26 September 2007

Semilir

Sesekali ada semilir yang menghembus,
halus,
meresap ke sudut paling dalam...
aku tersentak daripada lamunan,
ku tidak bisa lagi hidup di alam fantasi,
pulangkah diri pada sebuah realiti,
yang menuntut suatu erti.

terkenangkan Fahri,
gigih menuntut, membina jati diri,

terbayangkan Azam,
si penjual tempe,
gigih mencari rezeki,
menyara keluarga,
untuk adik-adik,
rela menggadai misi dan visi.
sedangkan aku,
mewah di bumi merdeka,
namun, tidak mampu mencari,
nilai sebuah kemewahan dan NIKMAT...

10.01p.m 14 ramadan 1428

23 September 2007

Rasa Nak Tergelak

Bibliobankrupsi adalah istilah yang Sharon Bakar, pemilik blog Bibliobuli gunakan untuk pautan ke kedai buku di blog beliau. Saya tidak pasti samada istilah itu ada dalam kamus. Yang pasti, seorang pencinta buku atau bibliofilik boleh jadi bibliobankrupsi jika menghidap penyakit bibliomania.

Seorang bibliofilik adalah seorang peminat buku yang suka mengumpul buku. Bibliomania pula adalah bibliofilik yang gila mengumpul buku walaupun kadang-kadang buku itu tidak tidak membawa faedah kepada pembelinya.

Bibliobankrupsi pula bibliofilik yang kehabisan duit kerana berbelanja sakan membeli buku. Memetik kata-kata Desiderius Erasmus : "Bila saya ada sedikit wang, saya beli, dan jika ada wang berbaki, saya beli buku dan pakaian"

Saya tak pasti samada saya tergolong dalam bibliofilik atau atau bibliomania. Yang nyata, seminggu dua ini, saya sudah bibliobankrupsi!

Kedai Buku Popular telah menganjurkan Karnival Jualan Buku yang dikatakan terbesar di wilayah utara. Saya jarang ke Penang Megamall. Kurang gemar dengan susunan kedai-kedainya. Namun, Kedai bukunya yang baru diubahsuai memang menarik perhatian. Dua tingkat kedainya. Saya juga baru tahu ada surau yang besar betul-betul sebelah kedai buku Popular.

Jualan buku kali ini memang benar-benar menggiurkan. Diskaun serendah 15% sehingga 70%. Saya habis 6 keping not biru dek terpesona dengan buku yang murah.

Ultimate Business Library - Stuart Crainer RM70 RM19.14
Mind Set - John Naisbitt RM49.90
The Reluctant Politician Tun Dr Ismail - Ooi Kee Beng RM68 RM54,40
Hikayat Muhammad Ali Hanafiyya RM19 RM16.15
The Undercover Economist - Tim Hartford RM37.50 RM26,25
Solat Tiang Agama RM11.00 RM9.35
Pelik Tapi Benar Dalam Solat RM25.90 RM22.01
Confession of an Economic Hitman - John Levitt RM45.50 RM36.40
Man & Wife – Tony Parson RM35.90 RM28.72
Tariq – Menang Ataupin Syahid RM23.90 RM20.31

Walaupun tidak kedai buku, anda masih boleh jadi bibliobankrupsi jika tidak mengawal jari dari mengetuk keyboard ke kedai buku di talian. Saya beli buku berikut di Ujanailmu.

Falsafah Hidup - Hamka RM29.00
Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB – Hamka RM25.00
Pakej Nama Beta Sultan Alauddin- Faisal Tehrani RM30.00

Faisal Tehrani antara punca saya jadi bibliobankrupsi kali ini. Prolifik sungguh menulis buku. Menulis buku macam makan kacang. Tak pernah dibuat saya beli buku seorang penulis berturut-turut. Tak sampai seminggu saya pesan pula buku berikut;

Pakej Tuhan Manusia – Faisal Tehrani RM35
Seni Muzik Keroncong – Ariff Ahmad RM40
Biografi Prof Ahmad Ibrahim RM35

Saya sudah tak ingat berapa keping not biru sudah melayang. Saya rasa cukup buat bekalan hingga bulan Syawal

* Catatan ini saya petik daripada blog orang lain tapi ada gak terasa. Bayangkan pelajar macam saya habiskan hampir RM200 untuk beli buku dalam masa satu hari.... kerja gila.

22 September 2007

The Teacher Samy Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Kau Yang Bernama Teman

“Nama saya Muhammad Wasim Iqbal.”

Pagi awal jun itu kelas 5 Mujahid menerima seorang pelajar baru. Ada rupa dan di kepalanya elok terletak songkok. Tentulah akan duduk di sebela Wildan kerana hanya itu tempat yang kosong.

“Saya Wildan Mujahid. Panggil Wildan.” Sengaja dia berbasa-basi membuka ruang persahabatan. Memang dia dikenali sebagai pelajar paling ramah di sekolahnya.

Waktu rehat hari itu dia mengajak Iqbal bersama ke kantin.

“Sebenarnya saya daripada sekolah beragama. Berpindah ke sini kerana mengikut Walid dan Ummi.Saya tak gemar tinggal di asrama. Jadi saya mengikut Walid yang diarahkan bertukar ke Marang. Ummi saya suri ramah sepenuh masa. Awak, bagaimana? Bagaimana keluarga awak?”

“Keluarga saya biasa saja. Ah, tak perlulah diceritakan. Seonok tak belajar di sin?”

Pantas sahaja dia menukar topik sambil menghulurkan senyuman hambar.

“Awak tak mahu cerita tak apalah...”

“Ayah dan Mak aku bercerai ketika aku masih kecil. Masih mentah. Ayah aku dah berkahwin semula dan Mak aku sibuk cari duit untuk kami.”

Hari ini Wildan tidak ke sekolah. Menghabiskan masa di tubir sungai di belakang rumahnya. Malas rasanya aku menghadap wajah Iqbal yang terlalu kerap menghulur pertolongan. Biarlah diri yang menanggung semua ini.

Dia terbayangkan seraut wajah emak.

‘Bagaimana kalau dia tahu masalah aku. Tentu dia kecewa. Tapi aku ak mahu menyusahkan Emak. Dia sudah cukup derita. ’

Di rumah Wildan anak yang taat. Menurut cakap Emak. Menguruskan adik-adik. Iqbal seperti mengesyaki dia ada masalah. Malah pernah mengaakan yang dia ada masalah besar.

‘Iqbal memang bijak menelah perasaan aku. Aku suka perhatian itu. Tapi aku malu dengan kau, dengan segala kekuurangan aku.’

Lamunannya terhenti. Bunyi ranting-ranting dipijak mengejutkan Wildan. Pantas dia berpaling. Bagaimana insan yang yidak aku undang ini mengganggu?

“Iqbal?”

“Wildan, aku datang sebagai sahabat. Aku ingin bersama kau meleraikan masalah kau. Aku ingin Wildan yang aku kenal sebelum ini. Atau kau tak selesa dengan aku?”

“Mana kau tahu aku ada si sini?”

Tanpa mengendahkan soalan Iqbal, dia bertanya. Pelik juga mudahnya dia menjejaki.

“Rumah kau aku tanya Luqman. Adik kau tunjukkan ini. Katanya sinilah tempat kau habiskan masa lapang.”

“Begitu...” Kemudian dia hanya membatu. Ternyata pelarian ini tidak berjaya. Wildan segan berhadapan Iqbal. Dia cemburu apabila Iqbal menceritakan kerukunan keluarganya. Kelihatan amat menggembirakan dan seperti tiada masalah yang berlaku.

“Kau perlu dekatkan diri dengan Tuhan, Wildan. Adukan segala masalah kau. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Dia meraupkan tangan ke wajahnya. Tidak bersedia menerima sebarang nasihat. Banyak gelora yang datang. Jiwanya kacau. Seketika, seperti ingin menjerit menyuruh Iqbal pergi. Namun tidak manis pula mengenangkan kesusahannya menjejaki hingga ke sini.

Iqbal memaut bahu sahabatnya itu. Memberi kekuatan. Dan Wildan sekadar membeku. membiarkan.

“Aku tahu kau tak memerlukan aku saat ini. Namun izinkan aku meriwayatkan satu kisah.”

Wildan tidak memberi reaksi.

Seorang bayi yang tidak tahu mana asalnya ditemui sepasang suami isteri di hadapan banglonya. Isterinya masih di hospital. Masih terlalu lemah kerana keguguran. Tangisan pada hening Subuh itu mengejutkan si suami yang mahu ke hospital, melawat isterinya.

‘Anak siapa? Comelnya.’

“Mungkin ALLAH nak gantikan budak ini dengan anakku yang gugur itu. Syukur Ya ALLAH.

Anak itu kemudiannya disusukan oleh isterinya setelah dia dibenarkan pulang. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh walaupun bukan darah daging sendiri. Dan sehingga kini anak itu dianggap darah dagingnya.

“Kenapa kau ceritakan pada aku? Apa kaitannya?”

Aku bingung mendengar cerita Iqbal. Seperti tiada dengan masalah aku.Namun saat aku berpaling padanya, ada air jernih di pipi itu. Aku terkedu.
“Wildan, itulah aku. Aku bersyukur ada Walid dan Ummi yang menyayangi aku. Pada mulanya memang payah untuk aku terima. Walid ajar aku untuk reda. Aku buah hati mereka. Itu kata Walid dan Ummi. Namun aku tidak membuang keinginan untuk mengenli Ayah dan Ibu aku.”

“Iqbal...”

Aku memeluknya tanpa ragu. Tak sangka kisahnya lebih pedih daripada apa yang aku alami. Lenyap segala cemburu dan terdetik simpati di lubuk hati ini.

“Sudahlah, Iqbal. Kita lupakan segala kisah silam. Jadikan semua itu suatu memori.Kita gembirakan hati insan-insan di sekeliling kita. Terima kasih atas cerita itu.”

“Ya, Wildan. Setiap kali selepas solat aku doakan kesejahteraan orang-orang yang menyayangi aku. Tak lupa Ayah dan Emak yang tidak pernah aku tatap. Solatlah yang memberi aku kekuatan.”

Wildan seperti disentak sesuatu. SOLAT!!! Lama dahi ini tidak mencium sejadah. Padanlah aku selalu resah dan gelisah.

“Wildan, pandang matahari di ufuk barat itu. Sebentar lagi pasti lenyap cahayanya dan esok akan kembali bersinar. Tapi kita belum tentu sampai bila dapat menatapnya. Mungkin esok kita akan diarak ke tanah perkiburan.”
“Terima kasih Iqbal kerana menyedarkan aku. Susah nak jumpa sahabat seperti kau sekarang. Nak merosakkan memeng ramai namun yang membina satu dalam seribu.”

“Usah berterima kasih pada aku. ALLAH yang menggerakkan hati aku untuk mengenali kau lebih dekat.”


Persahabatan dengan Iqbal seolah-olah igauan kini. Dia pula diterpa persoalan akan ketidakhadiran Iqbal sejak tiga hari lalu.

“Dia dimasukkan ke hospital. Penyakit buah pinggangnya semakin kronik dan memerlukan rawatan segera. Namun tiada buah pinggang untuk digantikan.”

Telefon awam yang Wildan gunakan terkulai mendengar perkhabaran itu.

“Ya ALLAH, selamatkan Iqbal sahabatku. Panjangkan usianya.”

“Kita perlu sentiasa tersenyum,teman. Senyuman dapat menyelesaikan masalah. Senyuman bisa melenyapkan kedukaan. Senyuman ada aura...ada penarik.”

Kata-kata Iqbal kembali terngiang-ngiang. Ya, senyuman ada kuasa dan tarikan. Aku carik secebis senyuman, memohon kekuatan.

“Iqbal...”

“Wildan... Terima kasih kerana melawat aku.”

Tersungging senyuman walaupun tidak semanis dulu. Tabahnya dia menjalani suratan kehidupan ini.

“Cepat sembuh, Iqbal. Peperiksaan kian hampir. Kau perlu sihat.”

“Aku tahu. Doakan aku cepat sihat. Tapi sekiranya terjadi apa-apa, kejayaan kau adalah kejayaan aku juga. Aku berbangga.”

Petang yang singkat itu aku gunakan sebaik-baiknya. kami berkonsi cerita, berkongsi rasa.


