30 July 2008

Tersungkur di Pintu Taubat

Tuhan,
Akukah insan itu,
Tersungkur di pintu taubat,
Diheret arus duniawi,
Tak daya melawan.


Tuhan,
Akukah insan itu,
Janjinya mahu bertaubat,
Tinggalkan maksiat,
Namun,
Terlalu lemah,
Kaki tersadung di pintu taubat,
Kembali ke asal.

Tuhan,
Akukah insan itu,
Mahu mengubah kejahilan.

Tak dicari ilmu,
Membiarkan diri terkontang kanting,
Akukah itu, Tuhan?

Jauhkan aku, tuhan,


Agar aku bisa masuk ke rumah taubat,
Membersihkan diri,
Jangan biarkan aku tersungkur lagi...

Harapanku hanya Pada-Mu,
Bukan dunia yang menipu.

29 July 2008

Sampai Bila Nafas Kita

Seandainya nfasku hanya saat ini,
Bagaimana mahu aku mengadap Ilahi,
Badan terpalit dosa semalam,
Fikiran dicemari dosa,
Hati kusut sejuta...

Seandainya nafasku haya takat ini,
Mampukah amalan menjawab persoalan,
Atau seksaan menanti?

Seandainya nafas hanya saat ini,
Semoga ada rahmat mengiringi,
Mati dalam iman.

25 July 2008

Persoalan

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan sesuatu dan harapkan sesiapa yang punya jawapan dapat membantu. Ini adalah mesej yang aku terima daripada seorang sahabat baik aku. Aku temannya bertanya akan hal ini. Dan aku tak mampu menjawab, jadi aku amat mengalu-alukan sebarang jawapan yang dapat merungkai persoalan ini.

Ini adalah soalan daripada mereka yang tercari-cari hidayah...
"Aku rasa semua agama buat manusia mati, bukan maksud aku tak percaya Tuhan, aku percayan dan ada SATU, tapi manusia berpecah belah, pentingkan diri sendiri sebab agama... manusia ada tambah apa yang Tuhan turunkan... Kenapa kita tak ada satu agama sahaja? Bukankah itu lebih baik? Kita tak perlu berperang pasal agama... Kenapa kena bataskan diri kita. sedangkan Tuhan dah kurniakan macam-macam kat dunia ni untuk kita, kenapa kita tak gunakan semuanya... manusia berbalah pasal agama, Bukankah Tuhan dah ciptakan kita serupa dengan DIA? Maksudnya kita saling berbunuhan dengan DIA-lah? Dunia ni hipokrit... bukan maksud aku tak percaya dengan agama, tapi inilah pandangan aku..."
Dan ini ringkasan soalan tadi yang dihantar oleh sahabat aku:

1. Agama buat manusia mati, bukan aku tak percaya tapi kurang yakin...
2. Betul ke Tuhan ada satu?
3. Kenapa manusia berpecah belah, berpuak-puak, pentingkan diri sendiri sebab agama
4. Manusia tambah-tambah apa yang Tuhan tirinkan.
5. Kenapa kita tak ada hanya satu agama? Bukankah itu lebih baik? Kita tak perlu berperang pasal agama lagi.
6. Kenapa kena bataskan diri kita sedangkan Tuhan dah kurniakan macam-macam kat dunia untuk kita, kenapa kita tak gunakan?
7. Manusia berbalah pasal agama, bukankah Tuhan cipta kita serupa dengan 'dia'? Maksudnya kita saling berbunuhan dengan 'dia' la? dunia ni hipokrit... Bukan maksud tak percaya tapi ni la pendangannya...

Harap para pembaca yang ada jawapan dapat membantu. Terima kasih atas pertolongan.

24 July 2008

Kana-kanak Kecil

Kanak-kanak kecil,
Melakar garisan pada tanah,
Hujungnya terputus-putus,
Di tanah berdarah.

Kanak-kanak kecil,
Keriangan di halaman,
Ditabrak peluru sesat,
Tersungkur,
Tamat riwayat.

Kanak-kanak kecil,
Tersenyum di sisi bonda,
Merengek mahukan ais krim,
Tak terfikir erti derita.

Kanak-kanak kecil,
Belum mengenal warna hidup,
Korupsi,
Tribunasi,
Kezaliman,
Pada wajah dunia.

Kanak-kanak ini,
Apakah nasib mereka di masa hadapan,
Seindah pelangi,
Mendung mewarnai?

Orang Tinggi vs Orang Rendah

Orang tinggi cakap,
Harga minyak mendadak,
Harga beras naik,
Harga makanan ayam cekik darah.
Orang rendah geleng kepala,
Fikir anak bini,
Kereta, minyak kena isi,
Duit sekolah pasti.

Orang tinggi sorak,
Menang bicara,
Minyak mencanak naik,
Orang rendah titis air mata,
Nasib kian lara,
Mengemis di bumi merdeka,
Tak punya nama,
Nak balas kata mereka,
Mereka tak pandang,
Orang rendah.

Orang tinggi janji berdegar,
Tunainya entah bila,
Hutang ditebas terang nyata,
Orang rendah diam semata,
Termakan sogokan,
Harta dunia.

22 July 2008

Koreksi

benarkah kita hanya inginkan yang terbaik dalam hidup ini?
namun,
setakat manakah keinginan itu dilaksanakan?
jangan jadikan masalah sebagai alasan,
jika difikir,
masalah aku menimbun...
hakikatnya,
orang lain lebih besar masalahnya,
rumah tak dapat menampung anak isteri,
duit nak makan tak ada,
penyakit sentiasa memburu diri,
macam-macam masalah...
lihat diri kau!!!
makan pakai cukup,
dapat apa kau inginkan,
semua menyayangimu,
masalah tak perlu fikir..
apa lagi kamu mahukan???
cuba kamu diminta berkorban sedikit,
korbankan masa lapang,
cari ilmu bermanfaat,
itu juga kamu tak berjaya laksanakan...
koreksi kembali diri kamu,
apa sebenarnya kamu hajatkan dalam hidup ini?
hiburan
ilmu
makanan
kebahagiaan???
hanya jiwa yang suci dapat mejawab dengan jujur...

20 July 2008

Contengan Jemari

ASSALAMUALAIKUM....

Jarang aku mahu memberi sebarang komen tentang persekitaran yang melanda aku sekarang... Namun hari ini hati ini tergerak untuk mencoretkan sesuatu.

Sebagai seorang marhean biasa, apa yang aku mahu fikirkan tentang masalah yang melanda kancah politik negara sekarang. Seolah-olah tiada makna. Tapi semakin hari, aku perhatikan ianya semakin membarah, meninggalkan impak yang amat menyakitkan pada generasi akan datang...

Adakah mereka sebenarnya telah dibutakan hati perut mereka untuk memikirkan masalah rakyat yang kian meruncing. Sudah tertunaikah janji mereka selama ini? Ataupun kembali tenggelam, menantikan pilihanraya seterusnya untuk menebur janji baru... Kini masalah peribadi pemimpin yang hangat diperkatakan. Macam-macam yang masuk ke telinga ini pasca pilihanraya lalu... Lepas satu, satu pula yang timbul. Mungkin kedudukan aku sebagai seorang pelajar yang makan duit biasiswa dan PA&MA tak merasakan beban ini, masih boleh boros apabila biasiswa diumumkan masuk...

Tapi apa sebenarnya perasaan mak Ayah??? MEREKA TIDAK FIKIRKAN RAKYATKAH??? SESAK DADA BILA LIHAT APA TERJADI SEKARANG!!!

Aku bukan dalam bidang politik, malahan tak pandai nak memberi sebarang komen dalam bidang siasah ini. Namun cuba kita perhatikan, semak sirah nabawiyah, bagaimana Rasulullah menonlkan akhlak yang baik hingga para kuffar memeluk Islam, malahan amat menghormati baginda... Baginda dihiasi akhlak mahmudah dan terpuji...

Sedih aku bila kenangkan sebaliknya terjadi pada hari ini? Mengapa? Tepuk dada, tanyakan pada diri, bagaimanna keadaan negara kita sekarang??? SEDIH.... Amat menyedihkan. Bagaimana nasib anak cucu kita kelak jika keadaan ini berterusan...

"ALLAHlah yang mengetahui kebenaran"
Wallahua'lam...

YA ALLAH, selamatkan nagara ini daripada pergeseran berpanjangan yang boleh memburukkan ISLAM...

18 July 2008

Berkongsi Kisah

Assalamualaikum...

Cerita ini dah agak lama terjadi. Beberapa minggu yang lalu, ketika aku melarikan diri untuk pulang ke kampung...

Di sini aku mengakui, jika kita lari daripada benda yng baik, akan ada balasan yang menyusul... Bukan itu sahaja hukum ini sama sahj jika kita melakukian perkara yang baik-baik. Ada balasan yang menyusul dan baik tentunya...

Seperti biasa, aku menaiki teksi dan dikenakan caj untuk seorang pelanggan, memang hanya aku seorang, sampai di stesen komuter Nilai, RM8 ringgit. Menaiki komuter ke KL CENTRAL. Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sampai di situ, bermulalah sesi mencari tiket. Aku ke kaunter biasa, PLUSLINER, malangnya tiket untuk balik ke kampung tiada, habis terjual. Bagaimana sekarang dan apa yang harus aku lakukan? Dengan fikiran yang agak berserabut, jiwa kacau, keadaan PUDURAYA yang amat sesak-kerana petang Sabtu, tentu ramai yang mahu pulang ke kampung- Aku agak berputus asa, menuju ke satu kaunter...

"Akak, tiket ke Kulim ada?"

"Habislah, Dik."

"Butterworth"

"Ada."

"Bagi saya satu."

"RM40 tau.''

Aku mengangguk, setuju. Asal sahaja aku selamat sampai ke kampung halaman. Memandangkan Zohor hampir masuk, aku mengambil keputusan untuk berehat di surau, malangnya berkunci, menumpanglah aku bersolat, hanya di ruangan luar... Alhamdulillah... Dah hampir pukul dua, aku lihat tiket, kena berkumpul di kaunter 1..

Sesampai di sana, bas yang dinanti tiada... Ah, tak mungkin berulang pengalaman yang sama... Pulang tempoh hari, aku terlepas bas, terpaksa mendapatkan tiket baru. Aku tunggu, bersama sebilangan penumpang yang memiliki tiket seperti aku...

Hampir 3 suku, barulah bertolak... Dalam bas, tiket dicaj lagi 5 Ringgit, melayang lagi duit aku. Ah, pedulikan, asal sahaja aku sampai di kampung. Aku tak mengerti mengapa hati ini kuat untuk pulang ke kapung, walaupun tiada sebarang cuti. Hanya Sabtu dan Ahad. Perjalanan yang agak membosankan kerana aku banyak tidur, menenangkan hati yang agak panas kerana terpaksa membayar lebih. ' Sabar, dialah yang nak bawa kau balik kampung, kena ucap terima kasih' aku memujuk diri sendiri.

Hampir 7.30p.m, aku selamat tiba di Butterworth, alhamdulillah, selamat berbuka puasa dalam bas Jadam... Melintasi jambatan, aku teringat perjalanan aku, hidup... ah, otak ini suka benar melencong..

Diringkaskan, pukul 10 malam aku selamat tiba di rumah... Tak banyak yang aku buat. Menggeledah buku-buku aku, untuk dibawa ke asrama.... Tapi aku suka benar balik kali ini... Ada benda yang aku dapat, namun tak boleh dikongsi di sini....

*Bila kita rasa sunyi atau sepi, dekat-dekatkan diri dengan mereka yang boleh memahami dan tahu tentang kita.Paling hampir adalah ALLAH yng sentiasa menantikan hambanya memohon doa kepadanya... Setakat manakah kita memohon padanya ? Sesungguhnya dialah yag paling pemurah, memberi tanpa kita pinta, memberi lebih yang kita mohon... Jika manusia, memberi bila diminta, atau mungkin tak dapat apa yang kita mahukan...

Wallahua'lam...

16 July 2008

Catatan Rabu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, petang ni aku rasa nak memasukkan sesuatu dalam entri ni. berkongsi cerita setelah lama aku di sini. Hampir sebulan dan banyak peristiwa yang terjadi sama ada aku cakna atau tidak, peristiwa yang menjatuhkan semangat, marah, tersenyum sendiri dan menangis mungkin...

Awal-awal masuk sem, aku sedih, rasa nak tinggalkan pelajaran, nak berhenti melakukan semua kerja. Lebih baik balik tidur di rumah, badan tak penat, otak tak letih. Aku rasa kecewa dengan semua yang berlaku pada diri, melarikan diri daripada kawan-kawan... Terasa tidak bijak bila dikenang-kenang kembali.
• Aku katakan pada diri, aku lebih bernasib baik. Cuba bayangkan adik-adik di negara lain, anak-anak miskin di negeri ini sekalipun, mereka ingin belajar, tiada kemudahan, sedangkan kau lengkap semuanya. Apa lagi diri kamu mahukan?
Di sini selama tiga minggu, hati meronta nak pulang ke kampung, jadi aku larikan diri. Sem ini aku banyak bersembunyi. Daripada kekalutan dan semua orang.Aku sendiri tak pasti mengapa keputusan ini aku ambil.Tapi aku jadi benci...
• semakin aku lari, semakin mereka menghampiri, kawan-kawan yang amat baik hati... Aku mahu turunkan kisah yang menyentuh perasaan aku... Cuma air mata sahaja yang tak mengalir... Kawan yang baik...Aku kurang sihat satu hari tu, kawan-kawan yang baik melawat, dibelanja pula makan, datang ke bilik... Beriakan mesej, aku jadi terpaku sendiri... Betapa aku yang tak pandai menghargai kawan sendiri...

Aku pergi ke pelancaran buku kawan aku... Dah ada buku pun kawan aku seorang ni. Cepat benar... Seronok dan rasa teruja...
• Diri sendiri entah bila nak ada buku sendiri, nak buat cerpen pun tak lepas...
beli buku...
• Tak sabar nak membelanjakan biasiswa untuk beli buku yang aku suka...

14 July 2008

Di Manakah Kamu?

Apa tujuan sebenarnya,
kaki melangkah ke taman ini?
Sekadar tuntutan ilmu,
Atau...
Itu yang kau inginkan sebenarnya?
Adakah perlakuan kau,
percakapan,
Seiring bersama saat-saat yang berlalu,
Mungkinkah kaki yang sering tersilap langkah,
kau kembalikan ke jalan yang benar.
Argh,
kaki ini sering benar terpelecok,
Gara-gara tidak pantas melangkah,
malu bukan bayaran.
Dahulu,
saat kau dihantar ke gerbang budi,
Langkahmu megah,
Ingin mengukir ria,
di Wajah ayah,
yang menanti di pintu rumah,
bahagiakan ibu di alam sana.
Setahun berlalu,
Di manakah semangat yang kau uarkan,
'Di manakah kejayaan yang kau mahukah,
di manakah kerajinan yang kau impikan.
Aku hanya nampak,
Kegelapan kau tak tinggalkan...































APA MOOD AKU?

Ada orang menjadikan sibuk,
Alasan untuk bermalas-malas,
Ada pula.
semakin sibuk,
semakin berenergi,
Sedangkan,
Ada orang,
Tak buat apa- apa,
Tidur,
Memberikan alasan,
Sibuk...
Sibuk tidur...
Diri sendiri membentuk,
Apa kamu mahu jadi...

