31 May 2008

balik tanah tumpah darah


Tadi aku berjaya mendapatkan tiket untuk balik kampung... 
Transnasional, 5hb Jun 2008... 10 pagi, insya Allah tak sabar nak tunggu... 
Aku nak balik, jumpa anak saudara. 
Ada sesuatu yang aku belikan untuk mereka... 
Aku mahu lihat kecomelan wajah mereka. Tak sabar menanti... 

walaupun perlu menghadapi peperiksaan akhir daulu, tak kisah, asal sahaja aku dapat pulang. Bukan beerti aku bosan tinggal di bumi Nilai yang permai ini, aku mahu cari kelainan. Cari semangat untuk meneruskan semester baru. nak jumpa guru-guru, kawan-kawan, ayah, kakak, dan semuanya.... 

Ada segantang rindu menanti semua di kampung.

 Ketahuilah kalian, walaupun anakmu ini bukan anak yang trebaik berbanding yang lain, aku amat menyayangimu... Tiada dua dalam dunia ini...

Aqilah dan Syauqi, tunggu, Acu akan pulang tak lama lagi... Kita boleh kawan. ;)


Malam Yang Sepi

31 MEI 2008

MALAM YANG SEPI

Malam ini aku lalui seperti malam-malam sebelum ini.Tapi aku lampirkan sebuah pernyataan teman baik aku. Namanya minta dirahsiakan. Dia luahkan pada aku apa yang dia rasa sepanjang kehidupannya beberapa bulan di sini. Aku menjadi pendengar, menadah telinga penuh tekun... Bacalah pernyataan ini dengan mata hati walaupun tiada kena mengena dengan anda, daripada teman aku yang terlalu pendiam dan suka menyendiri... Jika tak mengenalinya pasti fikirkan dia sombong...

TEMAN: Saya sedih sangat malam ni, saya semak, mengapa perkataaan ini terlintas di fikiran? Lihat sahaja tempat saya malam ini. Buku berterabur, kertas -kertas nag dikeronyok. Saya mengantuk sebenarnya tapi tak berniat nak tidur lagi, ya memang mengantuk tapi saya gagahkan diri untuk berjaga. sebenarnya banyak kerja untuk dibuat tapi saya sendiri tak pasti nak buat apa. Tugas sampai bila-bila tak akan habis. Saya yang perlu ada inisiatif sendiri untuk buat apa yang sepatutnya... Fikiran saya kosong daripada perkataan, saya terasa ingin menangis pun ada...Terima kasih kamu sudi melawat saya.

JMN@TD: Temanku, kesedihan datang supaya kita tak terleka dengan keseronokan yang sentiasa ada di depan mata, cuba teman fikirkan, bagaimana hidup yang perjalanannya selari, tiada onak duri, rintangan? Pasti amat membosankan. Kamu akan rasakan kekosongan mengisi hati kamu, cuba kamu ceritakan pada aku apa sebenarnya yang mengganggu fikiranmu malamini? Pasti sesutu yang agak membebankan dan berat untuk diceritakan, percayalah, jika mampu aku akan membantu.

TEMAN: Terima kasih, JMN@TD. Kisah hidup saya di sini tak seindah kawan-kawan lain. Diiring ketawa walaupun hati berduka. Tenang sahaja wajah-wajah mereka. Muka saya selalu berkerut, hati keluh kesah, perasaan tak tenteram.Tapi saya banyak pura-pura. Mungkin ada yang dapat mengesyaki.Sepanjang saya di sini saya merelakan segala yang mereka lakukan ke atas saya. Saya tak kisah hanya dicari saat pertolongan saya diperlukan.. Saya akan cuba penuhi kerana mereka kawan-kawan saya.Saya amat sayangkan mereka walaupun saya selalu seperti tidak peduli. Saya banyak sakitkan hati mereka. Saya tahu. saya yang memilih jalan menyendiri jadi kena terima apa yang orang lain buat pada saya. Saya tak kisah diketepikan daripada sebarang tugas kerana mungkin memang saya yang tak layak nak lakukan semua kerja-kerja itu. Biarlah saya tahu, banyak kekurangan yang saya nampakkan dalam pergaulan seharian. Saya tak macam orang lain, dapat sembunyikan penderitaan di balik senyuman, wajah saya masam sentiasa.Sayajarang menguntum senyum pada orang lain. Saya relakan tubuh lemah ini mengikut jika mereka perlukan pertolongan saya. Ya, saya mahu kawan-kawan saya gembira walaupun pertolongan kecil sahaja, tak seperti mereka yang banyak memberi sumbangan yang besar-besar. Aku tak mahu mengeluh apatah lagi menangis, saya gembira denagn apa yang saya lakukan. Tolonglah, jangan pandang rendah pada saya. Walaupun mereka semua terbaik, saya cuba tonjolkan sedikit diri saya. Tapi saya benar-benar takut.

JMN@TD: Jangan takut sayang. Selagi niat kau betul kau tak akan terpesong dari landasan yang benar. Aku tahu kamu takut nak menunjukkan diri kamu yang sebenar. Saya dah lama kenal kamu. Sejak sekolah dulu-dulu. Kamu gemarkan sembunyikan diri kamu dan lakukan perkara-perkara yang orang lain tak suka, kamu minat. Teruskan, tapi ingat kamu hidup dalam masyarakat. Bukan hanya dan dunia kamu. Aku juga mungkin mirip kamu. Tapi kamu kena ingat, kita yang kena mulakna pergaulan supaya orang boleh dekati kita, aku juga takut, natijahnya aku tak banyak kawan. Tapi alhamdulillah, aku tak sunyi, ada banyak benda juga yang aku lakukan. Tapi kurangnya aku payah untuk didekati dan tak dapat selami perasaan orang lain. Aku seperti individulistik. Apa yang mendorong kamu memuhasah tentang diri kamu ini? jarang kamu ceritakan pada aku sepanjang kita kenal selama ini.

TEMAN: Semalam saya menonton filem pendek, tentang persahabatan, benar-benar kena pada saya. Saya tak pandai hargai orang lain. Saya tak tahu nilai sebuah persahabatan. Saya terisak-isak sendirian semalam menonton filem pendek itu. Saya amat sedihh, teringat apa ynag saya lakukan pada kawan-kawan saya. Banyak yang saya abaikan dalam persahabatan, saya sedih malam ini, teringin saya titiskan air mata yang udah lama tak mengalir, tapi biarlah, simpan airmata ini pada sutu masa yang diperlukan. Saya bukan kawan yang baik, tak mampu nasihatkan teman-teman yang sedikit tersasar walaupun saya tahu perkara itu tak betul., Sebab itu saya mahu lari... Sejauhnya. Sebenarnya saya tak suka dengar percakapan tentang orang lain, tapi bila sesekali mendengar, seperti sayan pula ynag teruja, saya takut, sudahlah saya bukannya manusia yang baik, sedikit amalan, ditambah dosa-dosa remeh (temanku ini mengesat matanya yang basah, aku memaut bahunya, memeluk erat, ya dia perlukan seseorang untuk meredakan perasaan)

JMN@TD: Bagus niat kamu itu. Saya faham dan dapat selami apa yang kamu rasa. Melihat mereka bercerita tentang lelaki, kamu tahu benda itu salah dan kamu tak suka berbicara mengenainya, betul kan? Temanku, sabarlah dengan dugaan ini, selagi boleh elak, elakkan, sebab selalunya apa yang kita cakap, perkara itulah yang teruji atas kita. kamu tak suka berbicara tentang lelaki, dan merekalah yang hadir dalam perbicaraan temanmu yang lain... Banyak lagi yang boleh kita bicarakan selain mengatakan kelemahan orang itu dan ini. Mengapa perlu hebahkan? Betul tak, temanku, sayang? Sekali kita tudingkan kelemahan orang lain sepuluh tudingan terarah pada kita, orang bercakap kelemahan dan kekurangan kita yang mungkinkita sendiri tak sedar. Ah, maafkan aku, melalut pula rasanya, teruskan temanku, aku setia mendengar.

TEMAN: Saya suka berada di sekitar mereka, tapi ada masa saya ingin lari... LARI sejauhnya, saya tak mahu dirimpa persolan yang tak diundang. Pedih benar untuk ditelan. Mungkin bagi kawan-kawan itu semua rencah kehidupan cuma tapi bagi saya ujian yang kecil itu melatih hati ini untuk lebih tahan dengan dugaan, saya simpan kepedihan dan saya lahirkan dalam penulisan saya. saya akan rasa lebih puas dan berharap agar mereka mengerti mesej saya. Saya ada sebab menceburi dunia penulisan, bukan semata-mata wang walaupun memang itu yang saya perlukan hari ini. Saya sebenarnya amat tak gemar dipuji. sebab semuanya daripada ALLAH, ilham adalah daripada-NYA. Pujian bukan saya yang minta tapi saya amat takut pujian itu bakal membinasakan. Tolonglah leraikan masalah ini, JMN@TD....

JMN@TD: Mungkin bukan aku orang terbaik, tapi temanku, semuanya perlu berbalik pada yang satu, tempat kita memohon segala sesuatu. Lagi banyak hambanya meminta, semakin dia suka. Bersyukurlah dengan apa yang ada.Temanku, banyakkan istigfar dan selalu minta maaf, ego akan berkurang dan kamu akan tenang, percayalah teman... Tenanglah teman tidur malam ini, esok cuba bangun tahajud, mohon sepenuh hati pada Yang satu...

TEMAN: Terima kasih, JMN@TD. Semoga kamu dapat apa yang kamu cari dan sentiasa di jalan yang benar... Carilah kebenaran kerana walaupun depan kita cuma mungkin kita tak terperasankan ia...

02:33a.m: 31 Mei 2008


30 May 2008

air mata ustaz



hari ini hari terakhir untuk kelas kitabah, jadi kami adakan jamuan untuk ustaz khalid. Amat lumayan, hanya bayar RM2.00. Berbaloi le untuk sarapan. Pengerusinya seorang sahabat sekelas. kebetulan ustaz sebenarnya kurang sihat, namun tetap hadir juga ke kelas, YA ALLAH, rajinnya ustaz, tak macam anak muridnya yang malas ini.

Mereka persilakan ustaz memberi sepatah dua kata. Tentunya dalam bahasa Arab. memang tak faham seratus peratus tapiboleh ditangkap maksud ustaz. Ya, ustaz memang suka memuji, bak kata ustaz aku sebelum ini, orang sudan suka memuji walaupun kebaikan yang kita lakukan kecil sahaja... walaupun aku terutamanya dalam kelas terasa seperti kurang beradab dalam kelas. Memang, ustaz memberi ucapan dalam keadaan sebak. Sesekali kura tangannya mengesat mata.

tiba giliran wakil muslimat memberi ucapan, nampak benar air mata seorang ustaz. Mahalnya air mata itu... Ah, ustaz terlalu baik. saban hari menasihatkanpelajarnya supaya rajin membaca. Aku yang degil... Paling seronok, sesi bergambar ustaz pinjam songkok brothers... comelll. macam orang Malaysia pula lagaknya. Ustaz sentiasa tersenyum, beda benar dengan aku... Manis wajahnya.

ustaz Khalid, mengajar kami seperti mengajar anak-anaknya, ustaz banyak memberi, terpulang untuk individu mahu menerima atau tidak. Aku sering perhatikan ustaz, teringin untuk berbicara tapi ada benteng yang menghalang semua ini... Seperti ingin menjerit pun ada.

29 May 2008

mata



Mata, anugerah ALLAH pada hamba-NYA yang dipilih,
Ada insan yang ALLAH tak kurniakan nikmat mata,
 Terbebas daripada dosa daripada mata, mungkinkah kita telah menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya.
Untuk apa kita gunakan mata ini.
Menonton cerita-cerita lagha, melihat maksiat dan berdiam diri,
 Melihat kebesaran Tuhan, atau bagaimana?
Secara jujur, aku sendiri tidak menggunakan nikmast ini dengan sebaiknya.
Melihat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak menggunakan nikmat terindah ini...
Ya ALLAH, lalainya aku dengan nikmat ini.
 Nampak mata seperti kecil cuma namun besar amat maknanya.
Tanpa mata kita tak mampu melihat mak ayah, kawan-kawan, alam ciptaan ALLAH.
Kepada yang mengalami masalah rabun, mungkin ini peringatan daripadanya...
Supaya diri berhati-hati dengan perkara yang hendak dilihat. Jangan bermain mata...
Itu kata orang lama-lama...
Ya, dari mata tutun ke hati.
Terutamanya bagi yang berlainan jantina. Lawan jenis.
Melihat sahaja boleh menimbulkan perasaan aneh dalam hati,
Jangan merenung lawan sejenis, khuatir terlekat titik hitam...
Jadi semakin jelas...
Ingatlah wahai diri yang banyak melihat perkara tak berfaedah ini,
 Alihkan pandanganmu pada kitabullah,
 Alam,
Sahabat yang menyayangi...
Hatta ibu bapa yang apabila kita pandang wajkah mereka dapat pahala...
Fikir-fikirkan...

28 May 2008



Semua orang cakap menulis mudah dapat duit. Tapi hakikatnya tidak semudah itu.

Mungkin senang bagi penulis popular dan luas pengalaman, tapi bagi yang baru memulakan langkah, bukan sesuatu yang mudah. Payah.

Kena berfikiran positif? Aku tak bermaksud menakutkan sesiapa yang mahu belajar menulis, tapi nak menulis senang tapi, bagaimana dengan tulisan kita. Adakah memberi kesan pada orang lain. Mengajak orang lain membuat kebaikan? atau mendorong kawan-kawan melakukan maksiat.

Besar tanggungjkawab tu, entah bagaimana mahu dijawab depan Maha Pencipta kelak. Penulis akan bertanggungjawab setiap patah tulisannya. Adakah dia sendiri tidak melaksanakan apa yang ditulis selama ini. Itu yang aku paling takut. Aku bukannya arif benar dalam dunia penulisan.

Tapi aku mencuba untuk terjun walaupun hakikatnta tidak selalu serius. Aku seringkali cemburu melihat orang lain banyak pengetahuan, sedangkan aku tidak mengkorek rahsia kejayaan mereka. Aku membiarkan bakat aku pergi...

Ya setiap insan bakatnya lain-lain. Tuhan berikan keistimewaan dan ada kelamahan di situ. Aku perhatikan dalam diri aku sendiri dan amat mengakuinya.

Mungkin niat aku belum betul-betul. Dan kini aku kekeringan idea untuk menulis. Adakah sehingga detik ini perjalanan aku dalam dunia penulisan? YA ALLAH, kuatkan hati aku untuk merentasi belantara dunia penulisan agar tak tersesat...

Terjumpa binatang buas, harapnya aku tak dimakan binatang itu. Ternampak tumbuhan cantik harapnya aku tak terleka, selamatkan aku dan kawan-kawan aku Ya ALLAH.

24 May 2008

haflatul wada'



Semalam bertempat di blokC:1:21 kumpulan 1 LQM telah berjaya menganjurkan satu jamuan meraikan ustaz Azlan. Bertujuan meraikan jasa yang ustaz curahkan sepanjang sem ini. Walaupun hanya beberapa minggu bersama, alhamdulillah, banyak perubahan yang nampak. Ini pengakuan ustaz sendiri. ALLAH telah tetapkan ustaz sebagai seorang pencetus perubahan ini. Alhamdulillah, semua seronok walaupun memang terharu... Semuanya aturan daripada LLAH, kita hamba melaksanakan apa yang dikerah Tuhan kita... Apa-apa pun semoga hidup kami sentiasa diberkati....


SATURDAY, MAY 24, 2008


Kasih sayang,
letaknya jauh di lubuk hati, tak terzahir,
salah dimengerti,
Kadang tertewas,
kasih sayang,
bersemi nama Ilahi,
Tertera nama Ilahi,
diberkati,
bukan mudah memupuk kasih sayang,
ketahuilah bagi yang memikirkan...
anak kini sayangkan pasangan,
melebihi Tuhan,
Ibu Ayah,
sahabat taulan,
Sedang ijab belum diakad,,,
Tanya imanmu,
bagaimana begini?
ajaran siapa???

21 May 2008

coretan



Alhamdulillah, dah dapat keputusan mid-sem, tak teruk sangat... semuanya adalah pemberian ALLAH...

Banyak benda yang aku belajar sehari dua ini namun kesuntukan masa untuk mencoretkan di sini, kelas menanti untuk dihadiri, aku bersyukur sangat apa yang aku dapat. tidak sebaik orang lain namun tak seburuk yang aku sangkakan...

Apa yang pasti ada sebab aku dapat begini, semoga ianya menambahkan usahaku dalam pelajaran, insya aLLAH.

Ada masa akan aku catatkan kehidupan aku yang meninggalkan memori manis di sini....

Sweet moment sepanjang sem tiga... perlukan masa yang agak lama untuk menulis. esok aku kena taqdim lagi... kali terakhir sebelum ustaz bercuti...

 bittaufiq wan najah...


17 May 2008

tamat imtihan




Hari ini selesai tiga kertas peperiksaan, ALHAMDULILLAH, apa yang ku usaha itulah yang akan dapat natijahnya. aku tak ralat sangat dapat berapa pun keputusannya sebab aku tahu usaha aku setakat mana nak dapat keputusan banyak-banyak, :)

Seronok sebenarnya peperiksaan walaupun tahu tak sebaik mana. Nak balik uia Gombak, di sini makanan payah nak cari, ada masalah sikit. Apa-apa pun ada final yang mananti untuk aku harungi.

Cuti yang agak panjang, tapi banyak benda yang perlu dilangsaikan.


15 May 2008

kawan



Kawan yang baik mampu menasihatkan kawannya yang berada dalam kesusahan. Itulah kawan yang sebenar. Adapaun kawan yang tak mampu menasihati kawannya ketika dalam resah gelisah bukan sebenar-benar kawan. Jangan ingat kawan yang sentiasa berada di sisi yang terbaik, tapi kawan yang terbaik mampu meleraikan kesedihan kita. Cuba ingat, apakah reaksi kawan kamu bila kamu memarahinya... Jika dia menasihatkan kamu agar bersabar, ya, dia baik untuk kamu. Tapi jika dia membiarkan kamu bersama amarahmu, mungkin dia menganggapmu kawan biasa baginya. Istilah kawan mesti wujud dalam kamus insa, normal atau menderita, tiada siapa yang tidak mahu kawan, cuma antara mereka yang mengerti erti persahabatan dan mereka yang jahil makna persahabatan, berguna kerana sebab. Berkawan kerana sebab?




Mencari-cari, aku terjumpa ini. Sekadar untuk berkongsi bersama...untuk diri yang selalu rasa nak jatuh, selagi tak kejutkan gergasi dalam diri, ia akan tidur, semua orang sama pada hakikatnya, tapi perlu usaha membaiki diri, itu yang terbaik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here.
Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kali ini berdiri dan berucap dihadapan 200 orang. Lama-kelamaan, tak kira 1,000 orang yang menonton Anda berucap, ia bagaikan 10 orang saja pada Anda, sebab Anda dah menjadi cukup yakin kesan terbiasa memberi ucapan pada ramai orang.

Untuk Menjadi Yang Terhebat,Hanya Perlu Cari Mereka Yang Hebatdan Kaji Gaya Mereka, Stail Mereka SertaKeyakinan Diri Mereka Lalu SerapMenjadi Tabiat Diri Anda. Lama-kelamaanAnda Juga Menjadi Hebat Seperti Mereka !Walaupun Anda tifak berucap di hadapn ramai orang, tapi cara ni boleh membantu. Biasakan diri untuk terus berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling Anda, tak kira adik beradik, orang tua Anda mahupun pacik-pacik kat kedai kopi. Janji, Anda mencelah dengan bijak.Lama-kelamaan, Anda akan jadi yakin bila berkomunikasi! Tiada lagi rasa malu, rendah diri, menghina-hina diri sebab jadi pemalu dan takut berjumpa dengan orang yang Anda tak kenali.Moga tips motivasi ini membantu Anda untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan pengucapan umum. Jangan kelam-kabut, take time dan buat latihan secara bertahap, langkah demi langkah. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, tak gitu?Rajinkan diri Anda untuk berlatih berkomunikasi, berbual, bercakap dan berkata-kata dengan sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Lama-kelamaan, sifat rendah diri Anda akan mengurang dan Anda boleh mengawal rasa malu, aaa .. apa nama .. (ikut stail Dr M) rendah diri dan tak yakin yang dulunya bagaikan mimpi ngeri buat Anda.Jadikan berbual-bual tu seronok bagi Anda, make it fun! Kesan daripada itu, Anda menjadi yakin menegur sesiapa sahaja, walau orang tu Anda tak pernah jumpa langsung. Tak percaya? Cuba try test hari ini juga

Aku petik daripada sebuah lama web, www.imotivasi.com

Thursday, May 15, 2008

Mencari-cari, aku terjumpa ini. Sekadar untuk berkongsi bersama...untuk diri yang selalu rasa nak jatuh, selagi tak kejutkan gergasi dalam diri, ia akan tidur, semua orang sama pada hakikatnya, tapi perlu usaha membaiki diri, itu yang terbaik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here.
Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kali ini berdiri dan berucap dihadapan 200 orang. Lama-kelamaan, tak kira 1,000 orang yang menonton Anda berucap, ia bagaikan 10 orang saja pada Anda, sebab Anda dah menjadi cukup yakin kesan terbiasa memberi ucapan pada ramai orang.

Untuk Menjadi Yang Terhebat,Hanya Perlu Cari Mereka Yang Hebatdan Kaji Gaya Mereka, Stail Mereka SertaKeyakinan Diri Mereka Lalu SerapMenjadi Tabiat Diri Anda. Lama-kelamaanAnda Juga Menjadi Hebat Seperti Mereka !Walaupun Anda tifak berucap di hadapn ramai orang, tapi cara ni boleh membantu. Biasakan diri untuk terus berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling Anda, tak kira adik beradik, orang tua Anda mahupun pacik-pacik kat kedai kopi. Janji, Anda mencelah dengan bijak.Lama-kelamaan, Anda akan jadi yakin bila berkomunikasi! Tiada lagi rasa malu, rendah diri, menghina-hina diri sebab jadi pemalu dan takut berjumpa dengan orang yang Anda tak kenali.Moga tips motivasi ini membantu Anda untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan pengucapan umum. Jangan kelam-kabut, take time dan buat latihan secara bertahap, langkah demi langkah. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, tak gitu?Rajinkan diri Anda untuk berlatih berkomunikasi, berbual, bercakap dan berkata-kata dengan sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Lama-kelamaan, sifat rendah diri Anda akan mengurang dan Anda boleh mengawal rasa malu, aaa .. apa nama .. (ikut stail Dr M) rendah diri dan tak yakin yang dulunya bagaikan mimpi ngeri buat Anda.Jadikan berbual-bual tu seronok bagi Anda, make it fun! Kesan daripada itu, Anda menjadi yakin menegur sesiapa sahaja, walau orang tu Anda tak pernah jumpa langsung. Tak percaya? Cuba try test hari ini juga

Aku petik daripada sebuah lama web,
www.imotivasi.com

 

14 May 2008

imtihan kalam




Hari ini aku akan menghadapi peperiksaan...

KALAM...

memerlukan aku bercakap dalam tempoh 10 minit. Hm, tempoh peperiksaan paling singkat dalam sejarah hidup. Aku harapkan dapat buat yang terbaik setelah saban minggu diberi tugas taqdim oleh ustaz...

Tak dapat yang terbaik pun sekurangnya melepasi target diri sendiri. Aku boleh agak markah bila aku cakap setiap hari, dicampur gagap...

Semuanya memerlukan latihan berterusan dan keyakinan dalam diri yang mantap. JIka tidak tak mungkin kita akan berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini. Aku pasti kawan-kawan yang lain akan mendapat A, berdasarkan kefasihan dalam kelas dan keyakinan ketika bercakap.

Tiada istilah tak tahu bagi mereka yang mahu. Setiap orang mempunyai potensi yang sama, tetapi bagaimana dia menggunakan potensi yang ada untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri....

Tanyalah dan renungkan ke dalam diri.

MAN ANA?
MIN AINA?
 ILA AINA?
LIMAZA ANA FI DUNYA?

 Ingatlah wahai diri yang berbicara, setiap patah akan dikira dan awas pada yang diam, mungkin diammu menimbulkan ketidakselesaan dan fitnah bagi orang lain...

Tamat Imtihan Kalam



Alhamdulillah, imtihan kalam dah tamat, aku tak buat betul-betul pun... 


Cakap tiga patah perkataan, soalannya 10 patah perkataan. Apabila diri sendiri tidak mampu membawa diri ke jalan yang benar tiada siapa yang akan dapat membantu, tiada penolong. Itulah diri aku. Membiarkan diri terapung dihanyutkan lautan rasa tanpa mahu menyelamatkan diri sendiri, aku takut lemas, tapi aku tak brenang ke muara untuk menyelamatkan diri. Teruk, kan?

Target aku dah ada, rasanya boleh capai tapi tak sebaik orang lain semestinya...

Sabtu, imtihan istima', qiraah dan kitabah....

Tak ulangkaji lagi jadilah macam hari ini. Usaha yang berterusan hanya satu jalan untuk ke jalan yang lebih baik.......

Bukan sekadar melihat pada orang lain, renung sama jauh ke dalam diri sendiri... :)

12 May 2008

betul-betul mantap


MONDAY, MAY 12, 2008
BETUL-BETUL MANTAP
Semalam bertempat di blok C3.21(kalau tak silap, terlupa nombor bilik) terjadilah satu sejarah untuk pelajar-pelajar Bahasa Arab kumpulan satu. Sebagaimana yang diminta ustaz Azlan, Ustaz Qiraah dan kalam, kami semua dikehendaki mengadakan satu tamsil(lakonan), untuk kelas kali ini. malangnya taks emua dapat menghadirkan diri. Jadi dengan menggunakan tenaga yang ada kami mengadakan persemnbahan. Tajuknya "kaif... ya'ni assiahah" Dalam masa yang singakat dan dua hari untuk mengadakan persiapan, akhirnya tamsil ini dipersembahkan.

Alkisah bermulalah kisah dua insan, Fatonah dan Markonah, dua sahabat baik. Fatonah yang lebih bijak memenangi wang sejumlah 1 juta... lantas mereka berbincang bagaimana untuk dilaburkan wang yang dimiliki. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melancong di beberapa buah tempat menarik di seluruh dunia. Bermula di Thailand, Kemudia China, Jepun, India, Perancis akhirnya tersalah penerbangan sampai ke Palestin.

Okey, aku mulakan catatan ini dengan perjalanan mereka ke Thailand. Sawadikap.Lakonan Kak Ema dan Taufiq. Memang mantap kerana mereka mealakonkan watak malik dan malikah. Haha, memang lucu dan menarik apatah lagi Thailand menggunakan suara yang halus. Aku tahu Ustaz memang teruja dan berpuas hati dengan lakonan ini. MUMTAZ JIDDAN! Itu komen Ustaz. Dibawa mengelilingi Thailand menggunakan latarnya, gambar-gambar dalam laptop. Sayangnya Ustaz terlupa membawa LCD, jadi bergantung ada skrin laptop.

Seterusnya perjalanan disambung ke China, lakonan gadis-gadis berkulit cerah, Hazirah dan Amira. Dan jejaka bertampang melepak, Nasrullah. Lakonan mantap dan berkesan. Akhir lakonan ada persembahan tarian China dan kung fu.. Haha, kung fu baru, namanya kung fu mabuk. Pertama kali dengar.. Seronoknya, ustaz pun menari dengan Nasrullah, beberapa saat. Ustaz dan pelajarnya macam kawan, bak adik-beradik, sementelah jarak usia yang dekat.

Destinasi Jepun. Aku tak sempat menyaksikan kerana perlu membuat persiapan untuk babak selepas ini. Mereka memakai kimono buatan sendiri. Kreatif dan tak memerlukan belanja pun. Daripada kain selimut. Memang menarik. Rugi sebab aku tak ada gambarnya. Dimulakan dengan lagu Jepun, menggunakan kipas, minum teh cara jepun, sayang aku tak dapat menyaksikannya.

Sekarang babak aku. Memakai sari yang dibuat daripada batik lepas. Memang malu tapi bak kata Kak Syu, buang malu ke tepi hari ini. Aku macam biasa tak banyak cakap, Kak Syu yang banyak melakonkan abbak ini. Dia adakan tarian, nyanyi lagu hindustan, aku agak kaku dan tak banayk membantu.

Perancis. Negara menara Eiffel. Tempat orang suka berbulan madu.Latarnya di sebuah restoran. Hm, berani. Watak seorang lelaki memberi bunga pada Fatonh dan Markonah. Memang nampak real, tapi tangan terketar. Jahat, kata kat orang.

Destinasi terakhir di mana mereka tak mahu pergi. Tersalah penerbangan ke Palestin. Babak sedih dan menjadi. Rasa macam ada kat medan perang. Lihat muka mereka yang serius, membaling batu(kertas), Ya ALLAH, macam nak menitis air mata dalam ketawa ini. Mereka seolah menghayati watak yang dibawa. Akhirnya watak Sang Israel memeluk Islam, menyayat hati sebenarnya.

Ya, di akhir lakonan Fatonah dan Markonah menyerahkan hadiah yang dikumpul di setiap negara kepada Ustaz Azlan. Semua berpuas hati dapat memberikan lakonan walaupun tanpa latihan. Ya, lagak yang agak spontan sebenarnya. Ustaz kata, wallah mumtaz jiddan jiddan. Memang bukan itu yang diinginkan, tapi kegembiraan ustaz. Ustaz cakap lagi habis siqah... Ya sekadar lakonan untuk memantapkan kalam sebenarnya... Akhirnya kami menyantap nasi lemak dan air kotak(ustaz belanja). sepatutnya sarapan, jadi makan tengahari.. Memang seronok walaupun aku biasalah muka selamba badak macam tak ada perasaan. memang aku spesis tak suka tunjuk reaksi depan khalayak. aku seorang diri mulalah...

Drama yang mengambil masa tiga jam... Malangnya habis drama, tiba-tiba markonah jatuh pengsan. Terkejut beruk semua khalayak, termasuk aku. Bermacam andaian timbul. Dia tak tidur, tak makan pagi, macam-macam le. Ambil air di bilik sebelah, berikan padanya. Seorang pelajar putera sempat pesan, baca selawat dulu.... nak bagi minum air, tiba-tiba....

SURPRISE!!! semua orang terkena dengan gimik yang memang menjadi .....

Minggu depan ada peperiksaan. kena buat yang terbaik, almaklumlah setiap sem asyik begitu aje keputusannya. tak boleh jadi. Doaku semoga semua sahabat mendapat kejayaan... sebenar-benar kejayaan, insya ALLAH. Inilah sedikit perkongsian tentang tamsil semalam. sayangaku tak ada gambarnya, jadi tak dapat siarkan....

08 May 2008

Kita Budak Arab

Thursday, May 08, 2008

KITA BUDAK ARAB

Sekarang aku banyak belajar. Tapi itu semua teori yang belum tentu dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Memang mudah bercakap tapi teramat payah untuk melakukan apa yang dicakap. Aku tidak bercakap tentang orang lain tetapi diri sendiri. Banyak bercakap makin banyak salah. Tapi bagusnya banyak cakap, semakin banyak kesalahan dapat dibetuli.

Ustaz banyak memberi nasihat supaya memanfaatkan ilmu yang ada. Kita sebagai pelajar Arab perlu menunjukkan contoh terbaik....

Kita menjadi perhatian pelajar course lain...

07 May 2008

???

Bila kamu tak mampu beban, jangan cuba galaskan ia pada pundakmu, takut yang dikendung berterabur, yang dikejar habis hilang. Bahaya sungguh sifat meninggi diri jika dibiar bersarang dalam diri dan sanubari. Cuba kau bayangkan, kau mengaku boleh memegang jawatan sebagai seorang pengawas sedangkan kamu tahu kamu tak mampu menepati masa.

 Bila kita fikir kita hebat bagus, tapi jika kita fikir tiada yang lebih baik daripada kita, alamatnya dirinya nak binasa. Mungkin untuk menguji kemampuan diri, itu suatu yang mungkin akan tetapi cuba kau bayangkan, kau gah dengan kemampuan yang tidak setara mana, mengharap orang lain memuji, jangan harap. Semua orang yang melihat menyampah dah tak berselera untuk bergaul dengan insan-insan sebegini.

Ada sebab aku memasukkan entri ini. Aku semakin keliru dengan diri sendiri. Ada masa aku semacam mula mengenal diri, namun sampai satu masa aku sendiri kecundang. Apa yang aku buat sebenarnya?

06 May 2008

Gembira

Alhamdulillah aku berpeluang membetulkan kelemahan yang bertakhta dalam diri ini. :) Setelah lama perasaan malu mendiami hatiku, dia mula berlalu meninggalkan aku. Tentunya aku amat bersyukur. Bak kata sahabat aku, kita kena yakin pada diri.

Ya, keyakinan membentuk personaliti kita. Sekarang masuk sem tiga, dua bulan pengajian. Aku bersyukur sangat. Ya, mungkin aku sendiri tak menyedarinya, tapi itu kata kawan-kawan sekeliling aku. Nampak lebih yakin. Betul ke? Banyak lagi kelemahan yang tak terzahir.

Apa pun banyak terhutang budi dengan ustaz yang banyak mengamanahkan pelajarnya bentang di hadapan kelas. Walaupun belum yakin 100% ada perubahan sekurangnya. Semoga ini berterusan dan aku dapat mencapai impian aku seterusnya yang telah aku rancang sebelum ini, insya Allah.


04 May 2008

TANPA TAJUK?


Hikmah ALLAH turunkan pada setiap yang berlaku, kadangkala tak terjangkau oleh akal fikiran. Seringkali aku terkedu sendiri, apa yang aku lakukan untuk memantapkan diri sendiri...
Tahu kelemahan namun langsung tak cuba untuk membaikinya...
Teori senang, boleh keluar macam-macam, namun mampukah kita melaksanakannya. Itu yang lebih utama. Jika merenung balik, kita banyak menerima daripada memberi. Kita lupakan apa yang ALLAH beri, kita persoalkan apa yang orang lain dapat, sedangkan kita tidak. Sepatutnya bersyukur dan berusaha yang lebih baik untuk mencapai impian.