Hati meronta-ronta untuk melakukan pengorbanan untuknya. Alhamdulillah, Wildan berjaya melakukannya. Semuanya dia rahsiakan, mereka berkongsi buah pinggang.

Hati Wildan bertambah riang melihat wajahnya di sekolah selepas sebulan berlalu. Wajahnya bertambah tembam, itu yang dapat dikesani. Kesungguhan Iqbal mengulangkaji sekaligus membakar semangat Wildan untuk berjaya.
“Alhamdulillah, kau semakin sihat, Iqbal. Minggu depan perjuangan kita akan bermula. Ma’al taufik wan najah.”

“Ya, Cuma aku terkilan tak mengenali siapa yang bermurah hati mendermalan buah pingangnya untuk aku. Aku benar-benar nak berterima kasih padanya.”

“Kau tak tahu sekalipun doakanlah kebahagiannya. Mungkin dia ada alasan sendiri daripada memdedahkan dirinya.”


Wildan gelisah. Ke mana Iqbal? hari ini merupan kertas terakhir bagi peperiksaan mereka. Ekonomi Asas. Lagi setengah jam kertas soalan akan dikutip. Sesekali aku mengerling ke tempatnya yang kosong. Aku hampa kerana dia tetap tidak datang.

Tamat peperiksaan dia menapak ke rumah Iqbal. Tidak dipedulikan terik matahari di atas kepala.

Kopiah putih dan suasana suram seperti mengkhabarkan sesuatu yang buruk Kopiah putih. Wanita bertudung. Keranda di halaman rumah. Tidak perlu ditanyakan pada sesiapa apa yang sedang terjadi.

“Wildan...”

Walid Iqbal terlebih dahulu menegur aku. Tanpa silu aku memeluknya. Renungan matanya membenarkan segala sangkaan.

“Dia bukan meninggal kerana penyakitnya. Kemalangan pagi tadi meragut nyawanya. Tak siapa sangka. Terlalu pantas. Dan dia tetap tak tahu siapa penderma buah pinggang padanya.”

Wajah tenang Iqbal lekat di ingatan sampai bila-bila. Ada senyuman tersungging di bibir. Dadaku sebu saat menciumnya buat kali terakhir.

“Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih mnyayangi dirimu,
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa.”

Lagu dendangan Hijjaz bersipongang di telinga saat meninggalkan tanah perkuburan petang itu. Aku reda dengan perpisahan ini. Kasih seorang sahabat bernama Iqbal tetap di sanubari. Mekar mewangi meski jasad ditelan bumi. Amanlah Iqbal bersama golongan Solihin. Ameen.


Kematian dia yang dipangil sahabat menyedarkan Wildan bahawa muda bukan bereti tak mati. Amalan dan persediaan yang perlu. Persahabatn yang dibina atas nama ALLAH akan terus berkekalan walaupun jasad dan badan bercerai. Bukan mudah mencari sahaba sesetia Iqbal pada zaman sekarang. Dia ibarat permata di perlimbahan.

LUKLUAH NUR JAMILAH
22 SEPTEMBER 2007
10 RAMADAN 1428
1:02P.M
CFS IIUM, ZAINAB JAHSY 219A

Catatan di Pinggiran

Ana mahu mengasah kembali bakat yang hampir terpadam kerana lama tak digunakan. Semoga ana diberi kekuatan untuk melakukan ini.

Ana tak mahu mensia-siakan bakat yang ALLAH kurniakan pada ana Insya ALLAH ana akan lakukan yang terbaik. Walaupun ana tahu ana terlalu mentah dalam dunia ini. Banyak kurang daripada lebihnya.

Tapi tak salah mencuba,kan...
Ana mencintai dunia penulisan.
Teringat semangat yang cikgu Zaini berikan...

Aku teransang untuk melakukan sesuatu. Membuktikan yang ana sebenarnya tidak terlalu terkebelakang. Ana amat mengalu-alukan sebarang komen pada apa-apa yang ana tulis, kritikan lagi bagus...

Nak Couple?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh.
Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.

Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30.

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja.

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...” Surah An-Nur(24) ayat 31.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.

Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melankah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”

* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah, “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29) , ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya.
Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah. .

firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah- Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita.

Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran,

Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.