03 July 2008

Bulan Membaca

Sempena bulan membaca, Julai, perpustakaan Pusat Asasi UIAM Nilai sedang menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi bulan ini. Antara ynag menrik ialah review books(ulasan buku) yang terdapat di perpustakaan ini...

Boleh melawat laman web ini. http://lib.iiu.edu.my/

ramai-ramai kita memeriahkan perpustakaan dan menyertai pertandingan ini. Boleh berkongsi buku yang anda minati dengan orang lain.

01 July 2008

Makan Tengahari Dengan Majalah


Aku ni spesis manusia yang tak boleh ada duit dalam tangan, pasti ada benda yang nak dibeli. alkisah semalam tengok di bank duit masih berbaki, apa lagi separuh aku habiskan untuk membeli majalah. Sudah menjadi tabiat pula walaupun kadang-kadang majalah tersebut bukan aku baca daripada kulit ke kulit.

Aku tak suka beli surat khabar sekarang. Boleh didapatkan secara percuma di perpustakaan, boleh baca duit tak keluar, bukankah sekarang zaman berjimat. Nak senang lagi baca di internet. Jimat kertas. Bukankah harga kertas meningkat. Jadi kita kena jimatkan belanja untuk ini. hehe,

Boleh kenyang sebenarnya makan tengahari dengan majalah. Nak tahu bagaimana? Beli majalah yang ada resipi makanan yang sedap-sedap. Bila rasa lapar tengok berulang kali, sehingga rasa puas. Minum air pun dah cukup. Pasti kenyang. Nak tahu cubalah sekali. Jimat duit. haha.

Kalau kalian yang tahu, sekarang negara kita sangat aman. Hehe, ini kaut marut je ni. Bukankah kerajaan yang kita sayangi berjanji kerajaan yang selamat, aman dan mamur. Sekarang kita nikmatilah sepuasnya kemakmuran ini.

Sarapan Pagi. Kopi Berkrim

Pagi ini aku luangkan masa membelek lewat laman rasmi Harakah Daily. Sekadar mahu mencari berita daripada kaca mata berbeza daripada berita yang saban hari dibaca. Akhirnya dapat aku sedikit pengisian berita daripada pandangan lain.

Ah, apa sebenarnya yang sedang melanda negara tercinta aku sekarang. Aku BERTERIMA KASIH kepada kerajaan yang memerintah atas segala pembangunan dan KEBAJIKAN yang diberikan. Menaikkan harga minyak, sedangkan kita ada loji minyak dan merupakan antara negara pengeluar minyak. Minyak kita angkut dari luar. Menaikkan harga BERAS walaupun ada negeri jelapang padi. Mewujudkan AUKU yang mengongking para mehasiswa melibatkan diri dalam aktiviti politik dan emlahirkan siswa siswi yang hanya pandai bercakap. Cakap berdegar degar, tapi pelaksaan tak dilaksanakan. Hatta universiti dikuasai golongan yang tak sepatutnya. Adakah kita patut menyelak kembali sejarah mahasiswa silam yang menjadi wadah perjuangan rakyat. Hakikatnya siswa sekarang makin lesu dan bertenaga. Hanya main frienster (termasuk yang menulis, mungkin), ym, blogging, my space dan macam-macam kemudahan dalam internet yang amat mudah didapati sekarang. Apa sebenarnya tugas seorang mahasiswa?

Kita sebenarnya bukan sekadar perlu belajar. Ada masyarakat yang menanti untuk kita taburkan budi, menjadi lidah mereka. Kita punya kelebihan ilmu yang ALLAH anugerahkan, mana mungkin sekadar berdiam diri dan sekadar ke kelas, makan, tidur. (hehe, lebih kurang pun). Lihatlah mahasiswa dahulu yang berani mempertahankan kebenaran. Sekarang? tanyalah diri sendiri di mana kedudukan anda sebagai mahasiswa.