30 June 2008

Biru Langit

Bila memandang langit jangan hanya memandang pada kecantikan warna birunya, tetapi ingatlah ada rahsia yang tersembunyi yang kita tak terfikir. Melihat dengan mata hati, kita akan nampak sesuatu.

Langit, birunya bukan sekadar biru, memandangnya meredakan hati kacau, jiwa bergelora.

Hati jadi kacau, ada rasa-rasa halus membisikkan yang tidak enak-enak semalam. Dekat di telinga ini. Terngiang-ngiang apa yang dicakapkan. Mampukah aku menolaknya jauh daripada hidup ini.



Pandang langit seketika,
Hilang semua rasa,
Tenang,
Ku lupakan semua salah,

29 June 2008

Cinta Tuhan

Di manakah cinta Tuhan,
Tersungkur aku dalam pencarian,
Mencari jalan pulang,
Ku temui kegagalan.

Bayang-bayang dosa mengekori,
Sesaat,
Seminit,
Setiap detik.
Aku lemas,
Tak jumpa jalan pulang.
Makin diusir,Dia hampir,
Basah sejadah dek sungai penyesalan,

Terlayar setiap dosa,
Aku hampir pitam,
Tuhan,
Terlihat dosa sendiri,
Ini baru dunia,
Bagaimana di hadapan-MU kelak?
Saat semua manusia berkumpul,
bersama amalan.
Di mana kedudukan aku,

Hamba berdosa,
Disekat dosa,
Tak sedar dosa.
Biarkan air mata mengalir,
Sebelum mentari ria menghampiri.
Aku, kau, dia, kalian, semua umat...
Saat janji Tuhan dekat,
Tak pasti BILA!!!

28 June 2008

Belek-belek Buku

Aku cuba menekuni Motivasi menjadi wanita paling bahagia, dan aku temui ini, yang menarik perhatian aku. Sekadar sedikit perkongsian daripada seorang Jamilah...

m/s116: motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia-Dr. Aidh abdullah Al-Qarni

Jika anda ditimpa musibah, bersabarlah, kerana ALLAH pasti menunjukkan jalan keluarnya duduklah dengan tenang dan khusyuk selepas menunaikan solat Subuh selagi dalam keadaan menghadap kiblat. Tidak perlu terlalu lama,memadailah sekitar sepuluh atau lima belas minit. Setelah berzikir, berdoalah kepada ALLAH meminta dikurniakan hari yang indah, baik dan penuh berkat.
Mohonlah kepada ALLAH agar menjadikan hari itu mepakan hari yang bahagia, penuh keberhasilan, peningkatan dan kejayaan buat anda-jauh dari sebarang dosa, tekanan dan masalah-masalah seumpamanya.

mohonlah kebahagiaan dari ALLAH, begitu juga rezeki dan ketenangan hidup. Hsnya dari ALLAHlah kebaikan itu datang, justeru, kepada-NYAlah ianya patut diminta. Kebiasaan duduk yang sebentar ini akan menjadi senjata yang ampuh bagimu untuk menghadapi sebarang persoalan yang datang dan berlaku pada hari itu. Semoga hari itu anda jalani dengan penuh berkat dan ketenangan.

Selain itu, anda dinasihatkan juga melakukan hal yang serupa(khusyuk dan menghayati) setiap kali anda hendak menyudahi pekerjaan. Demikian juga ketika anda duduk mendengar bacaan al-Quran, sama ada dari kaset, radio atau dari seorang yang baik bacaannya. Ketika mendenar ayat-ayat ALLH dibacakan hendaklah anda khusyuk mendengarnya kerana ia boleh melenyapkan kekeruhan dan keraguan dalam hatimu. Denagn berbuat demikian anda dapat merasakan keadaan yang lebih tenang dan hati yang lebih tenteram.

Gembirakan Hati Kita Seperti Mereka

Wajah tak berdosa,
Senang memandangnya,
Tenang,
ceria,
tiada air mata

27 June 2008

Serabut @ Tenang Sekarang

Hidup tak punya amaran,
Datangnya duka,
munculnya ceria,
Kita,
Peka,
Berjaya,
KIta,
Cuai,
Syaitan merajai.
Jangan pandang belakang,
Bila kejayaan jadi milkmu,
Bukan kita menetukan
Namun,
Mohonlah terbaik,
Tuhan akan beri.
Jangan beri peluang pada kesedihan,
Merajai,
Senyum,
Doa,
Ikhlas...
SYUKURLAH APA KAU MILIKI.
HISAB APA KEKURANGAN
LIHAT APA KELEBIHAN
HARGAI MEREKA...

Aku Dah Okey

Carilah ketenangan,
lewat sujud pada yang Esa,
Hindarkan kesedihan,
Kau pasti bahagia,
Pandanglah sesuatu secara positif,
Mata hati mentafsir,
Tangan berbicara
Hati gundah sembunyikan,
Zahirkan senyuman manis,
Semanis madu...
:)

04 June 2008

Esok Balik

Alhamdulillah berjaya melangsaikan kertas-kertas peperiksaan, walaupun memang tak tahu begaimana keputusannya. Pasrah walau apa sekalipun yang aku dapat. Aku berusaha dan akan dapat apa yang telah aku usahakan, Insya ALLAH, usaha yang teramat sedikit dan tak ral;at jika dapat keputusan yang sedikit.

Sedikit perkongsian sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi Nilai.

Wahai diri-diri yang diberi peluang oleh ALLAH untuk duduk di menara gading, sangat besar sebenarnya tugas kita di sini. Adakah mampu untuk pundak kita benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi. Harapan mak ayah, guru-guru sekolah menengah dulu, kawan-kawan yang tak berpeluang ke sini, dan harapan oleh diri sendiri. Tentu tak mahu sekadar cukup-cukup makan dan inginkan kegemilangan. Jadi, imbau semula dalam diri, sebenarnya cukupkah bekalan yang kita bawa sebelum ke sini? Soalan ini ana tujukan untuk diri sendiri...

Walaupun kita fikirkan kehidupan kita di sini serba kekurangan dan banyak ekluhan meniti bibir, tapi setelah kita meninggalkannya, kita akan sedar betapa manisnya kehidupan di sini. Tak semua berpeluang menikmati kehidupan seperti kita. Beruntunglah kita sebenarnya dan ucapkan ALHAMDULILLAH.

Satu lagi, apa sebenarnya matlamat kita di sini. Aku akui, sedari mula aku ke sini, tiada satu matlamat khusus, tapi aku mahu belajar arab untuk aku tunaikan impian yang aku simpan selama ini. Untuk teruskan aku perlu belajar bahasa arab. Dan aku belajar seperti orang lain, malangnya aku bukan seperti orang lain yang minat belajar. aku ini spesis manusia yang bukan kaki belajar terutamanya menjelang peperiksaan. Aku suka buat benda yang aku suka tanpa aku sedar ianya mungkin menyakitka hati ramai pihak.

Akhir kalam, sebelum aku pulang, aku memoho ampun maaf daripada semua sahabat yang memahami aku yang sebenarnya. Harap kalian tak mengeluh dengan aku yang teramat pendiam dan kadang-kadang sesekali aku membuka mulut, percakapan aku seperti tidak dapat diterima. Ketahuilah kalian semua saudara seagama yang aku sayangi.

SELAMAT BERCUTI...

SELAMAT DAPAT KEPURUSAN IMTIHAN...

SELAMAT MENYAMBUT ADIK_ADIK BARU

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN DI TAHUN KEDUA...

SELAMAT BERJUANG< SAHABATKU...

















SESI EXAM, DUGAAN, SABAR
"Kita merancang dan ALLAH juga merancang. Sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik"

. Aku sendiri tak menjangka hanya kerana pendrive itu jatuh, terus tak boleh digunakan lagi, hati ini menangis, belum sebulan dibeli, mengapa jadi begini. tapi aku tak tahu apa sebenarnya yang ALLAH simpan untuk aku.

Alhamdulillah, tadi boleh jawab soalan 'istima'. Insya ALLAH, yang terbaik itu dari-NYA. Aku tak mengharapkan keputusan yang terlalu baik, tapi biarlah tak terlalu mengecewakan. berbalik kisah pendrive aku, ini dalam tempoh short sem, dua pendrive aku rosak, yang pertama melenyapkan semua karya-karya aku, dan yang trebaru habis semua gambar dalam simpanan aku. Salah sendiri juga yang tak tahu menyimpan dalam laptop. Tapi tak perlu mengeluh, pasti ada hikmahnya...

Aku harapkan hari-hari yang aku lalui di sini walaupun banyak mendatangkan kesusahan pada orang lain birlah ianya juga memberi manfaat. Semoga tak terlalu menyusahkan...

03 June 2008

Terlepas Satu Imtihan

Pukul 9 pagi, bertempat di bilik ustaz, aku berjaya melalui imtihan kalam yang aku nantikan bilakah ia akan berlalu, seperti biasa, jamilah tetap jamilah. Nak tahu, perasaan fobia aku berkurang ketika imtihan tapi tapi bukanlah 100% Memang ada getaran pada tangan dan kaki tapi tak sehebat sebelum ini. ya, semuanya dari ALLAH, bagi setakat setakat mana aku usaha itu akan aku dapat malahan ALLAH memberi lebih daripada itu, harapkan usaha yang terlalu sedikit tak menjadi imtihan aku, ilham itu datngnya daripada ALLAH.

Ada juga yang aku lupa, almaklumlah belajar last minute... Tapi soalan terakhir dapat sakhsiah..

Sejak semalam aku minta biarlah dapat sakhsiah, tak dapat kalam. Tadi, aku merenung terlebih dahulu sebelum aku mencabut kertas dalam kotak yang ustaz sediakan. Sampaikan ustaz menegur, ''jampi ke?" ambil, terketar juga nak melihat soalan yang dapat.

"Aku dapat sakhsiah."

Ustaz bacakan soalan.

Aku tanyakan pada ustaz, penulis boleh... Mestilah boleh... Apa kamu nak cakap... Apa tu.. tehrani...

لا ...لا... aku menafikan.


"الشخصية الآخر"

"تفضل"

Aku cakaplah apa yang aku tahu tentang Zaid Akhtar. Teramat sedikit isinya, tak tahulah bagaimana keputusannya, asal sahaja dah lepas aku sangat gembira... Keputusan tak penting sangat bagi aku, itu yang aku tak ralat dapat sedikit markah dalam peperiksaan. Teruk, kan? Bilalah nak berubah agaknya...

esok ada tiga lagi kertas yang menanti, nak buat cepat-cepat, nak balik rumah... HOMESICK...

Jumpa lagi ada masa aku update blog ini, sekadar perkongsian biasa, tak banayk ilmu yang diberikan, daripadaku kepada kalian...

02 June 2008

Entri Terakhir Sem Ini

Bunga, tamsilan seorang wanita, kehidupan yang tak lama ini, banyak cabaran yang mewarnai hidupnya. Seorang wanita sabar menghadapi dugaan, tak mengeluh.

Persis bunga yang rela dihisap madunya, memberi bakti kepada sang lebah. Tahu kembangnya tak lama, jangan melihat hanya pada fizikal bunga, lihat sahaja pada binga ini.

TULIP ringkas, namun diminati ramai. Kenapa? Ramai manusia sukakan sesuatu yang ringkas dan menarik. Jangan menilai sesuatu hanya pada zahir. jangan cepat menyemai cinta memandang sesuatu yang baru. Ingin aku nyatakan di situ, perhubungan yang terlarang jangan masukkan nama Islam.

Dating in Islam... tak pernah wujud istilah ini sebenarnya. Jika nak bercinta gunakan landasan yang betul... Ya ALLAH, jangan biarkan aku terjebak dalam cinta terlarang ini. Aku terlalu takut...

Jangan takut wahai puteriku, seandainya ada insan yang mngganggu dirimu, ingat inilah yang dikatakan fitnah dunia, banyak benda yang kita tak mahu ia hadir dalam hidup kita namun ALLAH tetap menguji kita dengan perkara tersebut.

Tetapkan dirimu dengan ajaran Al-Quran, nescaya kamu pasti akan selamt selamanya. Usa pedulikan cakap-cakap orang lain yang sentiasa tak senang melihat kita emlakukan kebaikan, semaikan cinta dalam apa jua yang kamu mahu lakukan. Ini pesanku, untuk puteriku yang aku sayangi... Jadilah sebagai pedoman.

01 June 2008

Peperiksaan Akhir

Minggu depan merupakan minggu paling sibuk untuk peperiksaan akhir... bagi orang lain. Adakah aku masih seperti hari ini? Ada imtihan kalam, qiraah, kitabah dan istima'. Sebelum berperang sudah pasti bala tentera perlu disiapkan. Bagaimana niat kita untuk menghadapi peperiksaan? Bagaimana persediaan kita? Bagaimana minda? Bagaiman nurani kita? Semuanya memerlukan kita bersedia, berusaha, barulah bertawakal. Bukan mudah mencipta satu cita-cita dan mahu mencapainya memerlukan satu usaha yang berterusan. Yang pernting mhu itu ada dalam diri.

Tak sabar nak balik kampung. Mengapa ya? Selalunya aku tak teruja begini untuk balik kampung. Nak jumpa ayah, nak jumpa ayah, nak jumpa ayah... Ada tugas penting sepanjang aku kembali ke rumah sebenarnya...

Buat semua sahabat yang aku sayangi, doaku kalian berjaya dalam imtihan akhir dan imtihan seharian. Semua yang berlaku ada musabab dn hikmah yang kita mungkin tak sedar. Jangan persiakan kesempatan bersama ibu ayah, kerana bila mereka tiada baru kita akan sedari kepentingan mereka dalam hidup kita.