17 December 2008

Teringat Pada Hijau

Hijau warna semulajadi,
Dedaunan,
Rerumput,
Pasak bumi...
Sedap mata memandang.
Hijau warna lambang ketenangan,
Bukan merah tanda marah,
Lihat hijau sejuk hati,
Bukan biru kadang haru.
Hijau,
Gabungan Biru dan Kuning,
Jadinya warna kedamaian,
Terang kuning + Sayu biru,
Lahir hijau memukau.
HIJAU WARNA NEGERI AKU,
KEHIDUPAN SAAT AKU TENANG,
PENYEJUK SAAT RESAH.

Kau Ilhamku - Man Bai

Mendengar lagu ini mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan cerpen. Sebelum ini jika di sekolah rendah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 2000, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio.

Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok. Buta tentang palgiat atau apa, kadang-kadang, sajak yang aku hantar bukan hasil sendiri. Aku salin bulat-bulat daripada buku-hehe, jahil waktu tu, jangan tiru macam ni-. Tapi bukanlah semua, ada juga yang aku hasilkan sendiri. Catatan pengalaman dan sajak pendek.

Cerpen pertama berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bangku SMKAB di tingkatan tiga. Menunggu keputusan PMR diumumkan. Aku gunakan kesempatan ini untuk cuba-cuba mengarang. Bukan serius. Merujuk cerpen-cerpen popular yang ada di pasaran ketika itu ditambah buku-buku cinta yang ada di rumah yang jadi bahan untuk aku hadami. Aku tak tahu apa bagaimana menggunakan laras bahasa yang betul. Tentu cerita popular yang jadi pilihan waktu itu. (Aku masukkan dalam entri seterusnya cerpen penuh yang aku hasilkan ketika itu; bukan yang telah diedit). Aku banyak menggunakan gaya bahasa yang melewah. Menulis apa yang aku rasa mahu tulis, main hentam je. Akhirnya cerpen ini disiarkan walaupun bukan cerpen yang memenuhi kriteria. Tajuk yang aku berikan akhirnya dan agak panjang namun diedit hingga ceritanya sampai kepada pembaca. Diberi tajuk oleh editor ‘vila igauan’. Mungkin kasihan dan sebagai pengajaran kepada mereka-mereka yang mahu belajar.Dapat juga RM100.00.

Aku ada juga menhghantar cerpen kepada majalah-majalah lain, namun tak ada satu yang melekat. Lantaran ketika itu aku menulis tangan tanpa ditaip terlebih dahulu. Sajak mungkin diterima tapi tidak jika cerpen. Pengajaran, jika mahu menghantar kepada mana-mana penerbitan perlu menggunakan tulislah bertaip kemas.

Kini walaupun tak banyak sekurangnya ada juga cerpen yang tersiar, puas walaupun tak berkualiti, tapi sentiasa perlu ada peningkatan. sekurangnya dapat berkongsi dengan pembaca apa yang aku mahu.

Okey, setakat ini dulu perkongsian yang dapat aku nukilkan di sini untuk tatapan pembaca. Sekadar berkongsi pengalaman, nauzubillah daripada perasaan mahu membangga. Wallhu’alam.

Cerpen Pertama Di Majalah

AKHIRNYA-VERSI ASAL
TAJUK: AKHIRNYA
(tersiar dalam Dewan Siswa Mac 2005: vila igauan)

Sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapan anak muda itu. Di dalamnya bersandar tenang seorang gadis manis yang masih lengkap berpakaian sekolah.

“Mari Zaman, balik bersama Halwa. Rumah kita bukannya jauh pun.”

“Tak payahlah, kejap lagi bas sampai. Saya balik naik bas saja.” Aku cuba menolak pelawaannya.

“Hai, tak kan tak sudi kot. Ye la kita yang ajak.”

Dengan terpaksa aku terpaksa juga menerobos masuk ke dalam BMW Metalic milik Dato’ Mukhtaruddin itu. Malu juga mengenangkan aku sekadar anak kepada orang gaji milik keluarga Halwalwasimah. Anak Dato’ Mukhtaruddin. Tersentak aku mendengar gemersik suaranya meminta aku ke rumahnya malam itu.

“Malam ni Zaman datang le rumah. Boleh le ajar Halwa Math Tam yang cikgu ajar tadi. Halwa kurang faham le.”

Sebenarnya aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke villa itu walaupun Ibu bekerja di sana.Aku mula terkenangkan lirikan mata Datin Juliana setiapkali aku bertandang ke villa itu. Namun mampukah aku menolak pelawaan seorang gadis yang dalam diam sebenarnya aku meminatinya.

“Boleh tak?” Halwalwasimah mengulangi soalannya buat kedua kalinya.

“Em.. Insya Allah. Nanti saya tanyakan Ibu dulu.” Hanya itu yang mampu kujawab.

***

Malam itu aku tebalkan muka memijak permaidani merah villa itu. Naik meremang bulu roma mengenangkan apakah yang bakal aku terima daripada Datin Juliana. Jawapan Halwa meredakan perasaanku.

“Mama keluar. Zaman jangan risau. Halwa dah beritahu Mama dan Mama tak menghalang.”

“Mari, kita ke bilik bacaan.”

Mataku menerawang memerhatikan susun atur bilik itu. Sesuai dengan keluarga mereka. Namun pandanganku tidak lama mengenangkan tidak elok memanjangkan pandangan di rumah orang lain.
Kami mengulangkaji hingga tidak sedar kepulangan Datin Juliana. Sehinggalah beliau datang menjenguk anaknya yang khusyuk belajar.

‘Baik juga Datin ni, bawakan minuman untuk aku’. Hatiku berbicara ketika Datin Juliana masuk menghidangkan minuman.

“Ha, Zaman minum air tu. Kamu ni Halwa, ajak orang study hingga lupa nak hidangkan air.”

“Terima kasih, Datin.”

Berbeza benar layanannya terhadap aku pada malam itu. Mungkinkah Datin Juliana telah insaf? Dan dia juga menjemputku untuk datang lebih kerap ke villa itu.

“Halwa, dah lewat sangat ni. Zaman kena balik dulu. Nanti risau pula ibu.”

Sesampai di muka pintu, ku lihat Ibu setia menantiku.

“Kenapa lewat sangat, Zaman. Risau Ibu. Apa kamu buat di villa tu hinggakan pukul 12.00 baru sampai di rumah. Ibu risau kalau ada apa-apa terjadi pada kau.”

“Ibu tak perlu risau. Nanti kalau Zaman lambat, Ibu tidur dulu. Zaman sibuk tadi hinggakan tak sedar hari dah lewat. Maafkan Zaman ye buat Ibu risau.”

“Tak apalah. Hah, pergi masuk tidur. Lewat-lewat karang sakit kepala tu.”

“Ibu….”

“Apa lagi kamu ni?”

“Zaman sayang Ibu.”

Ku capai tangannya dan kucium penuh kasih sayang.

“Zaman tak nak berpisah dengan Ibu. Walau apa terjadi Ibu tetap bersama Zaman.”

“Ibu pun sayang Zaman. Zaman janji ngan Ibu, Walaupun Zaman dah jumpa keluarga kandung Zaman, Ibu harap Zaman tak kan lupakan Ibu.”

“Zaman janji, bu. Hanya Ibu yang Zaman sayang.”

Ibu inilah yang menghabiskan usianya menjagaku. Walaupun telah berkahwin suaminya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis setelah..seminggu perkahwinan mereka.

Berat mulut ini untuk bertanyakan ibu kandungku. Aku tahu tak mungkin Ibu akan menceritakannya. Akhirnya aku biarkan persoalan ini sekadar berlegar-legar di mindaku.

Serasa bagai mataku disengkang sesuatu. Walaupun aku tahu yang aku tak boleh tidur lewat kerana migrainku, apakan daya sukar untukku pejamkan mata. Pandangan Datin Juliana. Bagai ada suatu rahsia yang terkandung di situ.

Ibu baru bekerja di sini. Jika sebelum ini Ibu bekerja sebagai seorang tukang jahit, namun segalanya berubah sejak sebulan yang lalu. Kata Ibu ada kawan lama mahupun Ibu jadi pembantu rumah. Dan Ibu bersetuju.

‘Ah, jauh sekali lamunanku.’

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bermunajat memohon petunjuk Allah dengan segala kekusutan ini. Kepada-Nya aku serahkan diri ini. Aku memohon agar dapat ditemukan dengan keluarga kandungku. Bukan tidak sayangkan Ibu, namun aku ingin merasai indahnya hidup bersama keluarga.

***

Pagi nirmala. Seusai solat Subuh bersama Ibu, aku mengemaskan diri untuk ke sekolah.

“Anak Ibu ini semakin hari semakin bergaya.”

“Ibu ni, mana ada. Biasa saja”

“Dah, mari makan. Ibu dah siapkan roti bakar bersalutkan telur kegemaran kau.”

“Tentu sedap ni. Boleh Zaman bawa bekal untuk ke sekolah.”

Setelah mengucup tangan Ibu, kami sama melangkah. Ibu ke villa dan aku ke sekolah. Aku gemar menghayunkan langkah daripada bersesak-sesak untuk menaiki bas.

***

Waktu rehat, aku bersama-sama Halwa berehat di bawah sebatang pohon rendang. Tempat pertemuan kami. Aku lantas membuka bekalanku dan mempelawa Halwa untu sama-sama menikmati makanan itu.

“Sedap. Zaman ke Ibu yang masak ni.”

“Amboi…. Perli nampak. Untuk pengetahuan cik Puteri, makanan ni Ibu Zaman yang masak. Pakar memasak dalam pelbagai jenis hidangan.”

“Zaman…..”

“Kenapa? nak lagi. Nah.”

“Terima kasih malam tadi. Sudi ajarkan saya Math Tam. Sekarang saya semakin berminat untuk belajar. Sejak Zaman datang, saya semaki bersemangat untuk belajar dengan lebih tekun.”

“Tak perlu berterima kasih. Tapi sebagai balasannya…..”

“Apa Zaman nak? Saya akan cuba tunaikan.”

“Sabar le cik Puteri oiii. Dah tak reti nak sabar ke. Saya nak minta Halwa ajar saya English. Saya ni lemah sikit bahasa.”

“Itu aje. Ok. Zaman ajar saya kemahiran dan saya pulak ajar Zaman bahasa. Semoga kita berjaya.”

“Ibu ajak Halwa datang rumah malam ni. Ajak makan malam. Boleh?”

“Insya Allah.”

“Ha, loceng dah nak berdering tu. Nanti lambat pulak ke kelas. Lepas ni Bio, Tentu kena ke makmal.”

‘Ah, sukar untuk dibuang persaan yang mula berputik. Walaupun aku berazam untuk tidak bercinta di alam persekolahan, namun kenapa aku menjadi tidak keruan setiapkali memndang wajah comel milik Halwalwasimah. Adakah kasih mula berputik di sudut hati ini?’ Aku bermonolog.

Petang itu kami menghabiskan masa di perpustakaan. Mengenangkan peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang aku sedikit gentar.

Aku menjelajah segenap wajah putih bersih milik gadis itu. Ibu pernah menceritakan yang aku ada seorang kembar perempuan. Namun sehingga sekarang belum pernah aku ditemukan dengannya.
Gadis itu mempunyai tahi lalat di bahagian dagunya. ‘Ah, mungkin kebetulan. Tak mungkin dia adalah kembarku.’ Kutolak andaian yang hadir di mindaku. Cepat-cepat aku ingatkan diri tentang perbezaan taraf kehidupan antara kami.

“Zaman, kenapa pandang Zaman pandang Halwa macam tu. Zaman ada masalah?”

“Em…. Tak de. Cantik tahi lalat Halwa. Sama macam tahi lalat saya.”

“Agaknya sebab tu orang panggil kita kembar.”

“Tapi tak mungkin, kan. Sebab saya anak pada pembantu villa seorang hartawan terkenal sedangkan Halwa adalah anaknya.”

“Zaman, awak ada masalah yang tak dapat diselesaikan? Jangan pendam. Cuba awak ceritakan mana tahu saya boleh tolong.”

“Tak delah. Dah. Kita stop. Nanti tak siap pulak homework ni. Lagipun lambat-lambat kesian Pak Samad. Lama tunggu awak.”

“Mama, Zaman tu baik, kan. Seronok kalau Abang kembar Wawa macam tu.”

“Apa? Apa Wawa cakap?”

“Tu ha, nanti hangit gulai tu. Ibu ni… ayik mengelamun aje. Sampaikan di dapur pun nak mengelamun.”
Sudahnya aku mengubah topik. Mama macam ada masalah. Seringkali aku nampak Mama termenung di balkoni. Keseorangan menikmati malam.

“Mama….”

Malam itu aku bulatkan tekad untuk mengetahui rahsia Mama. Aku nak berkongsi kemurungan Mama.

“Tiap-tiap malam Mama di sini. Mama ingatkan Papa ye. Ala Ma, Papa pergi seminggu je oversea tu. Sabtu depan balik le.”

“Ke situ pulak Wawa ni.”

“Dah tu?”

“Mama berdosa Wawa….. Dan sekarang Mama tak tahu bagaiman untuk menebus kembali dosa itu.”

Ada kesan air mata di birai mata Mama. Aku bersimpati namun apa yang boleh aku lakukan. Kupeluk erat Mama untuk meredakan perasaannya.

“Mama cerita ngan Wawa apa sebenarnya terjadi.”

“Zaman…”

Ibu menceritakan peristiwa lama itu hingga tiada satu pun yang tertinggal. Dan sekarang barulah aku mengerti erti renungan Ibu pada Zaman setiapkali Zaman bertandang ke villa itu. Pandangan seorang ibu yang merindukan anaknya.

Aku mencatatkan semula apa yang diceritakan Ibu ke dalam diariku. Buat pedoman. Dan aku bersujud syukur kerana orang yang aku rindu selama ini rupanya hanya di depan mata.Dan malam itu aku bermimpi bersama Zaman yang bakal kupanggil Abang.

***

Zaman sungguh tidak keruan malam itu. Terasa ingin mendesak Ibu menceritakan apa sebenarnya terjadi namun aku tak sampai hati. Aku tak rela melukakan hati seorang tua yang bersusah payah membesarkanku. Sekali lagi aku bersolat dan bermunajat memohon petunjuk Allah atas apa yang kualami. Dalam pada itu masih sempat aku bermimpi…

“Zaman adalah Abang Halwa. Mama dah ceritakan apa yang berlaku 16 tahun yang lalu.”

“Tidak…… Jika betul kenapa Ibu tak pernah ceritakan apa-apa pun.”

“Permintaan Mama.”

“Zaman tak percaya, Halwa. Mana mungkin. Banyak perbezaan antara kita.”

“Tapi tidak tahi lalat itu… Milik kita adalah sama.”

Tiba-tiba aku tersentak. Suara Ibu mengejutkan aku. Aku masih di tikar sembahyang. ‘Ah, Aku bermimpi lagi.’ Mimpi yang sama sejak seminggu yang lalu. Sejak aku mula bermunajat memohon pertolongan Allah.
Aku menghadapi Ibu seperti biasa. Solahnya tiada apa-apa yang terjadi. Semasa mahu meneruni bukit, sempat juga aku memerhatikan villa mewah itu.’Mungkinkah aku akan berada di situ?’

***

Waktu rehat. Halwa kelihatannya begitu gembira. Diajaknya aku untuk sama-sama makan di kantin.

“Halwa belanja Zaman.”

“Gembiranya puteri kayangan ni. Ada putera kayangan datang ke?”

“Putera kayangan tak de la. Tapi Halwa ada satu berta gembira. Dan petang ni Mama ajak Zaman dating rumah. Makan tengahari di sana. Mama kata dia dah jumpa dengan abang kembar Halwa.”

“Syukur…… nanti boleh le Zaman berkenalan dengannya.”

“Boleh, apa salahnya. Dah cepat prsan makanan. Zaman nak makan apa cakap aje, Halwa bayar.”
Loceng berdering menandakan waktu rehat telah tamat. Kepalaku sedikit berdenyut kerana tidur yang kurang cukup sejak kebelakangan ini. Kutahankan juga sehingga loceng tamat berdering.

“Jom, Zaman. Pak Samad tentu dah tunggu kita tu. Nanti lewat pulak.”
Namun tiba-tiba pandanganku berpinar dan aku tidak dapat mengingati apa yang telah terjadi.
Apabila kubukakan mata kulihat ada Ibu yang setia menanti.

“Sampai hati Zaman rahsiakan daripada pengetahuan Ibu.”

“Ibu tak nak nanti Ibu risau. Lagipun Zaman tak apa-apakan. Cuma tak cukup tidur.”

“Itulah yang kau cakap bila kau sakit kepala. Baru Ibu tahu yang kau sebenarnya migrain.”

***

Setelah tiga hari aku berumahtangga di hospital, aku dibenarkan pulang. Halwa datang bersama Ibu menjemputku di hospital.

“Kita nak ke mana ni?”

Aku bertanya kerana hairan Pak Samad membelokkan kereta ke sebuah hotel terkemuka di Ibu kota. Hotel Equatorial.

“Halwa nak meraikan kedatangan Abang Halwa.”

Ku pandang Ibu mohon pengertian namun Ibu hanya memandang ke luar.
Sesampainya di sana kulihat ramai rakan-rakan sepersekolahan tenang di kerusi masing-masing dan bertepuk tangan seolah-olah menyambut kedatanganku.

“Kata nak sambut Abang Halwa. Kenapa ramai sanga orang.”

“Zaman duduk dulu. Kita dengar apa juruacara nak cakap.”

Juruacara menjemput Dato’ Mukhtaruddin untuk menyampaikan ucapan.

“Saya sungguh bertuah kerana pada hari ini saya telah menemukan anak yang sekian lama saya abaikan. Dan saya ingin memohon maaf kepadanya kerana mengabaikannya selama ini. Anak yang dimaksudkan adalah Muhammad Wahiduzzaman, kembar kepada Nur Halwalwasimah.”

‘Ya Allah…. Benarkah apa yang ku dengar ini?’

Menitis air mata lelakiku. Halwa mendekatiku.

“Inilah kejutan buat Abang. Halwa yang suruh Mama buat kejutan untuk Abang.”

Kutarik tangan Halwa dan kupeluk erat gadis itu, kembarku.

Aku diminta ke hadapan untuk bertemu dengan Abah dan Mama.

“Mama minta maaf Zaman. Mama abaikan kau. Tapi Mama nak kau tahu yang Mama sangat sayangkan kau. Kau anak Mama….”

Titisan air mata Datin Juliana membasahi bajuku. Aku bersyukur kerana 16 tahun aku mencari siapa keluargaku yang sebenar, kini telah di depan mata.

“Papa harap kau akan dapat terima kami sebagai keluarga kau. Papa nak tebus dosa-dosa silam Papa.”

“Mama, Papa, Zaman akan cuba terima Mama dan Papa. Cuma satu…”

“Apa sayang….?”

“Zaman nak tinggal dengan Ibu. Zaman nak tinggal dengan orang yang telah banyak berjasa pada Zaman.
Boleh kan Mama.”

“Zaman, Kita sekeluarga akan tinggal di villa tu. Ibu Zaman akan bersama-sama dengan Zaman.”

“Terima kasih, Pa.”

***

Peristiwa itu telah mengubah kehidupanku. Berpindah ke villa yang dahulunya menjadi igauanku. Namun aku bersyukur kerana menjadi seorang yang istimewa. Mempunyai dua orang Ibu.

Keriuhan di dapur menandakan Ibu dan Mama sibuk memasak. Kucapai diari dan kuluahkan rasa hati.

Walaupun cintaku tak kesampaian namun aku bersyukur kerana Halwa adalah kembarku. Semakin hari kami bertambah intim dan sering meluahkan perasaan. Tiada rahsia antara kami.

“Zaman…. Mari makan.

“Aku melangkah ke dapur.”

“Lambat le Abang ni. Penat Adik, Mama, ngan Ibu tunggu. Abang ingatkan girlfrieng ye.”

“Tengok tu, Ibu, Mama. Tak Sah kalau tak sakat orang.”

“Dah le tu, makan. Depan rezeki tak baik bergaduh.”

***

“Mama, terima kasih.”

Malam itu ku hampiri Mama yang enak bersantai di bibir kolam.

“Kenapa Zaman pula berterima kasih ngan Mama. Sepatutnya Mama yang perlu berterima kasih kerana
Zaman sudi terima Ibu.”

“Mama sudi cari Zaman walaupun dah 16 tahun berlalu. Patutlah pertama kali Zaman pandang Mama seorang ada sesuatu di mata Mama.”

“Banyak salah Mama pada Zaman. Zaman boleh ke maafkan Mama.”

“Mama, kita manusia. Tak pernah Zaman rasa Mama bersalah malahan bersyukur kerana dapat semula kasih sayang Mama.”

“Hai, rancak berbual.” Serentak suara Ibu dan Halwa menjengah pendengaran kami.

“Ibu….”

Kudakap erat tubuh kurus tua itu. Betapa banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk membesarkanku. Sungguh terhutang budi aku kepadanya. Kemudian kucapai pula tubuh Mama. Insan yang telah bertarung nyawa melahirkanku.

“Papa…… Betapa gembiranya hati Zaman pada hari ini. Kita berkumpul sebagai sebuah keluarga. Papa, Ibu, Mama, dan Adik. Papa sangat bahagia.”

Esoknya aku tak berdaya untuk bangkit daripada pembaringan. Kepalaku menjadi sangat berat.

Halwa yang kebetulan mahu mengejutkanku terperanjat melihat keadaanku.

“Mama, Abang Zaman……”

Aku hanya mampu mendengar suaranya sedangkan kepalaku berdenyut kuat. Dan akhirnya sekali lagi pandanganku menjadi kabur kemudian terus hilang.

Menurut dokor migrainku sudah parah dan memerlukan rawatan segera. Aku pasrah walau apa terjadi kerana segala impianku telah tercapai. Bagai terdengar suara memanggilku untuk pergi. Abah, Mama, Ibu dan adikku Halwa, maafkan Abang. Abang terpaksa pergi sekarang. Abang telah menemukan kebahagian yang dicari. Akhirnya aku menutup mata buat selama-lamanya…..


(cerpen pertama Jamilah yang dihantar ke syarikat penerbitan dan tersiar)

Bila Kita Akan Mati?

Kematian itu pasti,
maut datang tanpa amaran
redhakan pemergian mereka...
Hari ini,
Esok,
Semalam,
Kematian setia menziarah,
Meragut nafas saat tiba saat.
Tanpa kasihan,
Meski enak makan.
Mati...
Maktabah,
17/12/2008

16 December 2008

...WARKAH BUAT HATI...

Assalamualaikum,segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalau mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya. Bila menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku.

Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Aku jarang memberi kau makan. Aku teringat kata-kata guru agamaku, jika mahu badan yang sihat dan ceria sepanjang masa, jagalah hatimu, hati yang bersih akan terserlah dengan penampilan yang menenangkan. Orang lain akan senang bersamanya dan wajahnya akan berseri-seri serta bibir akan sentiasa menguntum senyum. Itulah tanda hati yang bersih. Patutlah wajah aku sentiasa masam mencuka. Maafkan aku duhai hati, aku kotorimu dengan makanan syubhah. Aku calarkan jasadmu dengan membantah cakap Ibu Ayah. Aku bangkang keinginanmu yang mahukan ilmu agama, aku berikan kau hiburan melalaikan. Aku tinggalkan solat, aku abaikan ayah, aku lupa mendoakan kesejahteraan orang Islam. Maafkan aku duhai hati. Berikan aku peluang untuk menebus kesalahan ini.

Duhai hati, jarang kau bisikkan kejahatan untukku, namun aku lebih mengikut bicara nafsu lawwamah yang sering mengajak aku mengotorkanmu dengan macam-macam acara yang pada zahirnya amat mengujakan fizikal dan diri mudaku. Aku tak hiraukan bisikan yang kau cetuskan.

“Jauhkan dirimu daripada kemusnahan!”

“Jauhkan dirimu daripada kecelakaan!”

“Ingatlah wahai diri, kematian itu menjengukmu saban masa, menanti ajal yang telah tercatat di loh mahfuz.”
******
Duhai hati, walaupun telah aku kotorkan dirimu dengan terlalu banyak maksiat, berikan aku peluang, duhai hati. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penerima Taubat dan rindukan rintihan hamba-NYA. Usah kau merajuk lagi, bimbinglah aku dan nafsu yang sentiasa bersamaku agar sentiasa di jalan agamamu. Kau tahu segala yang aku lakukan meski tak siapa melihat. Kau tetapkan diri ini pada jalan kebaikan.

Aku harapkan warkah ini merupakan detik mula persahabatan kita yang lebih akrab. Berilah aku peringatan jika aku terlupa dan marahlah, pukullah aku jika aku melanggar suruhan Pencipta kita. Aku takut pada hari di mana manusia tak mampu berkata-kata, tangan terbelenggu, diri ditenggelami peluh sendiri, kau hadir dalam keadaan teramat kelam, sehitam arang bakaran. Maafkan salah aku duhai hati, terima kasih kerana setia menjadi sebahagian tubuh ini yang banyak melakukan salah.

Dunia Tulis Jamilah

*Aku mengenali dunia menarik ini sejak di bangku sekolah rendah. Membaca KUNTUM, Dewan Pelajar.. Buku cerita kanak-kanak, aku teringin menghasilkan cerita sendiri. Walaupun tak pandai, aku cuba juga hinggalah aku sampai ke hari ini. Walaupun sering timbul tenggelam akibat terlalu tidak konsisten, aku teruskan minat ini.. Insya ALLAH. Sekadar mahu berkongsi perjalalanan aku selama satu dekad di sini.

-Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan.

-Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk.

-Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya.

-catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu.

-catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku akan hantar kepada syarikat penerbitan. Suatu azam...

-3 September 2005- Cikgu Zaini 'cabar' aku hasilkan sebuah cerpen eksperimen tentang kehidupan tanpa wanita. Buktikan Jamilah boleh.
-nak pos puisi, harapnya akan tersiar.

- 1 November 2005- Sekarang aku hanya mengarang sajak. Cerpen? Baru dua yang tamat. Yang lain semuanya separuh jalan. jamilah, kalau nak berjaya perlu pengorbanan. Ingat apa matlamat kau...

7 Disember 2005- Komputer aku dah elok. Jadi, sekarang aku kembali menulis. Mungkin boleh hantar lagi pada syarikat penerbitan majalah. Bukannya apa, nak menambah pengalaman dan kualiti karya.Semoga aku berjaya.

18 Disember 2005- Terbantut lagi hasrat aku ingin berkarya. Komputer buat hal. Entah apa yang aku tekan, terus hitam... Dan tak dapat diselamatkan. Aku sedang bukukan sajak-sajak aku, senang nak merujuk.

17 Febuari 2006- Tiada kejayaan andai tiada usaha yang gigih. Alhamdulillah aku cetak semua karya yang aku simpan dalam disket. Alhamdulillah orang boleh terima 'bicara cinta' aku. Aku akan teruskan.

23-28 April 2006-Menghadiri Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2006. Sangat bermanfaat. Moga-moga bakat ini akan dipertajamkan lagi, kena banya menulis.

22 Jun 2006- Hari ini aku mennag esei budi bahasa. dapat tempat ke-5. Sangat baik untuk permulaan, Amir dapat tempat pertama. Aku menerima hadih di Taman Budaya Negeri Pompong,Alor Star.
-Cuti kali ini ada juga aku menulis. Tak banyak pun.

November 2006- Kawan-kawan yang baca Ikmal-Szaza yang aku karang suruh sambung cerita tu. Insya Allah. Berdoalah apa yang aku lakukan semoga diiring redha-Mu. Bukan sekadar untuk memeperoleh nikmat dunia. Tempoh hari dapat hadiah komik, menang peraduan mengarang anjura pusat sumber sekolah. Cerpen aku setakat ini tak sampai sepuluh pun. Semoga apa yang aku uat mendapat barakahnya. AKu impikan untuk menjadi penulis yang dapat diterima, bukan aku, tapi karya aku. Aku tak lupa nasihat cikgu Zaini. Insya Allah.

11 Disember 2006- SPM dah tamat. Hajat di hati nak menaip, komputer tak ada. Apa nak buat, Terimalah seadanya. Sejak tamat SPM sudah dua buah cerpen aku siapkan. Inilah aktiviti aku, membaca novel, dengar radio... menulis. Novel dah tak ada idea tak terbantut. Tak pandai nak sambung. Seronok buat cerpen. Insya Allah lepas ni sajak pula. Nak luahkan apa ynag bergumpal dalam otak ni sebenarnya...Memang aku nak jadi penulis profilik, insya ALLAH...

23 Febuari 2007- Dah masuk tahun baru. Aku belum berkembang lagi. Ada masa aku seperti ingin berhenti daripda bergelutdengan pen dan kertas. namun terkenangkan harapan orang-orang yang nak melihat aku bangkit, aku gagahkan diri. Teguhkan hati. satu je kena buang. MALAS.

9 Mac 2007- Karya aku masih tak berubah. Masih di takuk lama. Nampak gayanya seperti semakin hari semakin kering idea. Patutlah apa yang aku dengar-dengar, nak pandai menulis, kena banyak membaca dan selalu menulis, barulah tajam mata pena tu.

10 April 2007Setelah dua tahun berlalu, Alhamdulillah tersiar sajak di Dewan sastera(Tunas Cipta) Dapat lagi RM 100. Semoga ini akan menjadi pendorong untuk aku lebih berusaha di masa depan.

28 Mei 2007- Dapat lagi RM 30, Tersiar dalam Fokus SPM April. Teruskan perjuangan wahai diri...

10 Ogos 2007-Alhamdulillah, otak dah mula bekerja untuk menghasilkan karya. Aku hantar sajak dan mulakan semula novel aku. Ini langkah pertama. jadi, aku kena belajar BI dan Arab betul-betul. Harapan ini perlu direalisasikan!!!

23 September 2007-Ada juga kau menghasilkan karya, alhamdulillah.

25 November-1 Disember 2007- Berpeluang menghadiri MPR, terlalu terharu dengan peluang ini dan saat -saat manis yang pasti tak akan dilupakan seumur hidup.... Ingat lagi semua dan amat rindukan wajah-wajah itu.

Penghujung Disember 2007-Dapat duit biasiswa, aku habiskan untuk membeli laptop terpakai, jadilah untuk aku menulis. Itu yang penting untuk aku, RM800, boleh untuk digunakan tapi tak canggih. Banyak jasa laptop ni, bantu aku hasilkan karya. Semoga jalan aku dipermudahkan...

Febuari 2008- Karya aku 'puisi buat walid' tersiar dalam Tunas Cipta 2008.Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

1 Jun 2008- Alhamdulillah tahun ini lebih banyak karya aku tersiar. Ya, jika menghantar adalah yang tersiar, kena konsisten, tanggungjawab sebagai mantan MPR perlu digalas, mereka menghabiskan banyak wang untuk melahirkan pelapis ini. Bulan April diDewan Siswa dan Fokus SPM. terbaru Dewan Sastera: Mahu atau Tidak... Murah rezeki aku, tapi kawan-kawan yang lain lebih prolifik. Kena hasilkan cerpen pula, baru lebih mantap. Sasaran aku tahun ni nak hantar karya tiap-tiap bulan... Insya Allah, dan banyakkan membaca supaya banyak idea nak menulis. Mungkin boleh mulakan cari bahan, cuba hasilkan cerpen yang disarankan cg Zaini tempoh hari...

22 Ogos 2008- Aku sedang berusaha menyiapkan cerpen untuk antologi MPR 2007... Doakan berjaya, hajat hati nak hantar dua-dua, cerpen dan sajak, harapnya berjaya... Tak tercapai juga nak menghasilkan novel, nak hantar karya tiap-tiap bulan, bukan disebabkan halangan pelajaran, Cuma aku yang tak pandai nak bahagikan masa sendiri... Sedih pun ada juga, tapi aku kena kuatkan diri, mereka boleh, mengapa Jamilah tak boleh, aku nak hantar juga esei tu, esok nak mula cari bahan, malam ni nak rangka, nak buat apa, kalau ada rezeki tak ke mana... sekurangnya aku perlu mencuba, Lama aku tinggalkan esei, buat penulisan kreatif je, kalau boelh nak kuasai banyak bidang, bukan kalau boleh, impian aku, nak kuasai banyak bidang penulisan... Amin, semoga Tuhan perkenankan dan ianya bukan sekadar anganan di kertas,,,, J

3 Oktober 2008- Bulan September lalu sajak aku, ‘tinta untuk sahabat’ tersiar dalam Fokus SPM dan juga surat pembaca untuk Dewan Siswa. Dapat sebuah beg bercop DBP... Aku dah tak buat pun karya baru, 29 Ramadan lalu, aku ke Gombak ikuti Seminar penulisan, dapat semangat waktu tu je, terbang entah ke mana. Akhirnya cerpen aku tersiar di Remaja, sengaja aku menghantar ke situ. Tak salah kan? Itu kan lebih dekat dan remaja lebih suka baca... Sasaran kita juga kan remaja. Kukuhkan niat dan jika niat kau betul kau akan dapat apa kau nak. Target aku cuti ni akan ada juga cerpen atau sajak yang aku hasilkan. Insya ALLAH, biiznillah.


16 Disember 2008- Agak lama tidak menulis secara konsisten atau menghasilkan cerpen yag dapat disiapkan, cuma suka merapu di blog ini... Minggu depan cuti, Insya ALLAH akan aku isikan dengan membaca bukubuku yang tertangguh, dah satu kotak aku sipakan untuk dibawa musafir bersama... hehe, merapu saja aku ni..

15 December 2008

Ustaz Yunus Ma Zheng

Molek kiranya aku kenalkan dahulu ustaz ini... Ustaz Yunus merupakan seorang ustaz yang berasal daripada negara China, datang ke sini dan mengajar aku BMW (BAsic Method Research) -nama je BI belajar dalam bahasa Arab- Menurut ustaz....

"Ketika mula-mula saya daang ke sini, saya hanya nampak negara ini sebuah negara Islam, tidak terlihat yang negara ini terdapat dalam kalangan penduduknya berbangsa yang pelbagai... China, India, dan bermacam suku di Sabah dan Sarawak. Apabila mula memesrai rakyat di sini, saya mula mengetahui akan adanya perbezaan dan macam-macam perkara yang mula timbul dalam fikiran..

Saya bergaul dengan masyarakat Cina yang tidak menganut agama Islam... Menurut mereka mereka boleh terima semua benda yang Melayu buat... Makan nasi lemak, pakai kain sarung, malahan bagi salam sekalipun, namun hanya satu yang tidak dapat diterima... ISLAM.... Bagi mereka jika memeluk Islam itu masuk melayu... Siapakah yang bersalah??? Saya pergi pula kepada PERKIM dll untuk mengetahui keadaan ini. Peratusan yang teramat kecil masyarakat tiongha ini menganut Islam kecuali kerana mahu menikahi gadis atau jejaka Melayu... Sangat mengasihankan.. Mereka suka menjalankan perniagaan dengan orang Melayu kerana sifat orang Melayu yang tidak suka tawar menawar... Senang dan tidak seperti merek yang sebangsa mereka yang akan memilih yang terbaik dan saling menawar harga pula...."

Walshu'alam...

Untungnya Terengganu Sekarang

Dana untuk pelaburan jamin kelangsungan pendapatan apabila minyak habis: Najib

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis.

Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
* berita lanjut di sini

AKU: Hm, jika bukan kerajaan yang memerintah seakan menunggu semut jadi sebesar gajah agaknya baru boleh dapat bantuan... Hm, iniah negaraku.. YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA....

CCT

Kakiku kakimu seakan enggan tersusun lagi,
Langkah pincang,
Nafas terhenti sesaat,
Jemariku tak henti menari,
Mulut bergumam,
Gigi bergetar.

Antara mahu dan malu,
Aku kuatkan hati,
Mengatur kata tk teratur,
Mengungkap ayat tak tentu.

Keranakah mahu markahkah aku?
Tidak, Kadang alku perlu bersuara,
Biar tak diterima,
Mereka aan berbicara juga...

Catatan hari ini...
Berakhirnya minggu yang mengarut.. Banyak benda yang sepatutnya boleh aku lunaskan aku tunda dengan melakukan kerja-kerja tak berkaitan plajaran. Sangat mengsihankan kerana aku sangat-sangat tak mengendahkan pelajaran yang sepatutnya aku ambil kisah.. Kisah menyedihkan..

Embun pagi ini seakan enggan menitis,
Api pula memmercik,
Menyemarak insan lena, Membagun insan lalai...

Seandainya....

Nak tahu, sekarang aku gila untuk beli buku... Tapi entah bila akan dibaca... Teruja melihat buku yang banyak di kedai dan tak berjay kawal nafsu membeli yang sangat besar....

Hm, adakah jika kita mempunyai minat sama, akan ada satu perasaan yang menyimpulkn mahabbah antara keduanya?

Minggu depan aku akan balik... ("_") Tak sabar hinggakan sekarang aku dah masukkan buku dalam kotak, macam nak pindah pulak rasanya...

Dah tersenarai buku untuk dibaca namun asyik mengikut penyakit MALAS!!!

Dah lama tak menulis.. :(

Sangat gembira minggu ni...

Hm, nak kongsi masa kelas CCT tadi... Setiap plajar dikehendaki memberi pendpat berdasarkan tajuknya "coupling"... Tangan mula menggeletar, Lutut bergegar, mulut menggumam, kaki seakan tak mahu berpijak di bumi... Aku merapu dengan ayat yag sangat tak teratur... Kagum dengan sahabat-sahabat yang memeberikan hujah yang mantap.. Aku benci nak bercakap!!!

14 December 2008

Gian atau Gila

Apakah bezanya?
Gila dan gian,
Kau gian mengumpul buku-buku,
Tapi kau tak gila membaca...

Benarkah apa yang diluah,
<>@()
Gian merapu,
Tapi gila memendam rasa...

Biar dikatakan gila,
Asal bahagia...

Hahaha,
Aku memasuki fasa kedua kegilaan.

Assalamualaikum.
Jumpa lagi, bila aku kembali waras... ("_")

12 December 2008

Jumpa Lagi

Assalamualaikum, sempat lagi aku nak berkongsi cerita setelah hampir seminggu bercuti di kampung. Cuti yang memenat dan agak membosankan kerana tak sempat nak berpuas hati dengan cuti yang terlalu pendek, haha, tidak bersyukur sungguh aku ni... Ada lagi yang langsung tidak pulang ke kampung lagi kasihan.... Macam ustazah selalu cakap... miskin....

Sebenarnya banyak cerita yang bergumpal dalam kepala untuk aku turunkan di sini, namun aku tak pasti sama ada apa yang mahu aku kongsikan penting ataupun tidak... Aku menulis menurut rasa aku.... Hati yang mahu berbicara.


Balik tempoh hari, aku berjaya menukar arah perjalanan untuk aku kembali ke pusat pengajian tercinta aku... Selama ini aku hanya tahu jalan ini, yang memenatkan dan memakan masa yang panjang + sakit jiwa kerana terlalu sesak..



1. Pudu - Naik STAR ke Bandar Tasik Selatan - Tunggu dan berebut KTM untuk balik...

2. Pudu- bayar RM1 untuk ke KL Central menggunakan bas No 12 - Berebut untuk ke NIlai menaiki KTM..

Kini aku dah dapat satu jalan yang lebih mudah dan lebih menyenangkan hati, walaupun kena berdiri juga, tak kisahlah... Di Pudu hanya berjalan tak sampai 50 langkah ke Stesen KTM Kuala Lumpur dan beli tiket berharga RM4.70, sama seperti di KL Central, terus ke NIlai... Alhamdulillah.
Aku jadi gila nak beli buku baru, walaupun tak semuanya aku baca... Tak peduli duit yang mengalir, asal aku dapat buku baru.... Hehe, nak tahu aku spesis tak boleh ada duit dalam tangan, mudah sangat mengalir, untuk apa sahaja yang aku suka, kalau tak suka banyak dolak-daliknya sebelum membeli, dah suka semua main sambar.Aku rajin aku akan masukkan ulasan buku terbaru aku... Hahaha... Tak pandai bahagi masa sungguh.

03 December 2008

Rabu ...

Assalamualaikum,
Jangan sayangkan sesuatu belebihan,
takut kamu membencinya suatu hari nanti,
Jangan benci sesuatu teramat sangat,
nanti kau pasti menyesal..

Ini sahaja untuk hari ini.. Nak pergi buat kerja yang bertangguh....

02 December 2008

Pena Kehabisan Dakwat

Pena yang berlari,
terhenti-henti,
Hilang suara dari hati,
Tak mampu memberi erti.
Seandainya...
Sekiranya...
Sememangnya...
Gemar benar diri mengaju saranan,
Tak punya tindakan,
Andainya tak mahu laksanakan,
Diam, usah suarakan.
Jangan dibina alasan,
Yang menyesak perasaan,
Ikhlaskan dalam perbuatan,
Andai kau punya keinsanan.

Maktabah
4 Zulhijah 1429
10:12a.m

Selasa Yang Tak Selesa

Assalamualaikum...
Dahulu, aku sering terfikir,
apa tujuan aku sebenarnya mahu libatkan diri dalam dunia penulisan?
Benarkh kerana bakat?
Aku tak punya bakat yang besar..
Adakah kerana duit?
Aku tak dijanjikan dengan kekayaan bila melibatkan diri dalam dunia penulisan..
Adakah kerana dakwah?
Aku terfikir, apa penulisan yang aku sumbangkan untuk dakwah Islami..
Kerana apa aku menulis???
Aku menulis kerana aku lemah mengeluarkan pendapat melalui lisan...
Aku benci untuk bercakap!!!

Sangat tidak wajar, aku mengerti,
tapi,
biarlah pena aku terus bersuara,
Menyuara resah gundah di jiwa...

Maktabah
2 Disember 2008
20:1op.m

01 December 2008

Jangan Cemburu!!!

Assalamualaikum... RAFEST akhirnya melabuhkan tirai...

dan aku menghabiskan duit dalam poket.... Macam biasa, aku spesis pantang tengok buku yang kau suka, pasti nak sambar... alkisahnya aku berjaya menyambar 5 buah buku + sebuah aku beli di Seremban... Melayanglah RM100 yang kakak aku masukkan dalam bank.. HAha, jangan pula diceritakan, nanti kewangan aku disekat, merana...

Sejak hari pertama, aku merayap di ekdai buku, nak beli, poket ha,pir kosong.. Sabar... Hari kedua, aku sebuah... dan hari terakhir... Dapatlah empat buah yang lain... Tak kisahlah berhabis, dah memang hobi... Bukan itu nak aku ceritakan...

Petang Ahad, hari terakhir... Aku lapankan masa melawat lagi gerai RAFEST... Nak tahu apa aku nampak??? KAK SURAYA.... HAhaha, tangan aku terus terketar, lutut bergoyang, macam orang nampak buah hati... Almaklumlah penulis yang aku minat, aku pula spesisi sombong nak tegur orang. Ingatnya tengok dari jauh pun cukuplah.. Tapi tak puas hati!!!

"Sarah, nak pinjam duit."

Itu keputusan aku, buat-buat nak beli buku, tapi memang aku ambil satu, semata-mata nakkan tandatanan KAk Su, aku macam biasa buat cam tak pernah jumpa, tapi jantung berdegup macam nak peluk KAk Su, hahaha...

Lepas beli, ambil tandatangan, bersalam, aku ke gerai lain. Punyalah teuja, semua yang aku jumpa aku tayangkan buku tu, alahai, riaknya... Macam dia seorang kenal Kak Su...

Sampai di gerai Galeri Ilmu, Kak Su hampiri.

"Macam pernah jumpa.''

''Ya, waktu pelancaran buku Aidil Khalid.''

''Yaya, patut macam pernah tenok.''

Alahai, kuatnya ingatan Kak Su.. Cam lagi muka sombong aku ni... Alhamdulillh... Tapi aku memang gembira sangat petang semalam. Itu sebenarnya yang aku nak beritahu, hahaha...

Nak ke kelas pelak... belajar balaghah, peningkan ota denan CCT dan dengar orang cakap Arab dalam istima'.

Wassalam, nanti aku coretkan lagi...

26 November 2008

Teruja

Teruja aku bila melawat lman yang ustaz cakapkan.. http://islamweb.net. Di sini aku boleh dapat macam-macam berkaitan arab, ada nasyid, khutbah, macam-macam lagi yang belum sempat aku terokai... Selamat mengembara.. Jom blajar arab, pasti menarik.

25 November 2008

Isu Semasa

Salam, hari ini kelas adab dan nusus dibatalkan.Dah dua kali... Agak menyedihkan.. Minggu ni minggu yang agak sibuk dan kel;am kabut, sibuk dengan tidur dan nak melangsaikan buku dan kerja-kerja wajib yang mula mengisi hari-hari aku...

Gerun aku bila tengok akhbar sekarang. hari-hari ada sahaja berita orang nak bunuh diri, terjun bangunan sana, panjat bangunan sini... kematian seakan suatu yang biasa pula. Kemalangan jika tak melibatkan kematian seakan tidak sah jika tidak mengisi kantung berita... YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA FITNAH INI...

Sekarang aku semakin jelek untuk mengikuti isu-isu yang dipaparkan itu... Segalanya kerana kita jauh daripada ALLAH yang jadikan kita.... Namun sebagai seorang pelajar perlu juga aku teliti akhbar, agar tak jadi jakun... Pelajar Universiti yang buta isu semasa....

24 November 2008

SUATU PAGI DI HARI ISNIN

Assalamualaikum, Zulkaedah kian ke penghujung, menandakan Zulhijjah akan memunculkan diri. Gembiranya para jemaah di tanah suci, menunaikan ibadat haji. Menjadi tetamu ALLAH, Ya ALLAH, semoga aku dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk menjadi sebahagian tetamumu… Semoga tiba saat yang aku nantikan itu.

Cuti sekolah sudah hampir seminggu, semoga adik-adik yang bercuti tak hanya bercuti hingga tinggalkan buku pelajaran... Belajar bukan untuk periksa Cuma, namun ada matlamat yang hendak kita capai. Ada kekosongan dalam hati yang perlu diisi.. Kantung ilmu.

Dan aku menempuh sem 2 bersama-sama subjek yang menarik untuk ditelaah, Cuma tinggal aku yang perlu gerakkan diri yang suka bertangguh ini. Pensyarah sudah sampaikan dan bermacam ilmu dicurah, hanya tinggal lekatkah ia dalam hati, berkesankah untuk aku?

Aku nak kongsi apa Ustaz BMW perkatakan tempoh hari... Tidak dapat tidak kita sebagai pelajar BAHASA perlu mempraktikkan apa bahasa yang kita pelajari saban hari. Tambahan pula kita bukanlah berada di negara yang menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa harian, ini cabaran untuk kita. Kitalah yang perlu mewujudkan suasana itu. Jangan marah jika satu hari nanti bahasa Arab mati di hadapan kita, jika kita tak mengendahkan. Ustaz berikan contoh, pelajar di Universiti Beijing yang menjalani prraktikal di UM, dalam jurusan Bahasa Melayu, mereka bercakap dalam bahasa melayu... Kata orang dulu-dulu, alah bisa, tegal biasa... Nak malu pun ada tempat sepatutnya, bukan untuk belajar. Memang malu dan mengaibkan jika mereka boleh, tapi kita masih bercakap bahasa Melayu yang tunggang terbalik... makin rojak jadinya... Tanyakan pada diri, salah siapa?

Ustazah Balaghah pernah soalkan dalam kelas pada suatu hari, siapa penulis yang kamu minat? Apa yang kamu baca? Gaya penulisan siapakah yang kami minat? Aku menikus. Hendak dijawab, mulut seakan ada kayu mengekang, sukar nak bercakap, aku jawab pada diir, hahaha, akhirnya kata ustazah, apa kamu buat sepanjang hari??? Soalan untuk diri aku, apa aku buat? Adakah aku hanya tidur??? Wallahu’alam.

22 November 2008

22 November 2012

APA ENTAH AKU TULIS???
Assalamualaikum, apa nak tulis pagi-pagi Sabtu ni? Akal tersengkak, bukan banyak berfikir, tapi tak diajar berfikir...

Semalam, jumpa kawan-kawan lama, buat aku berfikir sejenak, aku sangat tak mengenali kawan-kawan, mereka suka bertanya aku akan latar belakang sedangkan aku tak mengenali mereka. Aku suka dengar mereka bercerita, dari satu kisah ke satu kisah.. walaupun aku tak banyak mencelah, aku suka menjadi pendengar...

Sekilas memandang wajah sahabat, dalam suka berselindung duka yang dikaburi kegembiraan. Mereka tabah hadapi warna hidup, bukan seperti aku yang suka mengeluh... SUARA HATI...

Aku nak kongsi cerita semalam, betapa Tuhan mampu lakukan apa sahaja.. Sejak azali, dah maklum aku memang pelupa. Aku ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang.. terbaca di situ tertulis, jaga telefon bimbit anda, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan... Usai membayar pada sangkaanku, tentulah telefon bimibit aku letakkan dalam poket beg yang aku sandang, maka aku pun beredar...

Sambil berjalan, hati sedikit keliru, benarkan ada dalam simpanan aku? Rupanya aku tertinggal... Tuhan, aku cuba bertenang... seperti tak ada apa yang berlaku, begitulah aku selalunya, kadang dilihat seperti tak punya perasaan, hehe... dah perangai aku memang bergitu... Berpatah balik aku tanyakan pada si juruwang di situ, katanya tak nampak.. Kecewa, aku menapak pulang.

Usai Maghrib, aku luangkan masa untuk bersama kawan-kawan lama walaupun pada mulanya aku tak berhasrat untuk menyertai. Bagiku, ini satu cara supaya aku tak meraung di katil dan terus tidur... (Aku selalunya akan tidur bila rasa otak dah tak betul, ataupun berlama-lama di dalam bilik air bersama-sama deruan air bercampur lakrima yang kel uar daripada mata aku) hehe.. Terima kasih sahabat, lupa pada persoalan telefon bimbit aku seketika. Aku makan percuma, memang tabiat, menumpang makanan orang lain...

Selepas makan, mereka mengajak aku ke kedai tadi sekali lagi, aku mengikut, tanyakan sekali lagi... ALHAMDULILLAH, telefon itu ada dalam simpanan mereka... Lihatlah, aku yang cuai dan suka bersikap tak endah, beginilah... Pagi tadi, pendrive pula aku lupa di mana aku campak, hehe.

p/s: Sekiranya nak buat sesuatu, jangan kalut dan berjaga-jaga.. Jangan sampai barang hilang, memang kehendak Tuhan yang jadikan semu benda itu terjadi, tapi kita kena berusaha untuk mencegahnya daripada terjadi.. Moral cerita, jangan jadi macam aku. ("_") Nasib baik tak tidur ataupun membazirkan air mata, buang masa betul...

SAHABAT PENGUBAT LARA

Semakin cuba dikenali,
Perkenalan itu perlukan aku lebih mencari,
Semakin dicari,
Semakin banyak yang perlu diterokai,
Sahabat,
Dalam aku mengulit impian sendiri,
Taaruf,
Tafahum,
Takaful,
Belum sempurna aku hadami.
Kamu memberi gembira,
Saat hati menangis duka,
Memberi senyuman di bibir,
Menyah sendu di dalam,
Terima kasih sahabat,
Aku hargai kalian,
Mesti tak terlafaz bicara,
Hati mengia.
Maktabah
22-11-2008
9-15 pagi


PENGUMUMAN
Assalamualaikum, aktiviti pagi Sabtu, mengadap komputer di maktabah hingga kesejukan.. hehe,

Sukacita aku maklumkan di sini bahawa aku ada menyediakan perkhidmatan menyewa buku bagi pelajar-pelajar Pusat Asasi Nilai. Untuk itu, aku menyediakan laman khas bagi merealisasikan impian ini... Ini dia. Nak tahu bolehlah buka laman yang aku baru bina ini dan belum banyak entri yang aku dapat muatkan.

Sekian, terima kasih...

20 November 2008

Sajak Ediri Rabu

Seandainya bait-bait puisi mamapu menafsir tingkahku,
Lebih aku relakan,
Jika bukan lisan aku lebih mudah dimengerti,
Biarkan mereka faham sendiri.
Aku tak mampu menafsir peribadi,
Tak bisa menilai seluruh diri,
Enggan merujuk empunya diri.
Diri yang berselaput karat dosa,
Bicaranya tiada isi,
Tingkahnya bukan lahir dari hati...
20/11/2008
8:41 pagi
Maktabah CFS IIUM Nilai

19 November 2008

Nak Cari Duir

Assalamualaikum,esok Insya Allah aku akan mulakan kerja aku sebagai pembantu kedai. ("_") Nak cari pengalaman + tambah duit poket. Awal sem sekalipun poket aku menunjukkan tanda-tanda akan kering, jadi aku cari cara baru, lihat di kiosk, ada iklan untuk jawatan pembantu kedai, hehe, aku nak cuba... Kerjanya pukul 9 pagi-12.00 tengahari, dan akan dibayar tunai... bayarannya? Rahsia...Hehe, esok akan mula operasi. Seronoknya.

duit tak akan datang kalau tidak dicari, aku tak sanggup lagi seperti sem-sem lepas. terpaksa meminjam untuk beli makanan sekalipun, aku perlu belajar berdikari, aku malu nak meminta lagi pada kakak-kakak yang baik hati dan menyusahkan kawan-kawan yang sangat kaya... pemurah..

Buat semua sahabat, terima kasih banayk emmbantu aku yang suka emmbazir ni, pantang ada duit dalam tangan, suka aku belanjakan... Ada duit, boleh tambah koleksi buku... hehe, belum mula dah fikir pasal duit... Alahai Jamilah...

17 November 2008

Kelas Hari Ini

Assalamualaikum semua, hari ini tangan ini masih gatal untuk memasukkan entri baru, berkongsi apa yang aku belajar hari ini.

BaLaGhAh Al-ArAbiYaH
Ustazah cuma sentuh pengenalan kepada balaghah, apa sebenarnya balaghah dan kenapa kita perlu belajar balaghah. Masih hangat dalam kepala walaupun ada yang sudah terbang entah ke mana, walaupun baru belajar pagi tadi... Kita sedar atau tidak sebenarnya kita gunakan perkataan balaghah ini dalam kehidupan seharian. Tak kiralah dalam bahasa apa sekalipun. Aku turunkan contoh; "Hang, awat yang macam singa hari ni?" Ini contoh paling mudah. Perktaan ini mengibaratkan seseorang itu bagai singa, untuk menjaga hatinya, agar tidak tersinggung. Menarik kan? Penerangan ustazah agak ringkas, menyentuh sedikit cuma.. Sebelum belajar balaghah, perlulah dahulu mempelajari nahw wan sorf... untuk mengetahui keadaan perkataan dan kedudukan ayat. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cabang arab ini punya kaitannya. Tak sabar nak tunggu apa yang diplajari seterusnya..

Ilmu balaghah dibahagikan kepada tiga bahagian, ilmu ma'ani. ilmu bayan, dan ilm badi'...

Inilah serba sedikit yang melekat dalam otak aku...

Introduction to Critical dan Creative Thinking

Melihat subjek pun seakan dapat meneka apa yang akan dipelajari. Berfikir... Tapi kritis dan kreatif..
Mulanya brother bertanyakan akan makna "thinking". Dengar seakan mudah, payah pula untuk dilafaz... antara jawapan yang diberi..
• a process
• solve the problem
• searching the truth and deny the false
(Inilah yang tercapai akalku sekarang...)

Brother minta kami berikan ayat al-Quran yang menerangkan tentang berfikir.... "thinking"
• افلا يتدبر ون القرآن
• افلايتذكرون

Ini perkongsian yang aku suka tentang brother, suka kaitkan apa yang dipelajari dengan ayat al-Quran... Perbincangan diiteruskan lagi dengan gambaran apa yang akan dipelajari...Brother berikan satu contoh ayat...

"You watch is so beautiful"

Pemikiran kritis tidak melihat apa yang diucapkan cuma, tetapi merangkumi makna yang terselindung disebalik kalam kita.. Jawapan atau interpretation yang diberikan mungkin..
• You look so beautiful (pemikiran lelaki)
• To praise (pemikiran perempuan)
• I want to get it
• My watch is not beautiful asa yours.

Begitulah sdikit sebanyak yang dapat aku kongsikan.. Maaf kerana bercampur aduk dan bahasa yang tunggang terbalik. Aku cuba luahkan apa yang aku rasa, ingat dan fikir. Susah benar mulut ini untuk mewakili aku...

Warkah Pendek Dari Aku

Tuhanku,
Tangan mencatat ini adakah dalam redamu?
usah biarkan murkamu mengiringi hariku.
Tuhanku,
andai ada salah yang tak aku lunasi,
pasti banyak janji aku tak penuhi,
betapa susah aku diri sahabat aku hampiri,
doaku tetp tulus buat kalian,
penerus prjuangan,
Sahabat,
kitalah yang mengaku mahu memakmurkan bumi,
menyuburkan alam,
namun,
lihat sekeliling....
APA YANG ANDA LIHAT???
APA YANG AKU BUAT???

16 November 2008

Aku Terima Nikahnya

Aku agak terlambat memiliki buku Ustaz Hasrizal, “Aku Terima Nikahnya”, dan alhamdulillah, berjaya juga mengunyahnya walaupun pada pembacaan pertama aku tak lancar, berhenti di tengah jalan. Aku ulang baca, baru terasa aura buku tersebut. Melihat tajuknya seakan sebuah buku santai yang mungkin memuatkan kisah-kisah pengalaman orang berkahwin. Namun aku salah. Mengulatinya baru aku dapat inti sebenar buku ini.

Permulaannya menceritakan pengalaman Ustaz Rizal perkahwinan beliau dengan isterinya. Tak pernah kenal, berkahwin, sekarang sangat bahagia. Falsafah hidup beliau, Erti Hidup Pada Memberi benar-benar membahagiakannya. Beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk kehidupan perkahwinan mereka, kerana bagi beliau perkahwinan bukan aku kau, tapi kami kita. Perlu saling memahami.

Nak tahu antara sebab kes penceraian makin bercambah? Alasannya JEMU. Namun diterjemahkan dengan ayat yang pelbagai, pandai benar berdolak-dalik. Ada satu istilah yang beliau gunakan amat menyentuh rasa. “Dosa Semalam.”

Apa maksudnya???

Contoh yang diberikan apabila pasangan yang pernah ringan-ringan sebelum berkahwin, kini sah sebagi suami isteri. Apabila si suami out-station, mulalah sangkaan buruk menyerang akal. “Suami aku ni, kalau dulu senang je ngan, aku agaknya sekarang sedang melayan perempuan lain.” Manakala si suami pula, begitu juga andaiannya pada si isteri. Bagaimana rumah tangga nak aman sekiranya itu yang berlaku. Ini kerana DOSA SEMALAM. Tuhan bayar tunai di dunia. Kata Ustaz, jika suami memiliki isteri yang meredai pemergiannya untuk berjuang, maka ia akan memiliki suami yang keluar berjuang tetapi hati sentiasa ingat untuk dekat dengan isteri,namun jika suami memiliki isteri yang mengikat kaki suami daripada keluar berjuang, lihatlah, suami itu akan sentiasa mencari jalan untuk tidak berada di sisi suami.

Ada juga pengisian yang diselitkan, diari seminggu Ustaz Rizal, sebagai suami, ayah, pendakwah... Bagaimana beliau uruskan hidup, membacanya membuatkan aku semakin teruja dengan kata-kata yang entah aku terjumpa di mana, hanya orang yang sibuk tahu betapa bernilainya masa lapang, tetapi mereka yang tidak sibuk sering membazirkannya begitu sahaja.

Nak lagi? Kenalah nikmati buku ini dahulu. Aku sarankan pada remaja terutamanya yang belum berkesempatan membaca Aku Terima Nikahnya, elok mencarinya, banyak panduan berguna untuk kita layari kehidupan hari depan, menempuh alam pertunangan, perkahwinan, seterusnya penambahan bilangan ahli keluarga. Ini perkongsian pengalaman Ustaz sendiri, lebih bermakna tentunya. Usah bandingkan harga dengan nilainya, jika kasut di kaki boleh mencecah RM40, buku ini tidak sebegitu. Bahasanya agak santai dan mudah, dan aku rasakan bukan sedang membaca tapi sedang disampaikan oleh Ustaz sendiri. Nak tahu, cubalah!!!
*Gambar buku ini aku dapat setelah geledah google...

RINTIH SEORANG AKU BILA MENCECAH JAM 12

Di celah-celah daun buku,
Ku temui semangat menerus langkah lesu,
Mendaki puncak jaya,
Sama macam dia.

Di balik batang-batang kata tersusun rapi,
Aku cari bekal penerus hari,
Agar langkah tak pincang lagi,
Ditemani bekal di hati.

Bukan ulat buku aku mahu jadi,
Gila baca pun belum aku kecapi,
Sedikit ilmu dikongsi kini,
Temanku, tegurlah jika sudi.

Takut aku bermain kata-kata,
Pincang lidah tiada ubatnya,
Mampukah aku menahan derita,
Sepanjang usia.

16/11/2008 0:48:56
A-3-12
MUSA, BANDAR BARU NILAI N9.

Coret-coret Pagi Minggu

Assalamualaikum, Alhamdulillah di awal sem begini aku punya banyak ruang untuk menyentuh papan kekunci, mereka ayat-ayat, menyusun kata, mahu muatkan sesuatu di blog yang terbiar setiap kali aku bercuti di kampung. Seminggu di sini, aku dapat rasakan aura lain berbanding sem lepas yang berjaya juga aku lalui walaupun tidak sepenuhnya cemerlang. Ada kegagalan ingin tumpang berteduh, mahu beri aku peluang koreksi diri, alhamdulillah. Bagi aku yang sering main-main, kegagalan itu amat bermakna, yang aku anggap sebagai turning point yang ALLAH berikan agar aku sedar siapa aku sebenarnya. Sebenarnya banyak turning point yang ALLAH bagi, namun mungkin aku terlalu lalai hingga abaikan ia.

Diriku, Usah ditangisi sekali gagal menjengah, beri ia peluang, sebagai ingatan, sebagai tazkirah buat diri yang leka, namun baik juga jika aku berjaya mengawal diri dan kejayaan sentiasa menjadi milik aku, dengan izin ALLAH... Hanya orang gagal yang tahu manisnya kejayaan. Hanya orang jatuh yang tahu nikmatnya pabila berjaya bangun kembali, dan hanya orang sakit selalu menyedari berharganya nikmat sihat. Begitulah diri ini selalunya. Sepatutnya aku perlu menerima segala di depan mata, ketahuilah diri, ALLAH teramat suka mereka yang bersabar. Sesungguhnya sesuatu tak akan berlaku tanpa sebab dan alasan tertentu, setiap yang ALLAH beri ada fungsi, ada sebab.

Jalan-jalan di rak buku Maktabah petang semalam, aku terjumpa sebuah buku. Agak nipis namun sangat padat. Buku motivasi. Sudah lama aku tak menyentuhnya, lebih suka membelek novel-novel... Judul bukunya, JANJI DIRI POSITIF, tulisan Alias Hj muda... Belum selesai aku baca namun aku suka sebab bahasa yang ringkas dan sangat mudah difahami, tapi perlu kekuatan dalaman untuk mempraktikkan. Secara amnya, setakat aku baca, buku ini menceritakan betapa pentingnya perkataan positif kita tanamkan dalam diri. Bagaimana mahu menanam perkataan positif dalam diri? Betapa banyak perkataan negatif menyerap dalam urat nadi kita saban hari tanpa kita ambil cakna? Perkataan negatif inilah yang membentuk keputusan kita sehari-hari sampaikan kita jadi terlalu pasif. Dan mungkin pesimis dengan hidup.

Sebelum aku rehatkan jemari seketika, ingatlah duhai diri yang membaca, sesungguhnya perkataan negatif banyak membunuh potensi diri, berhati-hatilah. Keadaan tak mungkin berubah jika diri sendiri tidak bergerak untuk mengubahnya. Percayalah pada Keagungan dan Rahman serta Rahimnya... Sesungguhnya mereka yang paling bijak bukan yang paling banyak ‘A’, namun yang paling banyak mengingati MATI...

14 November 2008

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS
Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus.

NUSUS
Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini?
Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini:
قول طرفة بن العبد:
نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر
طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil al-muallaqat. Apa dia? Tunggu, aku belum sentuh tajuk ini.
Ini antara syair Arab yang gunakan perkataan Adab, nak tahu maksudnya? Tak perlulah aku terjemahkan keseluruhan syair ini, yang penting dalam syair ini Adab yang digunakan oleh masyarakat Jahiliah maksudnya Orang Yang Mengajak Makan. Ada pula dalam النثر yang mengandungi perkataan Adab.... عتبة بن الربيعة berkata kepada anaknya Hind (nama ini amat popular ketika itu, namun bukan kerana filem Hind dah wujud pada ketika itu.) ketika meyifatkan Abu Sufian yang telah menyuntingnya.:
يؤدب أهله ولا يؤدبونه" "
Maka Hind pun menjawab: "إني لآخذه بأدب البعل"
Perkataan Adab di sini membawa maksud التهذيب atau dalam bahasa Ibunda memuliakan...
Manakala setelah Islam datang, perkataan Adab yang digunakan membawa erti التهذيب و التربية. Dalil yang membuktikan perkara ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW, "أدبني ربي فأحسن تأديبي"
Hadis ini berdasarkan asbab wurudnya iaitu apabila Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah SAW, mengapa kita daripada rumpun yang sama (Cucu Abdul Mutalib), tapi kamu mampu bertutur dalam bahasa sehingga aku sendiri tidak memahaminya. Maka Nabi menjawabnya sebagaimana hadith di atas. Maksudnya Tuhanku telah mendidiku dengan sebaik-baik didikan. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah dibesarkan di kalangan Bani Saad, Arab Badwi yang tinggal di perkampungan yang mana Bahasa mereka belum bercampur aduk. Ini satu kelebihan kepada baginda kerana dapat belajar bahasa arab yang belum tercemar. Sebagaimana kita orang Melayu, bahasa di pedalaman lebih asli daripada KL yang telah bercampur bahasanya, ada bahasa Inggeris dan bahasanya kadang menyakitkan telinga mendengarnya.

Dan sekarang kita menggunakan perkataan Adab yang membawa maksud sastera secara mudahnya, bukan lagi maksudnya orang yang mengundang orang lain makan, atau mendidik. Makna Adab yang kita gunakan ialah التعبير بالفظ الجميل. Iaitu kita menerangkan sesuatu menggunakan bahasa yang cantik, sama ada syair atau النثر.

Wallahu’alam, inilah sedikit perkongsian yang dapat aku berikan tentang apa yang telah aku pelajari semalam. Aku belum sempat untuk membuat catatan tentang subjek BMW, insya ALLAH, aku akan usahakan. Sekiranya ada kesalahan, tegurlah, aku ini manusia yang sentiasa melakukan kesilapan, namun daripada kesilapanlah aku belajar mencari kebenaran. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat, aku tak pandai berkongsi menggunakan lisan, tulisan ini sebgai gantinya, Insya ALLAH. Teringat kata-kata, harta semakin dibelanjakan, hakikatnya makin berkurang, namun sebenarnya pahala bertambah,namun ilmu semakin dikonsi makin bertambah kefahaman, makin cepat lekat di ingatan, insya ALLAH.

Kendi Ilmu

Bertahun menadah kitab,
Takat manakah kendi ilmumu?
Masih seperti dulu,
Hamper separuh penuh,
Kering?

Kendi itu tidak terisi,
Andai qalb tak diikhlasi,
Hanya A diperolehi,
Berkat tak menyertai.

Awal awal itu niat,
Busuk niat,
Rosak amal,
Bertul niat,
Harum, dapat apa dihajat.

Isilah kendi ilmumu,
Selagi roh belum tercerai,
Nadi belum terputus,
Bekal hari depan,
Menjawab di depan Tuhan.
Kendi jangan hanya disimpan airnya,
Kongsikan,
Tak akan kontang,
Malah makin bertambah,
14/11/2008 7:42:16

Hikmat Kegagalan

Lihat si anak kecil,
Tidak mengenal putus asa,
Bertatih,
Jatuh tersungkur,
Tak menangis,
bangun kembali,
Kembali bertatih,
Sampai berlari

Tapi mengapa duhai remaja?
Sekali gagal menumpang lalu,
Busuk mulut menyeranah,
Langsung tak dilihat pada diri,
Disalah sekeliling.

Kitalah dulu si anak kecil itu, duhai remaja,
Tapi kita lupa sejarah diri,
Kita anggap hanya kejayaan milik kita,
Usah gagal hinggap.

Tanpa kegagalan,
Apan erti sebuah kejayaan,
Kejayaan sesudah kegagalan adalah,
Keyaan termanis.

Duhai remajaku sayang,
Langkah terus ke depan,
Hari lalu itu sejarah,
Tapi,
Sejarah usah dilupakan,
Takut merana di hari depan.

12 Nov. 08
A-3-12

18 October 2008

Catatan Ringkas

Assalamualaikum sahabat semua, terima kasih kerana menjenguk blog aku. Harapnya kalian tak bosan melihat entri yang hanya memuatkan sajak-sajak ini. Aku lebih selesa menulis dalam bentuk sajak -walaupun bahasanya yang biasa-biasa cuma, kurang puitis- aku puas dapat meluah apa yang aku rasa. Bagi aku ini lebih menarik berbanding menulis panjang-panjang, tentu mengambil masa untu menekuninya... Tapi terpulanglah, panjang bermanfaat bagus daripada pendek tak ada apa-apa. Hari ini merupakan peperiksaan kertas terakhir bagi aku dan Insya Allah esok aku akan berangkat pulang.


Doakan keselamatn aku. ... Balik Kedah tentunya..

16 October 2008

Kejutan Sulung Buatku

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang diingati fillah...

Terima kasih atas kejutan semalam. Aku memang tak menjangka kerana hari lahir aku sudah hampir dua bulan berlalu. Aku tak mengharap sebarang sambutan dan hampir tak pernah menyambutnya selama hayatku... Kecuali ucapan... dan pemberian hadiah... Aku segan bila orang sambut atau menyambut... Terasa akan diri yang menginjak tua dan masa MATI itu terlalu hampir. (Bukankah kita memang kena ingat mati???)

Segalanya bermula pagi semalam....

Kawan aku tersilap hantar mesej, nak diberi kepada sahabat lain, terhantar pada aku... kata nak sambut hari lahir aku... Dengar pun aku dah jadi tak keruan. Pandai pula dibuat helah, katanya tak jadi nak sambut, kononnya tak ada duit... Aku menarik nafas lega, kerana aku sedikit rimas jika diberi kejutan, yang menyebabkan aku seperti insan yang tak punya reaksi...



Petang itu aku ajak dua daripada mereka ke bilik, menyiapkan sedikit kerja. Katanya lepas Isyak mereka sampai... Okey, aku tunggu, sebelum Isyak mereka dah sampai di bilik, salah seorangnya memakai baju kurung... Pelik sedikit aku... Selalaunya t-shirt sahaja yang disarung bila ke bilik aku... Tak apa, aku diam.. Aku kata, bukalah tudung, tapi dia tak nak... Otak yang nakal ini bekerja sedikit, tapi buat macam orang yang tak mengerti apa-apa... Datang seorang lagi sahabat, tapi dia buat acuh tak acuh... Sibuk membaca cerpen yang aku tinggalkan di atas meja di bilik belajarku... Aku tak kisah, mungkin dia penat..

Kami teruskan kerja. Dia tak membantu, sekadar membaca, Hampir jam menginjak 9 malam, dia minta undur diri, katanya mahu baca sesuatu. Masih acuh tak acuh, aku yang mudah sedikit tersentuh jika diperlakukan begitu, mula bergenang air mata, bertakun sedikit di tubir mata... Husnuzzan... Mungkin dia ada masalah... Dengan emosi yang mula berkocak sedikit, aku teruskan kerja.. Dengan mata yang seakan mahu hujan. Aku kuatkan diri, tahan juga... Mana boleh tunjujkkan kelemahan ini di depan sahabat aku yang seorang lagi... MALU... Hahaha..

TIBA-TIBA......

"Selamat hari jadi..."

Mereka masuk dengan menatang sebuah kek pisang dan di atasnya terletak lilin...

"Argh, apa semua ini."

Aku terkedu di tempat sendiri. Pura-pura tidak mengerti dan mahu meneruskan kerja... YA ALLAH, aku tak pernah minta semua ini.... Tak pasal-pasal rakan sebilik menyangka semalam hari lahirku....

Dipendekkan cerita, aku dan seorang lagi sahabat diraikan dalam majlis yang akan aku ingat, Insya ALLAH ada dalam ingatan jangka panjangku... Berapa banyak yang kalian habiskan untuk semua ini???



Terima kasih atas segalanya... Makanan, minuman kek yang sedap.. Dan hadiah sebelum ini... Aku beruntung punya sahabat seperti kalian...
Maaf pada permulaan aku seperti tak punya perasaan. Terkejut dan terharu, tapi aku masih mahu berpura-pura...
Semoga kalian berjaya dalam hidup, walau apa yang kalian lakukan..
* Nota: Sahabat-sahabat ini ialah Wana, Ainul, Ina, Nadia dan Che Hair... Juga yang turut diraikan MY...

SEMOGA KALIAN DILINDUNGI TUHAN

15 October 2008

Siapa Tajam?

Mana satu lebih tajam?
Pedang?



Tulisan?
Lisan?



Katanya,
Pedanglah paling tajam,
Mencantas kepala-kepala tanpa amaran,
Memotong kebatilan,
Menegak kebenaran.

Tapi,
Kataku,
Mulut itu lebih tajam,
Helahnya membuat musuh terlena,
Kawan cabut,
Mulut tak terdidik,
Anggota jadi gedik.
Tulisan itu lebih tajam,
Tanpa suara,
Barisan kata,
Membenamkan kepalsuan,
Tulisan bukan insani,
Yang sering bertopeng,
Tulisan itu kebenaran
Mesti ada yang cuba selewengkan.

MAKTABAH
15 Syawal 1429

14 October 2008

Muhasabah Usai Imtihan

Assalamualaikum,
Apa yang paling menggembirakan aku?
Dah tamat imtihan?
Apa yang menyedihkan?
Nak tunggu keputusan.
Kutanya pada diri,
Untuk apa belajar setiap hari,
Kataku KERANA ILAHI,
Tapi hati kata bukan,
Aku belajar esok periksan sampai hari,
Aku belajar kerana Periksa???
Aku kata aku belajar kerana ALLAH,
tapi aku tak amal apa yang aku belajar,
Aku nak lulus cuma,
Betul tak niat aku,
Diriku,
Matlamat tak menghalalkan cara,
Niat belum cukup,
Pelaksanaan perlu mantap,
Bekalan kena cukup,
Belajar kena hari-hari.
Cubba fikir,
Apa jadi belajar hari ini,
Esok periksa meniti,
Melekat tak ilmu di hati?
Tanyalah diri sendiri,
Yang punya jawapan....
Lantas kerana persoalan ini,
Ku pujuk hati,
Biar apa aku dapat,
Reda meniti bibir,
Semak persediaan sebelum ke dewan peperiksaan,
Di mana niatku sebenar,
ILMU???
IMTIHAN???
Jangan matlamat lain,
Tingkahnya lain....

Mencari Cinta

Ingat Cinta,

Ramai yang tahu menyebut,
Tapi,
Sebut cinta,
berapa ramai yang tahu apa disebut.


Apa itu CINTA?
Cintakan
Ilahi
Nanti
Tenteram
Akhirat sana.

Tapi kini,
Siapa hirau rasa cinta,
Katanya cinta lesen bersama,
Cinta boleh makan, duduk bersama,
Kasihan,

Menangis cinta disalah guna.
Sesuci cinta,
Moga aku dapat hayati maknanya,
Tak ingin ku khianati cinta,
Bimbang tak dikenali di sana.
Moga cinta mendekatkan aku dengan kekasih,
Kekasih yang dirindu saban ketika,
Kekasih belahan jiwa,
Allahumma solli 'ala Muhammad,
Semoga ada syafaat bertemu denganmu,
Kekasih kita semua.
Maktabah,
14 Syawal 1429
02:11p.m
Di manakah cintaku???

Resah

Hati enggan bicara,
lidah Kelu tanpa suara,
akal Tak punya idea,
Di Mana yang dekat Di mata,

tuhan,
Dekatkan Kami Keranamu...

12 October 2008

Tulis-tulis Pagi Ahad

Assalamualaikum... hari-hari minggu, walaupun dalam minggu peperiksaan, tangan ini tetap gatal mahu melakarkan sesuatu untuk meluah rasa... Alhamdulillah, dah berlalu tiga peperiksaan, hanya dua... KITABAH dan Intro 2 HS... Yang paling tak sabar menanti peperiksaan intro 2 HS kerana ini adalah kertas terakhir untuk sem ini... Bukan rindu namun aku tak mahu mengingati sem ini... Jangan ditanya mengapa dan berharap apa-apa yang berlaku dalam sem ini banyak yang akan terpadam daripada memori aku... Bunyi seperti orang yang putus asa... Bukan... banyak benda yang aku tak mahu kenang dan aku tak akan nyatakan...

Tuhan,
benarkan pena ini terus menari di dada kajang,
Ingin aku ungkap segala luahan rasa,
yang tak bisa terluah bicara..

Tuhan,
tetapkan kami di atas jalan perjuangn ini,
Teguhkan hati ini,
teguhkan anggota kami,
teguhkan perjalanan hari-hari kami,

Tuhan,
Berikan kami kami hidayah,
Berikan kami kebenaran,
Berikan kami jalan keluar segala masalah.

Tuhan,
Engkau sebaik-baik tempat untuk kami mengadu resah,
Tenangkan hati kami Tuhan,
Buangkan mazmumah kami,
Kekalkan mahmudah kami...

ALLAHUMMA SABBIT QALBI 'ALA DINIK...

Tuhan,
Kami merancang,
Namun,
Perancanganmu lebih utama.
Semoga kami reda,
Walau apa yang terjadi,
walau apa kami lalui...

CORETAN PAGI AHAD.
12 syawal 1429
maktabah CFS IIUM NILAI.














ADAKAH SENJA ESOK BUAT AKU

26 September 2008


Assalmualaikum... Cepat benar masa itu berlalu meninggalkan aku.........

MInggu depan nak balik kampung...

sangat tidak sabar..
cuti selama seminggu.

22 September 2008

APA YANG DITUNGGU???


Tunggu nak raya?
Tak Sabar nak balik?
Nak habiskan cepat exam final?
Ramadan dah nak habis..
Dah muhasabah?
Cukup tak tarawih?
berkesan tak puasa?
Ada tak perubahan?
Hm,
ini soalan yang kita sendiri sahaja boleh jawab..
Salam mujahadah di akhir Ramadan...
Datangnya belum tentu kita brsama tahun hadapan,
tak siapa tahu rahsia Tuhan...

20 September 2008

Segenggam Tabah




Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
* Lagu yang sesuai dengan mood aku sekarang.. Boleh mendatangkan semangat jika dihayati maknanya...



Cubaan



Cuti seperti ini, aku ambil peluang mengemaskini yang agak lama terbiar tanpa entri terbaru... Bukan sibuk sangat namun, aku tak dapat mencari ruang yang sesuai kerana maktabah di sini dipenuhi pengunjung...

Aku mahu mencuba sesuatu yang baru.. memblogging menggunakan wordpress.com. Mahu membandingkan mana lebih menarik...
melawatlah... http://hadiqahjamilah.wordpress.com




PERSONAL NOTE- 20 RAMADAN 1429



Kesihatan yang agak kelam kabut minggu ni. Penyakit yang bersarang seakan turut mahu meraikan aku dalam bulan Ramadan ni. Alhamdulillah, segalanya kmbali seperti biasa. Gusi yang telah bertahun sakit ni(menyerang pada masa tertentu) menjadikan aku sedikit kurangt selesa. SMS pada sahabat, temankan ke klinik... Apa doktor boleh buat, aku ke klinik biasa, bukan doktor gigi, diberi ubat bengkak dan tahan sakit. Akak nurse siap tanya bila nak makan ubatnya kalau dah puasa.. Tak jadi masalah kan, tak semestinya kena ikut je arahan ubat tu. Bisa diatur... Mental juga yang tiada persediaan yang cukup menghadapi minggu ini, agak berserabut... Mungkin kerana gusi yang sakit itu, kepala tak berhenti berdenyut... bukan sakit, malangnya ku jadikan itu alasan untuk bermalas. Astaghfirullah.... Hari Khamis aku berpernag dengan diri sendiri. Mahu ke kelas atau tidak.. Bukan sakit sebenarnya rasa kebas je... Akhirnya melangkah juga kaki ke kelas, walaupun mental bukan sepenuhnya di situ... Jumaat, habis kelas komputer, aku tak menuggu sesiapa pun. Hajatnku Cuma satu. Dengan kepala yang berlagu rancak aku rebahkan badan, santak Zohor, bangun menunaikan kewajipan ini... Perasaan belum stabil, aku kunjungi rakan sebelah, mencari kewajaran dan mahu bertanya sebenarnya, wajarkah kaki ini ke klini lagi... Ah, susahnya mulut mahu menutur, meluah akan rasa... Lambat, walaupun terluah juga akhirnya... Katanya dia ada ubat demam... Hm, terima kasih, aku sendiri tak pasti betul demam atau hanya satu perasaan kerana MALAS.

Aku ajak seorang Teman ke klinik lagi, Haha, mahu menambah koleksi ubat yang ada. Sememangnya aku spesis yang suka makan ubat... Sekejap sahaja nama aku dipanggil.

Dr: Hm, kenapa?
Aku: Rasa macam nak demam, dah tiga hari kepala asyik berdenyut.
Doktor itu memeriksa dahi, ingin kepastian.
Dr: Hm, tak demam pun. Ada makan ubat ke, panadol, semalam.
Aku: Tak ada, tapi makan ubat untuk sakit gigi.
Doktor mahu tempat yang aku katakan sakit itu. Mengangalah aku, memberi ruang pada doktor...
Dr: Ni kena jumpa dentist, dah teruk. Mungkin kamu rasa demam kerana jangkitan. Sebab gusi yang sakit tu.
Hm, akhirnya bertambah lagi koleksi ubat, dubekalkan antibiotik untuk aku.. Bukankah aku dah cakap, kamu yang mengada nak jumpa doktor. Bukan apa, aku tak selesa kepala yang sentiasa berdenyut, aku jadi bad mood... Rasa nak tidur... Insya Allah. Mungkin aku yang berfikiran negatif...
“Apakah patut kamu katakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”
• Cuba kau fikirkan, ramai lagi yang sakit macam-macam, teruk dan menderita, boleh bersabar, sedangkan kau? Renung-renungkan wahai diri...

Hari Ini
Alhamdulillah, rasa bertenaga dan semangat nak teruskan hari ini. Tinggalkan semalam yang menyedihkan. Hari ini aku bersemangat, maklumlah cuti...Semoga aku diberikan kebarakahan dalam meniti hidup. Sesungguhnya aku tak dapat mengjangka masa depan, namun aku perlu merancang masa depan.... Aku senidir tak nampak sangat... Walau apa sekalipun, semua yang ditimpakan sebenarnya aku mampu hadapi, mungkin aku yang tak kuat untuk menghadapi..



“mari kita kejar 10 malam terakhir.... Mencari malam al-Qadr....”

MINGGU AKHIR RAMADAN


Ramadan melangkah ke minggu-minggu terakhir.
Sibuk buat kuihkah kita?
Tukar langsir baru,
sarung kusyen,
perabut...
Sampai kita lupa...
Minggu ini untuk rebut janji Tuhan..
Lailatul Qadr yang ALLAH rahsiakan bila..
Tak siapa tahu,
Yang mengalami tahu rasanya.

"Ku mengharap kan Ramadan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sem,purna,
Ku memohon pada Tuhan,
Diterima amalan..."

Benarkah Ramadan ini membawa erti,
Jujur kataku,
Ramadan ini sangat bermakna...
Rumah dekat dengan masjid...
Aku takut,
Ramadan tahun depan bagaimanakah?
Ya ALLAH panjangkan usia kami dalam keimanan...

Seputar Aktiviti



Assalamuaikum, hari ini aku nak berkongsi beberapa peristiwa yang berlaku seputar hidup aku minggu lalu.

Bengkel penulisan Kak Fatimah Syarha
Hari Ahad, aku bersama seorang sahabat yang punya minat sama ke IIUM Gombak menghadiri satu bengkel penulisan novel, bersama Kak Ha (Kak Fatimah Syarha Noordin) Sesaat ternampak wajahnya, subhanallah, cantik ciptaanmu, betapa dia suka tersenyum dan sangat manis. Aku terpaku sebentar, akhirnya setelah membaca novelnya : “tautan hati” aku dipertemukan dengan penulisannya, untuk berkongsi ilmu..Kak Ha banyak menekankan motivasi dan persediaan kita sebagai dai’ ilallah. Antara mereka yang terpilih dan mereka yang diberi bakat untuk dimanfaatkan pada jalan ALLAH. Bakat itu bukan untuk disimpan tapi fikirkan bagaimana untuk menarik orang-orang di sekeliling kita. Jika kita baik, tentu kita nak mak kita juga baik, tapi bagaimana nak mennarik orang tua supaya beliau tak terasa dengan kita? Itulah adanya kreativiti.

Cuba bayangkan seandainya kita menulis novel tentang kehidupan remaja yang rosak, kepincangan tanpa menyediakan jalan keluar bagaimana kita mahu membetulkan masyarakat. Apa yang kita tulis boleh menjadi saham dan boleh juga mejadi sebab kita tercampak ke dalam neraka. Apa maksud aku? Bayangkan kita menulis tentang cara mencuri, dan orang ikut. Tentu saham kita sentiasa bertambah... Bukankah jika kita mengajarkan kebaikan dan mereka mengikut apa yang kita tuliska, sahamnya sama seperti amalan yang mereka lakukan dan begitu juga sebaliknya.,
Jika kita jelas tentang Islam tak payah untuk kita menggerakkan mata pena, yakin pada pertolongan ALLAH dan gerakkan mata pena sekarang.. Jika tak mampu ucapkan “la haw la wa la quwwatailla billah” DIA akan menolong kita...
Mulakan hari ini, mari sama-sama kita meriahkan dunia penulisan sekarang dengan bahan penulisan islami yang boleh mendidik masyarakat lantas meninggalkan bahan cinta palsu yang meloyakan.

Motivasi Amin Idris
Pagi sebelum bengkel dimulakan, kami dihidangkan dengan motivasi yang disampaikan oleh Amin Idris. Sangat bersemangat dan sentuhan yang seringkali mengujakan. Aku memang begitulah... Semasa di tempat ceramah semangat dan rasa nak buat semua, dah habis hilang semua..

Ceramah Nuzul al-Quran
Tadi usai solat tarawih empat rakaat pihak masjid Bandar Baru Nilai mengadakan ceramah sempena nuzul Quran... Tak dengar sangat, namun konklusi yang aku dapat lakukan Kena mula semak makna bacaan al-quran dulu, baru fikir yang hafaz, nak jadikan al-Quran cara hidup.. kalau tidak sampai bila-bila tak bererti. Kata ustaz, kalau tak ada terjemahan al-Quran itu satu aib, lainlah kalau memang Bahasa Arab kelas 1...Itu je yang aku dapat.. Sekarang ayat-ayat al-quran hanya jadi perhiasan di dinding atau hadiah perkahwinan, lupakah kita yang al-quranlah rujukan nombor satu.


12 September 2008

IFTAR ^ IFTAR & IFTAR


Di mana nak iftar hari ini?
Soalan cpu mas di bulan Ramadn ini,
Masjid,
Restoran makanan segera,
Hotel,
Kedai mamak,
Tepi jalan.
Macam-macam.
Di CFS aku,
Saban hari,
Atur masa,
Hari ni iftar ini,
Esok di situ,
Lusa persatuan ini,
Tulat ada lagi.
Berbayar @ tidak,
Itu yang membezakan,
Hakikatnya,
Iftar amat meriah,
bila bersama berjamaah,
NAMUN,
Jangan sampai makanan tak terjamah.
Mulakan iftar dengan doa,
Kurma,
Maghrib,
Zikir,
Makan sedikit,
Isyak,
Tarawih,
Makan,
Tidur,
Qiamullail,
Sahur...
Jadual mula iftar hingga sahur,
Tuhan memberi rezeki...
Syukur ya Tuahn.

kekesalan tak beerti



Assalamualaikum, tergerak hati aku untuk berkongsi seuatu dengan rakan-rakan sekalian, sesuatu yang amat menyentuh rasa aku... Yang menjadi kesalahan yang aku kesali selama hayat aku.

Sahabat,
aku mengerti rasamuu,
malam kejam itu,
Aku membatu bila kau bersuara,
Aku endah tak endah,
Kau tahu tak???
Aku sendiri tak sedar apa yang aku lakukan.
Sahabatku ini,
Ada kala kita melakukan tanpa sedar,
Tapi masa tak berulang,
Perbuatanku tak dapat ditarik semula.
Aku bukan manusia baik....


*Aku dah lukakan hati seorang sahabat yang baik... Yang sanggup meninggu dan tak berkira dengan aku, tapi malam itu.... Perasaan aku terbang entah ke mana. Nak kata aku sibuk, aku tak uka menyebut perkataan sibuk, sebab ramai lagi orang yang lebih sibuk, tapi malam itu... Ah, maafkan aku sahabat.

fasa kedua dah...



Ramadan,
fasa kedua melepasi yang pertama,
Bagaimana energimu?
Makin meningkat atau tubuh bertambah lesu dan kontang...

Jangan jadikan puasa alasan,
Iftarnya makanan sekeliling meja,
Maghribnya di akhir waktu,
Subuhnya lena...

Ramadan,
Ramadan,
Ramadan,
Nikmatnya mereka yang menghayatinya penuh insaf,
Malang yang menadikannya pesa mkan..
Ramadan,
Terima kasih,
Kehadiranmu memberi kerehatan
Ketenangan
Kegembiraan.
Pantas amat 12 jam itu,
Manfaatkan,
Bukankah kala itu doa teramat mkbul,
jaga mulut,
jaga hati...
Ramadan,
Jagalah ia,
Maka Ramadan akan memelihramu pada 11 bulan lain.


Sibuk Sangatkah Kita?



Bolehkah aku nak kata aku sibuk,
sibuk assignment,
sibuk belajar,
sibuk melakukan benda yang aku suka,
Sibuk TIDUR...
sibuk mengelamun.
Aku tanyakan pada diri sendiri,
Perlukah kita kata "Aku sibuk"
Mengapa ulama dulu boleh melakukan banyak kerja,
Boleh berkomitmen dalam banyak perkara,
Boleh menuntut banyak ilmu,
SEDANGKAN AKU???
Belajar sedikit,
mengeluh banyak,
Usaha sdikit,
Mahukan marklah banyak.
Benarkah niat aku?
Betulkan usaha aku?
Barakahkah hidup aku?
Sibuk juga malas,
Dua alasan beza,
Dua virus perosak,
Orang kuat.
Tak kata dia sibuk,
Tapi kerja berjalan lancar.
Orang malas,
buat-buat sibuk.

10 September 2008

adik yang suka nonton



Masuk je Ramadan,
Salah,
Belum masuk Ramadan,
Tivi dah iklan rancangan raya,
Terlongo adik tengok,
Adik buat jadual,
Cerita menarik bulan puasa.

Adik suka nonton tivi,
kata adik,
Bulan puasa ada macm-macam drama menarik,
drama islamik,
Adik suka,

Adik aku minat nonoton tivi,
aku ajak tarawih,
Kata adik,
cerita menarik,
nak nonton tivi,
Adik lupa,
Itu tanda adik diperalat,
Media gunakan adik..

ADIK< JOM SOLAT TARAWIH,
JOM MUHASABAH,
TINGGALKAN TIVI DIK,
Kita manfaatka Ramadan.

Adik,
tivi tu tk bawa adik ke mana,
Kita hitung amalan kita dik,

Akak pun suka nonton,
Tapi ini bulan Ramadan dik,
Kita jangan ikut cakap Tivi tu.

30 August 2008

CATATAN 30 OGOS


 Assalamualaikum...


Nampaknya sehari dua ni banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita...

Esok dah nak sambut merdeka... yang ke-51... Merdekakah kita sebenarnya? Kemerdekaan kita bermakna jika kita berjaya melempiaskan hasutan syaitan dalam diri kita... Tentu merdeka tahun ini amat bermakna jika berjaya memasuki madrasah Ramadan dengan hati yang bersih..

Esok juga tengok anak bulan..Minta-minta lusa puasa... maknanya malam esok tarawih pertama kita untuk 1429H.. Bersediakah diri menempuh madrasah ramadan... atau bahasa orang sekarang bole dikatakan sebagai akademi Ramadan... Hdirnya setahun sekali... Namun yang istimewa, kita semu muslim menyertainya... Hadiahnya amat lumayan. ALLAH menyediakan ganjaran yang amat lumayan... Kita tak dapat bayangkan. Menanti setiap peserta yang berjaya melaluinya dengan jaya.

Semalam ada perbentangan beanjawan 2009.. Aku tak sempat mengikutinya, namun ada juga aku belek- belek beberap laman berita... Hm, apa-apa pun sebagai pelajar aku tak mersakan kesannya sangat, namun cubalah kita terima seadanya. Kena juga ucap terima kasih walaupun mungkin ada di sebaliknya belanjawan seperti itu.,..

*Semalam juga ada ceramah AUKU... di UIAM Gombak.. Aku sempat juga mengikutinya walaupun bukan daripada mula... Alhamdulillah, memang panas... memang bagus... Ini menunjukkan mahasiswa belum mati sebenarnya...


KITA NI MEMANG PELIK


Kita boleh pergi konsert tapi susah benar nak ke majlis ilmu… sedangkan kita tahu malaikat mendoakan mereka-mereka di dalam majlis ilmu.
Kita kata tak cukup ilmu, tapi kita suka suka buang masa kita tanpa menimba ilmu yang ada… sedangkan kita tahu kunci untuk membuka pengetauan itu belajar dan membaca serta bertanya untuk kita tahu,

Kita cukup makan, tapi kita selalu komen makanan yang kita makan tak sedap, kurang itu ini, sedangkan kita tahu kawan-kawan di Negara lain menderita tak makan dan makan apa sahaja yang ada tanpa keluhan untuk mengikat perut, dan kadangkala tak makan.

Kita suka marah bila ibu atau ayah melarang kita melakukan sesuatu yang kita suka…

contohnya bercouple… sedangkan kita tahu, Tuhan cakap JANGAN HAMPIRI ZINA… kita kata itu mengikat kebebasan… tapi bila jadi sesuatu yang tak diingini, kita malukan mak ayah, kita baru rasa bersalah, dan hati mereka sudah remuk… Bagaimana ini?

Kita kata tak pandai cakap, sedangkan bila diajak berbual tentang artis, kosmetik, makanan, @ apa-apa setara dengannya kita mampu tak tidur sampai pagi… pelik kan, kita? Sedangkan pabila kita berbicara tentang mati, tentang ilmu, 5 minit dah menguap…
Kita kata tak mahu kawan syaitan, tapi kita sedang berkawan dengannya… Bagaimana? Kita memang selalu membazir.. apa sahaja… wang, masa, tenaga, … Lainlah jika wang itu untuk kebajikan… sedangkan kita yang selalu cakap membazir tu kan kawan jenderal syaitan…

Kita tak mengendahkan hal ehwal semasa yang berlaku sedangkan selalu dicanang-canang supaya kita kena selalu ambil tahu hal ehwal semasa.. supaya tak buta kayu… tapi apa yang berlaku semalam di Nilai ni pun kita taktau..

Inilah sedikit sebanyak perkongsian aku hari ini… daripada hati ini… untuk diri ini sendiri dan sama-sama kita perhatikan…. Sesungguhnya hidup ini hanya tiga ketika…. Semalam, hari ini, esok… Bersediakah kita untuk menghadapi realiti yang jauh benar daripada kehidupan kita sekarang… Renungkan diri kita… Di manakah kita takat ini???

BELAJAR KHAYAL 2


Bila membelek-belek post yang lalu, teringat nak sambung pasal topik yang aku suka ni "الوصف". Memang aku tersenyum setiap kali kelas ni, mengantuk pun akan ditahan... Ini kelas hari khamis yang lalu.
Hari ni ustaz hanya tunjukkan contoh maqalat(petikan) yang menggunakan imaginasi ni... Ditulis oleh ustaz Maad sendiri dan beberapa contoh syair dan qasidah arab... Walaupun tak faham semua cukup menyentuh rasa..


Petikan yang ustaz tulis: menceritakan tentang tiga orang sahaba dalm biliknya. Tentulah bukan kisah yang benar kerana ustaz hanya menggambarkan kemingkinan itu.. kisah daripada fikiran Usatz sendiri. Ada tiga kawan dan digambarkan setiap seorang.. Mereka tinggal dalam bilik yang agak sempit dan pengudaraan yang tidak mencukupi.. Faham sendirilah keadaannya.


1. yang pertama: sangat tinggi, hinggakan setiap kali nak tidur kakinya yang terlunjur akan melepasi katilnya sendiri... Adalah gambaran yang diberikan, memang menarik, tapi dalam bahasa Arab. Ada masa aku akan kongsikan maqalat ini.
2. Gemuk, hinggakan kalau ada yang tidur di sebelahnya akan jatuh daripada ktil
3. Sangat kurus, 


Semua ni ada digambarkan oleh ustaz dengan perkataan yang sangat menarik, bahasa arab. Tak rugi belajar tjuk ni... mengajar anak murid untuk berimaginasi, memang bagus.


Qasidah yang ustaz tunjukkan ada tiga, tapi aku nak berkongsi satu..Aku hanya akan ceritakan, sebab qasidah ni dalam arab.. Ustazagitahu, mengalir air mata jika dihayati... Cantik, kan bahasa al-Quran ini...


Seorang lelaki yang memerlukan duit menemui sorang pemuda, lalu diminta wang. Jawab pemuda, kamu berikan hati ibumu, maka aku akan berikan apa yang kamu mahu. Maka berlarilah lelaki tadi menujun ke rumahnya, dibunuh si ibu lalu dikeluarkn hatinya... Berlari dia mahu kembali kepada si pemuda, diberikan hati si ibu. Kerana terlalu gopoh, dia tersungkur, lalu hati si ibu tadi bersuara, wahai anak, kekasihku, kamu tak apa-apa? (diterjemah aku sendiri, tak ingat ayat), si anak terkedu. Aku telah membunuh ibuku sendiri, tapi ibuku tetap mengucapkan bahasa yang baik padaku. Lalu dia mahu membunuh dirinya sendiri.. Bersuara lagi hati si ibu, janganlah kamu membunuhku dua kali. Ertinya jika si lelaki tadi membunuh diri samalah seperti membunuhnya buat kali kedua. Si anak tak tahan, lalu membenamkan pisau ke dadanya... Sebagai pengajaran supaya tak berkelakuan sepertinya.


Pengajaran:
1. Ibu sangat menyayangi kita
2. fikir sebelum bertindak
3. Jangan menyesal setelah melakukan, maksudnya, berhati-hati sebelum bertindak.. think before talk.

25 August 2008

WANITA ACUAN AL-QURAN


(WANITA YANG ALLAH RAKAMKAM NAMA MEREKA DALAM SURAH AT-TAHRIM)

Inilah antara wanita yang namanya tercatat dalam al-Quran, sebagai panduan buat aku dan semua yang membacanya. Harap dapat diperbetulkan jika tersilap dan dan berkongsi maklumat lain yang kalian tahu. Syukran. ("o")


Isteri nabi Nuh dan Nabi Luth: (surah at-tahrim: 66:10)
mereka berdua mendapat keistimewaan oleh ALLAH, menjadi isteri kepada pesuruh-NYA, namun kerana menderhaka kepada suami masing-masing mereka akan bersama orang-orang yang masuk neraka. Teringat lagu Raihan:
Iman mutiara.. antara liriknya..

"Iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
ia tak dapat di jual beli,
ia tiada di tepian pantai."

isteri nabi Luth-  memberitahu kepada penduduk negeri kedatangan malaikat yang menyamar sebagai lelaki kacak di rumah nabi Luth. Pada zaman itu hubungan sejenis adalah satu ketagihan. Mendengar perkhabaran itu, mereka menyerbu rumah nabi LUTH.

 isteri nabi Nuh-
tak mengikuti ajaran suaminya. (aku tak ingat kisahnya.)


isteri firaun-Asiyah...
(at-tahrim 66:11) walaupun hidupnya dilingkungi harta melimpah, namun apabila nabi Musa datang membawa kebenaran, dia memilih untuk beriman, dia sanggup meninggalkan semua kekuasaan dan kekayaan untuk mencapai reda Tuhannya. Malahan berdoa.

" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."

 Kita sendiri maklum akan kejahatan Firaun sehinggakan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Ironinya, Subhanallah, isterinya sendiri seorang yang taat menjalankan suruhan agama.

Maryam puteri Imran- (at-tahrim-66:12)
Ibu kepada Nabi Isa yang lahir tanpa bapa. Ini kerja Tuhan, yang berkuasa atas tiap-tiap satu. Kun fa ya kun, jadi, maka jadilah. Tuhan boleh memerintah tanpa bantuan malaikat dan semuanya, namun ini menunjukkan betapa ALLAH mempunyai perancangan dan menunjukkan pada kita hamba, setiap sesuatu perlu dilakukan dengan usaha, bukan sekadar tawakkal. Maryam tabah walaupun dicaci dan dikatakan sebagai perempuan tak bermaruah kerana mengandungkan anak tanpa bapa, namun ALLAH muliakan Maryam, di biliknya ALLAH berikan makanan, pernah satu cerita di mana beliau menggoncang pohon tamar yang tak berbuah, dalam keadaan yang sangat keletihan kerana melahirkan, berguguranklah buah daripada pohon yang tidak berbuah itu.


20 August 2008

Luahan Lu'luah


20 Ogos 2008

Seandainya kaki dan tangan ini,
mampu berkata-kata,
apakah yang akan mereka bicarakan tentang aku?
Aku yang sudah kehilangan sealanya kini.
Dalam suka aku semakin dicengkam kesunyian,
mungkin salah aku
tak pandai menjaga semua yang sepatutnya aku endahkan.
Jauh semuanya daripada hidup aku kini,
Tiada lagi kegemaran dulu.
Kegersangan,
Ketegangan,
Mengisi wajah suramku...
Tiada senyuman terukir,
Aku tahu salah ku ini,
Maafkan aku sahabat,
Tak mampu menjadi kawan yang baik,
pedulikan perangaiku ini,
Walaupun nampak kaku,
Aku masih mencari diri.
Seandainya kau temui celanya aku,
Tegurlah,
aku amat menghargai,
Aku suka dikeji, dikutuk,
Bukan dipuji,
Aku benci pada pujian...

Catatan buat sahabat yang aku sayangi, kalian banyak membantu aku dalam segala segi... Semangat, kewangan, nmacam-macam yang tak tercatat oleh aku... Aku malu dengan kebaikan itu... Doakan aku tetap di jalan kebenaran...

Mengapa hari ini perasaan ini seakan terbang bersama diri aku yang terawang-awang... Tak berada di alam dunia. Aku ingin ketawa... ketawa ... dan ketawa.... Sampai orang kata aku gila... haha... hari ini otak aku tak berfungsi dengan baik, jangan marah... Aku hanya menurut akal uang sedang sakit... hehe,,,

20 Ogos 2008


Terima kasih sahabat,
Atas ucapan,
Ingatan,
Pesanan,
Penambahan usia ini,
Bukan menambah suka,
Ingatan,
Mati yang kian hampir,
Sudah bersediakah diri?

MERAPU BETUL


Bukan hasrat aku untuk memenuhkan entri ini dengan luahan yang tak sepatutnya, tapi bila akal aku sedikit serabut kerana berfikir entah apa-apa. walaupun hakikatnya otak ini jarang berfungsi pun, aku jadi tak keruan, cakap aku jadi lain, apa yang aku tulis berdasarkan perasaan... Jadilah macam hari ini... Jemari ini mengatur satu-satu kata tanpa aku pedulikan isinya lagi... Aku tak pasti apa sudah jadi pada aku hari ini.... Tolong aku, Tuhan... Ketahuilah kebahagiaan yang aku damba tak mungkin hadir jika aku sendiri tidak mencarinya.... Sesingguhnya aku yang perlu berusaha, bukan membiarkan akal yang tak sihat itu menguasai diri sendiri....

Tak pernah sebelum ini aku rasa begini.... Nak luahkan, tapi tak ada apa untuk diluahkan... Apa dah jadi sebenarnya ni??? Aku tak punya jawapan pada soalan yang aku tanyakan pada diri..... Keserabutan...

"Berzikirlah, dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang."