29 March 2008

Apabila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Assalamualaikum,

Sekadar catatan pagi minggu. Aku pasti semalam tentu ramai yang bergelap menyambut seruan 60 earth hour.. Kempen selamatkan bumi.. Alkisahnya aku tidak bergelap semalam kerana di masjid Putra tidak bergelap dan aku di situ kerana ada talk bertajuk "Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung."

Pertama kali melihat tajuknya aku sudah dapat mengagak yang ianya tentang cinta, couple. Tapi aku nak juga pergi daripada aku di bilik, tidur.

Ahli panelnya semua berkelulusan luar negara. Menarik juga walaupun di hujungnya mata sudah disapu celak oleh syaitan. Ya, kembali kepada topik.

Panel pertama mengatakan seronoknya pada hari akad nikah hinggakan kata isteri beliau tiada lagi senyuman semanis itu setelah mereka melangkah ke alam perkahwinan..

Ada suka, syukur dan terbeban kerana beliau (suami) ada tugas untuk memimpin orang lain seumur hidup. Bukan senang, betul?

Cukup senang kita berteori dan memberi hukum, couple memang haram. Namun jika dilihat kembali kepada realiti masyarakat, mereka yang tidak bercinta @ mempunyai couple adalah satu fenomena luar biasa. Tapi apa peranan kita yang sedar & tahu & maklum akan keburukan couple?

Wujud pula istilah islamic couple. Jujurnya minta dijauhkan diri aku daripada tergolong dalam ini. Moga cinta itu wujud setelah ikatan yang sah. Yang berlalu biarlah, itu zaman jahiliah, tak perlu mengulang. Pendapat aku, usahlah menggunakan terma-terma islamik untuk menghalalkan benda yang jelas melalaikan.

(YA ALLAH, lindungi hamba daripada cinta palsu yang menyesatkan). Bolehkah kita saling berhubungan dengan seorang lelaki tanpa muhrim untuk mengajak beliau bertahajud, puasa... Di sini, timbul pula persoalan. Atas nit apakah pula kita melakukan semua itu? Tentunya kerana sang jejaka yang halal kita nikahi itu.

Berkata-kata sangat mudah, namun untuk melaksanakan memerlukan perjuangan melawan nafsu yang sentiasa bergelodak. Kata nak kahwin itu mudah, tapi untuk menjalankan tanggungjawab amatlah payah.

Sudah lama dan berterusan isu ini sebenarnya. Bukan hukum yang diperlukan, tapi langkah membendung gejala ini. Bukan ingin menyalahkan, namun sekarang, ada ibu bapa yang merestui hubungan luar nikah (betul kan istilah ini?) anaknya itu. Bagaimana begini?

Inilah antara isi yang aku dapat dalam forum semalam. Sekurangnya dapat juga mengisi akal yang gersang tak disiram ilmu. Sekadar ini aku mahu berkongsi. Wassalam

05 March 2008

Last Minute

Kerja last minute dan pelajar matrikulasi hari ini sudah menjadi satu pemandangan biasa. Maka tidak hairanlah jika ada pelajar yang sanggup tidak tidur mlam kerana menyiapkan assigment yang perlu dihantar keesokan harinya. Tidak sempat dicetak, rela ke kelas lambat lantaran kedai komputer hanya beroperasi setelah jam 9 pagi, alangkah ruginya mereka(termasuklah yang menulis).... gemar benar melakukan sesuatu di saat genting. Bak kata orang lama, dah nak terberak barulah nak gali lubang(lebih kurang le ayatnya, saya tak ingat).
Kenapa saya tulis begini. Baru mengalaminya. Perbentangan BTQ sepatutnya sudah disiapkan lama sebelum perbentangan. Isinya sudah ada yang diambil daripada internet, namun kerja belum berjalan.Kerana sikap lambat lagi menyebabkan perkara mudah menjadi terlalu rumit dan membebankan diri sendiri dan orang lain. Berjaga dan saya sendiri sanggup berjaga kerana menyiapkan movie maker untuk perbentangan... Hehe, tak bersistem betul saya ni... main ikut suka je nak tidur dan nak buat apa...

“Esok kena bentang? Alamak kita punya power point tak siap lagi. Movie maker tak buat lagi. Camne ni? Esok kelas pukul 9, sempat ke?”
Itulah dialog yang sering terbit daripada mulut para penuntut menara gading. Terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan pada saat akhir Natijahnya hasilnya bukanlah yang terbaik... memang ramai juga yang bersedia daripada mula. Tapi benda yang kurang baik itu kan lebih mudah disebarkan daripada melalui tulisan.
Berbalik cerita saya, hampir mencecah 3 pagi baru bersurai ke bilik masing-masing, berjaya juga kita menyiapkan tugasan yang tertangguh ini. Namun mata ini tetap tidak dapat dilelapkan, movie maker menjadi renyah kerana gambar yang diambil tidak menjadi... buat lagi kan last moinute, memang tak best langsung... Aku hanya sempat melelapkan mata setengah jam selepas Subuh... mengantuk sangat walaupun tau tak baik...

Pagi itu, awal-awal lagi bagi mesej kepada Madame beritahu masuk lambat, kan menyusahkan orang lain... Pergi tengok kedai komputer belum ada yang beroperasi. Kami menunggu tak lama. Akhirnya sampai ke kelas terlewat hampir sejam, tertinggal apa yang Madame ajar tentang bab 5... Perbentangan jadi agak hambar dengan bahasa yang berkecamuk dan menjadi kumpulan aaaaa.... banyak aa..nya ketika bercekap. Belajar BI ni dah lama tapi nak implementasi payah. Semua faham, kan. Saya dapat perhatikan para audien mula mengantuk kerana pembentangan hambar itu...

Betul-betul bagi pengajaran.... Diri, jangan biarkan dirimu jatuh ke lubang yang sama dua kali, Insya ALLAH.

01 March 2008

Berubah

Jika mahu melangkah, tiada nama ALLAH di dada, mampukah kaki melangkah penuh gaya. Sesaat kita terpana melihat dosa, namun selebihnya kita seronok membiarkan dosa bertampuk di atas pundak kita.

Kita katakan kita mahu berubah, namun hanya untuk sehari dua. Kemudian kita lakukan benda lama. Kita sering abaikan benda yang remeh sedang perkara-perkara kecil itulah yang memberi kerosakan pada diri kita. Ini peringatan buat jiwa yang gersang ini.

Melakukan sesuatu tanpa serius, buat sambil lewa. Jujurnya aku tak suka bila dipuji, membuatkan aku sering terleka. Dimakan pujian yang tak seberapa. Sedangkan banyak lagi keburukan yang menaungi diri yang kita sendiri tak tahu.

Diri yang banyak menghabiskan masa untuk perkara tak berfaedah, sedarlah kamu akan hakukat kehidupan yang entah bila akhirnya...

DUNIA akan tiba PENGHUJUNG....

Cuma tak tahu bila...