31 May 2008

balik tanah tumpah darah


Tadi aku berjaya mendapatkan tiket untuk balik kampung... 
Transnasional, 5hb Jun 2008... 10 pagi, insya Allah tak sabar nak tunggu... 
Aku nak balik, jumpa anak saudara. 
Ada sesuatu yang aku belikan untuk mereka... 
Aku mahu lihat kecomelan wajah mereka. Tak sabar menanti... 

walaupun perlu menghadapi peperiksaan akhir daulu, tak kisah, asal sahaja aku dapat pulang. Bukan beerti aku bosan tinggal di bumi Nilai yang permai ini, aku mahu cari kelainan. Cari semangat untuk meneruskan semester baru. nak jumpa guru-guru, kawan-kawan, ayah, kakak, dan semuanya.... 

Ada segantang rindu menanti semua di kampung.

 Ketahuilah kalian, walaupun anakmu ini bukan anak yang trebaik berbanding yang lain, aku amat menyayangimu... Tiada dua dalam dunia ini...

Aqilah dan Syauqi, tunggu, Acu akan pulang tak lama lagi... Kita boleh kawan. ;)


No comments: