Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

CATATAN 30 OGOS

Assalamualaikum...


Nampaknya sehari dua ni banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita...

Esok dah nak sambut merdeka... yang ke-51... Merdekakah kita sebenarnya? Kemerdekaan kita bermakna jika kita berjaya melempiaskan hasutan syaitan dalam diri kita... Tentu merdeka tahun ini amat bermakna jika berjaya memasuki madrasah Ramadan dengan hati yang bersih..

Esok juga tengok anak bulan..Minta-minta lusa puasa... maknanya malam esok tarawih pertama kita untuk 1429H.. Bersediakah diri menempuh madrasah ramadan... atau bahasa orang sekarang bole dikatakan sebagai akademi Ramadan... Hdirnya setahun sekali... Namun yang istimewa, kita semu muslim menyertainya... Hadiahnya amat lumayan. ALLAH menyediakan ganjaran yang amat lumayan... Kita tak dapat bayangkan. Menanti setiap peserta yang berjaya melaluinya dengan jaya.

Semalam ada perbentangan beanjawan 2009.. Aku tak sempat mengikutinya, namun ada juga aku belek- belek beberap laman berita... Hm, apa-apa pun sebagai pelajar aku tak mersak…

KITA NI MEMANG PELIK

Kita boleh pergi konsert tapi susah benar nak ke majlis ilmu… sedangkan kita tahu malaikat mendoakan mereka-mereka di dalam majlis ilmu.
Kita kata tak cukup ilmu, tapi kita suka suka buang masa kita tanpa menimba ilmu yang ada… sedangkan kita tahu kunci untuk membuka pengetauan itu belajar dan membaca serta bertanya untuk kita tahu,

Kita cukup makan, tapi kita selalu komen makanan yang kita makan tak sedap, kurang itu ini, sedangkan kita tahu kawan-kawan di Negara lain menderita tak makan dan makan apa sahaja yang ada tanpa keluhan untuk mengikat perut, dan kadangkala tak makan.

Kita suka marah bila ibu atau ayah melarang kita melakukan sesuatu yang kita suka…

contohnya bercouple… sedangkan kita tahu, Tuhan cakap JANGAN HAMPIRI ZINA… kita kata itu mengikat kebebasan… tapi bila jadi sesuatu yang tak diingini, kita malukan mak ayah, kita baru rasa bersalah, dan hati mereka sudah remuk… Bagaimana ini?

Kita kata tak pandai cakap, sedangkan bila diajak berbual tentang artis, kosmetik, maka…

BELAJAR KHAYAL 2

Bila membelek-belek post yang lalu, teringat nak sambung pasal topik yang aku suka ni "الوصف". Memang aku tersenyum setiap kali kelas ni, mengantuk pun akan ditahan... Ini kelas hari khamis yang lalu.
Hari ni ustaz hanya tunjukkan contoh maqalat(petikan) yang menggunakan imaginasi ni... Ditulis oleh ustaz Maad sendiri dan beberapa contoh syair dan qasidah arab... Walaupun tak faham semua cukup menyentuh rasa..


Petikan yang ustaz tulis: menceritakan tentang tiga orang sahaba dalm biliknya. Tentulah bukan kisah yang benar kerana ustaz hanya menggambarkan kemingkinan itu.. kisah daripada fikiran Usatz sendiri. Ada tiga kawan dan digambarkan setiap seorang.. Mereka tinggal dalam bilik yang agak sempit dan pengudaraan yang tidak mencukupi.. Faham sendirilah keadaannya.


1. yang pertama: sangat tinggi, hinggakan setiap kali nak tidur kakinya yang terlunjur akan melepasi katilnya sendiri... Adalah gambaran yang diberikan, memang menarik, tapi dalam bahasa Arab. Ada masa aku akan kongsi…

WANITA ACUAN AL-QURAN

(WANITA YANG ALLAH RAKAMKAM NAMA MEREKA DALAM SURAH AT-TAHRIM)

Inilah antara wanita yang namanya tercatat dalam al-Quran, sebagai panduan buat aku dan semua yang membacanya. Harap dapat diperbetulkan jika tersilap dan dan berkongsi maklumat lain yang kalian tahu. Syukran. ("o")


Isteri nabi Nuh dan Nabi Luth: (surah at-tahrim: 66:10)
mereka berdua mendapat keistimewaan oleh ALLAH, menjadi isteri kepada pesuruh-NYA, namun kerana menderhaka kepada suami masing-masing mereka akan bersama orang-orang yang masuk neraka. Teringat lagu Raihan:
Iman mutiara.. antara liriknya..

"Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
ia tak dapat di jual beli,
ia tiada di tepian pantai."

isteri nabi Luth-  memberitahu kepada penduduk negeri kedatangan malaikat yang menyamar sebagai lelaki kacak di rumah nabi Luth. Pada zaman itu hubungan sejenis adalah satu ketagihan. Mendengar perkhabaran itu, mereka menyerbu rumah nabi LUTH.

 isteri nabi Nuh-
tak mengikuti ajaran suaminya. …

Luahan Lu'luah

20 Ogos 2008

Seandainya kaki dan tangan ini,
mampu berkata-kata,
apakah yang akan mereka bicarakan tentang aku?
Aku yang sudah kehilangan sealanya kini.
Dalam suka aku semakin dicengkam kesunyian,
mungkin salah aku
tak pandai menjaga semua yang sepatutnya aku endahkan.
Jauh semuanya daripada hidup aku kini,
Tiada lagi kegemaran dulu.
Kegersangan,
Ketegangan,
Mengisi wajah suramku...
Tiada senyuman terukir,
Aku tahu salah ku ini,
Maafkan aku sahabat,
Tak mampu menjadi kawan yang baik,
pedulikan perangaiku ini,
Walaupun nampak kaku,
Aku masih mencari diri.
Seandainya kau temui celanya aku,
Tegurlah,
aku amat menghargai,
Aku suka dikeji, dikutuk,
Bukan dipuji,
Aku benci pada pujian...

Catatan buat sahabat yang aku sayangi, kalian banyak membantu aku dalam segala segi... Semangat, kewangan, nmacam-macam yang tak tercatat oleh aku... Aku malu dengan kebaikan itu... Doakan aku tetap di jalan kebenaran...

Mengapa hari ini perasaan ini seakan terbang bersama diri aku yang terawang-awang... T…

MERAPU BETUL

Bukan hasrat aku untuk memenuhkan entri ini dengan luahan yang tak sepatutnya, tapi bila akal aku sedikit serabut kerana berfikir entah apa-apa. walaupun hakikatnya otak ini jarang berfungsi pun, aku jadi tak keruan, cakap aku jadi lain, apa yang aku tulis berdasarkan perasaan... Jadilah macam hari ini... Jemari ini mengatur satu-satu kata tanpa aku pedulikan isinya lagi... Aku tak pasti apa sudah jadi pada aku hari ini.... Tolong aku, Tuhan... Ketahuilah kebahagiaan yang aku damba tak mungkin hadir jika aku sendiri tidak mencarinya.... Sesingguhnya aku yang perlu berusaha, bukan membiarkan akal yang tak sihat itu menguasai diri sendiri....

Tak pernah sebelum ini aku rasa begini.... Nak luahkan, tapi tak ada apa untuk diluahkan... Apa dah jadi sebenarnya ni??? Aku tak punya jawapan pada soalan yang aku tanyakan pada diri..... Keserabutan...

"Berzikirlah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."

13 KUNCI KEBAHAGIAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Tiada orang yang hidup dalam dunia ini yang mahu derita, namun ALLAH turunkan juga ujian untuk menguji hambanya. Kuatkah dia menghadapinya? Jadi kali ini aku berkongsi dengan kalian sedikit ilmu ini, aku jumpa dalam laptop dan edit sikit, kalau ada kesalahan tolong betulkan... Apa sebenarnya kunci kebahagiaan yang kita dambakan ini? Sudah adakah kuncinya dalam tangan kita? Atau amat jauh? Renung-renungkan...

1.Iman kepada Allah dan beramal shaleh.

Allah berfirman: "Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan
(An Nahl: 97)

"Sesungguhnya orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada ALLAH (dan segala Rasul-NYA meliputi Nabi Muhammad SAW) dan (beriman pula) H…

BELAJAR BERIMAGINASI

Alhamdulillah, kelas hari dilalui dengan penuh bersemangat dan dirasakan masa 2 jam itu teramat singkat. Mengapa? hari ni kelas Kitabah, Ustaz Ma'ad ajar untuk berimaginasi. Membayangkan apa yang tiada... Banyak manfaat dan faedah sebenarnya belajar berimaginasi ni.

*Apabila membayangkan azab ALLAH yang dipaparkan dalam Al-Quran, kita takut untuk melakukan dosa
*Apabila membayangkan kelebihan nikmat dan balasan kerana melakukan kebaikan, menggalakkan kita berusaha untuk mencapainya.
*Menajamkan bahasa- Bahasa kita tak kaku, malahan segar dan menarik.
*Kita akan puas dan tak rasa bosan walaupun apa yng kita baca sesuatu yang berat.

Ini antara yang aku dapat tadi. Tapi memang seronok... Aku dapat rasakan Ustaz memang dapat membayangkan apa yang dia cakap. Menukarkan tulisan dfalam bentuk visual... Nak cuba, bolehlah, anda pasti teruja... Tapi kalau aku, susah sikit bab-bab bayang-membayang ni, cuma kalau tidur merata aku berjalan, terjag, hilang semua... Ustaz menggalakkan semula mi…

Lu'luah

Aku melihat,
Mataku terpejamkah?
Membutakan kebenaran
Mengiakan kebatilan.
Angka ini sampai di hujung,
Tiada lagi tahun hadapan,
Angka dua mengisi,
Mengingatkan,
Tanggungjawab makin bertambah.
Dosa pahala bagaimana?
Mutiara itu,
Diamnya dalam cengkerang,
Dibawa keluar,
Berkilau cahaya,
Terang.
Mampukah seperti mutiara?
Terang,
Dihargai,
Ada guna...
Doaku,
mutiara ini bersinar,
bukan tersembunyi dalam cangkerang,
Mutiara ini,
Bangkit dari lena...

Luahan Sahabat

Assalamualaikum, semalam kawan aku meluahkan rasa hatinya lagi. Aku sekadar mendengar, mengiakan apa yang dia cakapkan, menitis air mataku mendengar apa yang dia luahkan...
Bukan melalui lisan, tetapi suratnya menyentuh hatiku:

Teman,
Dalam tenangku seharian,
Ada duka menyinggah,
Aku tak rela mengeluh,
Duka ini melemahkan aku,
Aku jadi hilang segalanya,
Temanku,
Aku sakit...
Sakit yang tiada ubat,
Tiada ubat di dunia ini dapat mengubatinya,
Aku hanya mengharapkan Tuhan...
Bukan aku mengalah,
namun aku lemah melawan,
Temanku,
Tolonglah aku keluar,
Aku mahu seperti mereka,
Aku mahu seperti kamu,
AKu tak mahu menangis kerana sakit ini,
Kamu tolonglah aku untuk keluar,
Aku tahu kamu boleh,
AKU SAHABATMU YANG MAHU KELUAR DARI DUNIA INI.

Aku tahu ini surat yang bersifat peribadi, namun aku mahu abadikan di sini, Untuk apa? Kerana aku mahu mengenangkan dia walau apa yang jadi padanya. Aku amat sayangkan dia. Dan sehari dua ini dia mampu tersenyum padaku, walau hanya dalam talian...
 Tahulah …