Assalamualaikum, semalam kawan aku meluahkan rasa hatinya lagi. Aku sekadar mendengar, mengiakan apa yang dia cakapkan, menitis air mataku mendengar apa yang dia luahkan...
Bukan melalui lisan, tetapi suratnya menyentuh hatiku:
Teman,
Dalam tenangku seharian,
Ada duka menyinggah,
Aku tak rela mengeluh,
Duka ini melemahkan aku,
Aku jadi hilang segalanya,
Temanku,
Aku sakit...
Sakit yang tiada ubat,
Tiada ubat di dunia ini dapat mengubatinya,
Aku hanya mengharapkan Tuhan...
Bukan aku mengalah,
namun aku lemah melawan,
Temanku,
Tolonglah aku keluar,
Aku mahu seperti mereka,
Aku mahu seperti kamu,
AKu tak mahu menangis kerana sakit ini,
Kamu tolonglah aku untuk keluar,
Aku tahu kamu boleh,
AKU SAHABATMU YANG MAHU KELUAR DARI DUNIA INI.
Aku tahu ini surat yang bersifat peribadi, namun aku mahu abadikan di sini, Untuk apa? Kerana aku mahu mengenangkan dia walau apa yang jadi padanya. Aku amat sayangkan dia. Dan sehari dua ini dia mampu tersenyum padaku, walau hanya dalam talian...
Tahulah sahabat, aku amat menyayangimu, dan aku doakan kamu kembali seperti sediakala....
Comments