Aku cuba menekuni Motivasi menjadi wanita paling bahagia, dan aku temui ini, yang menarik perhatian aku. Sekadar sedikit perkongsian daripada seorang Jamilah...
m/s116: motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia-Dr. Aidh abdullah Al-Qarni
Jika anda ditimpa musibah, bersabarlah, kerana ALLAH pasti menunjukkan jalan keluarnya duduklah dengan tenang dan khusyuk selepas menunaikan solat Subuh selagi dalam keadaan menghadap kiblat. Tidak perlu terlalu lama,memadailah sekitar sepuluh atau lima belas minit. Setelah berzikir, berdoalah kepada ALLAH meminta dikurniakan hari yang indah, baik dan penuh berkat.
Mohonlah kepada ALLAH agar menjadikan hari itu mepakan hari yang bahagia, penuh keberhasilan, peningkatan dan kejayaan buat anda-jauh dari sebarang dosa, tekanan dan masalah-masalah seumpamanya.
mohonlah kebahagiaan dari ALLAH, begitu juga rezeki dan ketenangan hidup. Hsnya dari ALLAHlah kebaikan itu datang, justeru, kepada-NYAlah ianya patut diminta. Kebiasaan duduk yang sebentar ini akan menjadi senjata yang ampuh bagimu untuk menghadapi sebarang persoalan yang datang dan berlaku pada hari itu. Semoga hari itu anda jalani dengan penuh berkat dan ketenangan.
Selain itu, anda dinasihatkan juga melakukan hal yang serupa(khusyuk dan menghayati) setiap kali anda hendak menyudahi pekerjaan. Demikian juga ketika anda duduk mendengar bacaan al-Quran, sama ada dari kaset, radio atau dari seorang yang baik bacaannya. Ketika mendenar ayat-ayat ALLH dibacakan hendaklah anda khusyuk mendengarnya kerana ia boleh melenyapkan kekeruhan dan keraguan dalam hatimu. Denagn berbuat demikian anda dapat merasakan keadaan yang lebih tenang dan hati yang lebih tenteram.

Comments