15 May 2008

Thursday, May 15, 2008

Mencari-cari, aku terjumpa ini. Sekadar untuk berkongsi bersama...untuk diri yang selalu rasa nak jatuh, selagi tak kejutkan gergasi dalam diri, ia akan tidur, semua orang sama pada hakikatnya, tapi perlu usaha membaiki diri, itu yang terbaik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here.
Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kali ini berdiri dan berucap dihadapan 200 orang. Lama-kelamaan, tak kira 1,000 orang yang menonton Anda berucap, ia bagaikan 10 orang saja pada Anda, sebab Anda dah menjadi cukup yakin kesan terbiasa memberi ucapan pada ramai orang.

Untuk Menjadi Yang Terhebat,Hanya Perlu Cari Mereka Yang Hebatdan Kaji Gaya Mereka, Stail Mereka SertaKeyakinan Diri Mereka Lalu SerapMenjadi Tabiat Diri Anda. Lama-kelamaanAnda Juga Menjadi Hebat Seperti Mereka !Walaupun Anda tifak berucap di hadapn ramai orang, tapi cara ni boleh membantu. Biasakan diri untuk terus berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling Anda, tak kira adik beradik, orang tua Anda mahupun pacik-pacik kat kedai kopi. Janji, Anda mencelah dengan bijak.Lama-kelamaan, Anda akan jadi yakin bila berkomunikasi! Tiada lagi rasa malu, rendah diri, menghina-hina diri sebab jadi pemalu dan takut berjumpa dengan orang yang Anda tak kenali.Moga tips motivasi ini membantu Anda untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan pengucapan umum. Jangan kelam-kabut, take time dan buat latihan secara bertahap, langkah demi langkah. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, tak gitu?Rajinkan diri Anda untuk berlatih berkomunikasi, berbual, bercakap dan berkata-kata dengan sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Lama-kelamaan, sifat rendah diri Anda akan mengurang dan Anda boleh mengawal rasa malu, aaa .. apa nama .. (ikut stail Dr M) rendah diri dan tak yakin yang dulunya bagaikan mimpi ngeri buat Anda.Jadikan berbual-bual tu seronok bagi Anda, make it fun! Kesan daripada itu, Anda menjadi yakin menegur sesiapa sahaja, walau orang tu Anda tak pernah jumpa langsung. Tak percaya? Cuba try test hari ini juga

Aku petik daripada sebuah lama web,
www.imotivasi.com

 

No comments: