Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

Kalian Yang Terpilih

kredit:  rumah kita paling indah Ramai orang akan mengeluh saat mendapat tahu mereka akan dipindahkan ke tempat baharu.  Almaklumlah daripada tempat selesa menuju tempat tidak dijangka...  Banyak kekurangan.  Kalau boleh semua mahu mengelak.  Namun apa boleh buat, ada kekangan yang menyebabkan perkara ini tak dapat dielakkan.  Kita terpaksa menghadapinya.  Apa-apa sekalipun buat sahabat semua, teruskan perjuangan kalian.  Jangan mengalah di tempat baru.  Kita sedang berjuang dan orang berjuang itu pasti akan diuji...  Biar apa yang terjadi jika kita bersabar ada buah yang manis dapat kita rasa.  Namun jika kita asyik mengeluh, semua perkara yang dibuat serba tak kena dan kita akan cepat letih dan muak.  Perasaan benci akan menguasai..

Terima Kasih, MPR 2007

Sudah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak pulang daripada MPR tempoh hari, saya langsung tak peluang ke pusat komputer. Almaklumlah, tempat baru. Pusat komputer ini pun baru di buka... kasihan... Mula-mula melayari laman sesawang MPR terkejut juga melihat banyak isu-isu baru yang saya tidak tahu. Apa-apa pun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selama ini. Buat semua yang banyak mamberikan pertolongan sepanjang seminggu saya berkampung di DBP, hanya ucapan terima kasih saya ucapkan. Banyak jasa dan budi kalian yang tak terbalas. Para fasilitator yang menabur budi. Urusetia yang baik hati, kawan-kawan yang memahami. Saya sedar dan amat maklum keadaan saya ketika di sana mungkin menimbulkan sebuah persoalan. Saya memang lebih gemar memerhati, seolah-olah tidak ambil endah... Buat sahabat keluarga MPR 07, teruskan perjuangan kalian. Sekali melangkah teruslah mara, kita perlu memperjuangkan bahasa kita yang semakin hanyut ditelan arus masa.. Kita adalah tunas yang akan menj