Sudah lama sebenarnya blog ini tidak dijengah. Bukan sibuk atau apa. Bila ke cyber cafe sibuk menziarah blog orang lain,lupa blog sendiri. Ada juga saya menjengah blog-blog pilihan, kawan-kawan MPR, Kak Nisah, Minggu Penulis Remaja, Abang Faisal. Bila tengok teringat banyak yang saya belum buat, dibandingkan dengan orang lain saya agak ketinggalan. Namun saya tak patut biarkan perkara ini berlanjutan.
Tahun baru dah menjengah, usia dah bertambah. Jika terus-terusan terbuai kenikmatan hidup tanpa melakukan perkara berfaedah, aku juga yang akan musnah nanti. Fikiran ini akan selamanya tak berkembang.
Semoga 1429H mencatatkan sesuatu yang manis dalam lipatan hidup saya dan semua. Jika kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita selamanya kita tidak akan berubah. Kita yang perlu menjadi penggerak. Bukan melihat orang lain bergerak, kita memerhati.
Tahun ini saya tak memasang sebarang azam Bagi saya, azam tak perlu dipasang tapi hari-hari kena niatkan untuk dapatkan yang terbaik. Jika cara dan niat kita selari dan tidak bertentangan apa yang ALLAH perintahkan, Insya ALLAH, kita dapat apa yang kita hajatkan. Yang penting, matlamat tidak menghalalkan cara. Ia perlu selari dengan kehendak ALLAH. Tak guna nak kutip derma tapi hidangkan kepada tetamu hiburan melalaikan. Niat dah bagus tapi bila udah namanya konsert, banyak mudaratnya.
Semoga tahun ini akan memberikan kenangan terindah dalam hidup kita semua. Kenangkan kegembiraan kerana ia mampu membuatkanmu tersenyum, lupakan kesedihan yang hanya akan membuatkan kau menangis.
Sekejap sahaja, sekarang dah berada di akhir Januari, dan pertengahan Muharam. Semoga kehadiran bulan baru menjadikan kita semakin proaktif membangunkan diri.

Comments