29 May 2008

mata



Mata, anugerah ALLAH pada hamba-NYA yang dipilih,
Ada insan yang ALLAH tak kurniakan nikmat mata,
 Terbebas daripada dosa daripada mata, mungkinkah kita telah menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya.
Untuk apa kita gunakan mata ini.
Menonton cerita-cerita lagha, melihat maksiat dan berdiam diri,
 Melihat kebesaran Tuhan, atau bagaimana?
Secara jujur, aku sendiri tidak menggunakan nikmast ini dengan sebaiknya.
Melihat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak menggunakan nikmat terindah ini...
Ya ALLAH, lalainya aku dengan nikmat ini.
 Nampak mata seperti kecil cuma namun besar amat maknanya.
Tanpa mata kita tak mampu melihat mak ayah, kawan-kawan, alam ciptaan ALLAH.
Kepada yang mengalami masalah rabun, mungkin ini peringatan daripadanya...
Supaya diri berhati-hati dengan perkara yang hendak dilihat. Jangan bermain mata...
Itu kata orang lama-lama...
Ya, dari mata tutun ke hati.
Terutamanya bagi yang berlainan jantina. Lawan jenis.
Melihat sahaja boleh menimbulkan perasaan aneh dalam hati,
Jangan merenung lawan sejenis, khuatir terlekat titik hitam...
Jadi semakin jelas...
Ingatlah wahai diri yang banyak melihat perkara tak berfaedah ini,
 Alihkan pandanganmu pada kitabullah,
 Alam,
Sahabat yang menyayangi...
Hatta ibu bapa yang apabila kita pandang wajkah mereka dapat pahala...
Fikir-fikirkan...

No comments: