraka. Teringat lagu Raihan:
Iman mutiara.. antara liriknya..
"Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
ia tak dapat di jual beli,
ia tiada di tepian pantai."
isteri nabi Luth- memberitahu kepada penduduk negeri kedatangan malaikat yang menyamar sebagai lelaki kacak di rumah nabi Luth. Pada zaman itu hubungan sejenis adalah satu ketagihan. Mendengar perkhabaran itu, mereka menyerbu rumah nabi LUTH.
isteri nabi Nuh-
tak mengikuti ajaran suaminya. (aku tak ingat kisahnya.)
isteri firaun-Asiyah...
(at-tahrim 66:11) walaupun hidupnya dilingkungi harta melimpah, namun apabila nabi Musa datang membawa kebenaran, dia memilih untuk beriman, dia sanggup meninggalkan semua kekuasaan dan kekayaan untuk mencapai reda Tuhannya. Malahan berdoa.
" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
Kita sendiri maklum akan kejahatan Firaun sehinggakan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Ironinya, Subhanallah, isterinya sendiri seorang yang taat menjalankan suruhan agama.
Maryam puteri Imran- (at-tahrim-66:12)
Ibu kepada Nabi Isa yang lahir tanpa bapa. Ini kerja Tuhan, yang berkuasa atas tiap-tiap satu. Kun fa ya kun, jadi, maka jadilah. Tuhan boleh memerintah tanpa bantuan malaikat dan semuanya, namun ini menunjukkan betapa ALLAH mempunyai perancangan dan menunjukkan pada kita hamba, setiap sesuatu perlu dilakukan dengan usaha, bukan sekadar tawakkal. Maryam tabah walaupun dicaci dan dikatakan sebagai perempuan tak bermaruah kerana mengandungkan anak tanpa bapa, namun ALLAH muliakan Maryam, di biliknya ALLAH berikan makanan, pernah satu cerita di mana beliau menggoncang pohon tamar yang tak berbuah, dalam keadaan yang sangat keletihan kerana melahirkan, berguguranklah buah daripada pohon yang tidak berbuah itu.
Comments