BAGAIMANA BERCINTA SECARA ISLAM ??


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ;

Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Peringatan untuk diriku dan sesape ajee.. rujuk surah as-saaf [barisan] ayat 2 dan 3 ... mari tinggalkan kisah lalu dan mulakan hidup baru.. sayonara jahiliyyah..
selalunya ape yg diseru akan diuji.. maka doakan ana selalu.. bersama kita saling mengingati.. wallahua'lam.

Azimat Daripada Ayah

Keengganan ayah membenarkan ibtisam menyertai Mnggu Penulis Remaja benar-benar melukakannya.Wajahnya keruh. Dia membatu, mengurung diri dalam kamarnya. Perlahan-lahan diambil kertas putih yang menceritakan kejayaannya menyertai Minggu Penulis Remaja di Pusat Perangina NUBE, Negeri Sembilan.

“tahniah kerana anda telah terpilih untuk menyertai Minggu Penulis Remaja(MPR) 2007 di Pusat Peranginan NUBE, Negeri Sembilan. Pemilihan dibuat berdasarkan karya-karya yang tersiar di majalah terbitan DBP. Hanya 28 peserta bertuah pada tahun ini. “

Sebenarnya Ibtisam tidak mungkin mengetahui khabar gembira itu jika tidak pulang ke kampung. Pelajar sekolah berasrama memang telah ditetapkan jadual pulang ke kampoung yang mesti dipatuhi kecuali apabila terdapat kes-kes kecemasan.
Persaannya bergelora untuk pulang pada minggu iti. Terbayang lembut weajah ibuy. Mesranya wajah Baba. Menyambut buah hati, anak tunggal mereka.

“Assalamualaikum… Ibu…Ibu…. Adik dah sampai.” Ibtisam berlari-lari anak sebaik tiba di banglo desa milik keluarga.

“waalaikumussalam… Cepatnya sayang samapi. Kenapa tak telefon nak balik.”

“Nak kejutkan Ibu daaan Walid. Ibu jangan risau, Adik dah selamt.”

Pantas Ibu merangkul mesra wajah Ibtisam. Memang dia merindui seraut wajah itu. Ibtisan segera berlalu ke bilik. Solat Asare nelum dikerjaka. Pantang baginya melewat-lewatkan waktu solat. Bimbang tak sempat dikerjakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Malam dihiasi bintang cerah 15 Rejab. Terang . Menarik.

* cerpen tak siap. Bosan tak tau camne nak sambung. Tolong le sambungkan,k.

6 Soalan Bonus


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya,

# "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

#"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu.Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

# "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

# "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

# "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

# "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

21 September 2007

sekadar Catatan di Persinggahan


Hari ini kelas ana bermula 10.00 pagi. Jadi, ana ambil kesempatan ini untuk membelek-belek blog ini. Seronok rasanya dapat menulis sesuatu di sini. Ada satu kisah menarik yang terjadi pada seseorang.

Tak menarik sebenarnya, tapi yang.....

Tak sepatutnya kan kalau dah bangun tu tidur balik...

Ish, ish, ish...

Anak dara apalah ni....

Bulan Ramadan ini seharusnya diisi dengan bacaan al Quran, berzikir dan berbincang tentang ilmu, bukannya membuat kilang air liur....

Adakah munasabah bangunnya lambat sampai terlepas solat subuh...

Kepada yang berkenaan jangan ulangi perkara yang sama,malu kaum je...

Cerpen: Impian Afif

 IMPIAN AFIF
Penulis: jamilah mohd norddin

Aku menyingkap tabir kenanganku bersama si kecil, Afif. Memang kesempatan kami bersama amat terbatas namun keletah dan kerenahnya membuatkan aku terus mengingati tampang mungil itu. Sifatnya yang mudah mesra dengan sesiapa saahaja menjadikan Afif disayangi semua penghuni rumah aku. Afif yang merupakan anak kepada kakak sulung merupakan buah hati pengarang jantung bagi aku.

“Nanti bila Afif dah dewasa, Afif nak jadi tentera. Afif benci tengok orang gaduh-gaduh. Afif kasihan melihat orang Islam kat dalam TV tu..”

“kalau Afif nak jadi tentera, Afif kena belajar rajin-rajin. Kena pandai macam Ummi. Kena kuat macam Abah.”

“Itu Afif tahulah Acu. Abah pun selalu cakap macam tu. Nanti Afif pergi sekolah, Afif akan mengaji sampai pandai.”

“Mari kita tidur, Afif. Esok kan Afif nak hantar Acu ke sekolah. Tidur lambat nanti Afif mengantuk.”

Tanpa perlu disuruh, dicapai tangan Umminya lantas dicium. Pantas pula pipinya hnggap di pipi Abahnya.

‘Bijak sungguh Afif. Inilah berkat bimbingan yang betul daripada ibu bapa.’ Hatiku masih sempat berbicara sambil tangan memimpin Afif ke biliknya.

***

Aku meneruskan pengajian bagi tahun kelima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bahagia. Sememangnya aku bahagia di sini. Tarbiah yang ditekankan menjadikan aku lebih bersedia menghadapi hari depan yang pastinya sangat mencabar.

“Ikrimah, muram ana tengok enti hari ini. Enti ada sebarang masalah? Lebih baik kita berkongsi.”

“Syukran ya Ukhti, ana tiada sebarang masalah, Cuma terkenangkan bagaimana agaknya seorang Rasul memperjuangkan Islam sehingga Islam dianuti di mana-mana. Kita harus rasa sangat bertuah dan amat beruntung.”

“Ana tahu.. namun enti menyembunyikan perkara lain daripada ana, Betul?”

“Sudah berkali-kali ana menghubungi Kak Long. Namun tiada sebarang jawapan. Hanya mesin pesanan yang menjawab. Ana bimbang...”

“Innallaha maassabiriin. Doakan agar tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin mereka sibuk agaknya.”

“Berdoalah agar tiada apa-apa yang buruk berlaku. Kita merancang namun ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.”

Aku capai tangan Hasanah lantas dirinya ku peluk. Mahu meredakan perasaan yang bergalau. Hatiku dipenuhi perasaan yang tidak enak. Seolah-olah sesuatu telah terjadi. Tidak pernah sebenarnya hatiku sebegini resah. Tambahan pula apabila terkenangkan pandangan Afif yang seperti memendam sesuatu. aku amat tiada bersedia untuk menghadapi sebarang kejutan.

***
Suasana di kediaman dua tingkat itu kecoh. Afif tiba-tiba rebah dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Hanya emak dan Kak Zi yang tinggal di rumah. Abang Lan awal-awal lagi telah bertolak ke pejabat. emak terkedu sebentar. Bingung dengan situasi yang melanda.

“Assalamualaikum, Pak Mid, Pak Miid!!!” Terkocoh-kocoh emak ke rumah sebelah, jiran terdekat yang merupakan pemandu teksi.

“Afif, Pak Mid. Dia...”

Belum sempat emak menghabiskan percakapannya, cepat-cepat Pak Mid mencelah.

“Aku masuk bersiap. Kamu tunggu di rumah. Aku akan cepat sampai.”

Pak Mid seperti faham akan kekalutan yang berlaku. Segalanya berjalan pantas. Kak Zi memangku Afif ke kereta. Tiada apa yang terlintas dalam fikiran masing-masing sekarang. Masing-masing membisu. Memikirkan apa yang terjadi pada Afif sebenarnya. Kak Zi amat gusar sesuatu menimpa buah hatinya itu.

“Kau telefon Fadzlan tak, Zi?”

Setelah segala urusan selesai, barulah emak teringatkan Abah Afif.

“Ya Allah. Zi lupalah, Mak. Kalut sangat sampaikan perkara sebegini penting boleh Zi lupa.”

Pantas sahaja jarinya menekan punat-punat pada telefon bimbitnya. Berjuraian air matanya menceritakan perihal Afif yang belum sedarkan diri hingga saat ini. Naluri Ibu sering benar. Dan inilah yang meresahkannya. Menjadikannnya tak senang duduk. Hatinya dapat merasai sesuatu. Amat tidak enak.

Aziera sekadar melepaskan pandangan kosong ke arah pintu bilik kecemasan. Apabila pintu itu terbuka, matanya pasti terarah ke situ. Namun tiada sebarang berita tentang Afif.

“Ya Allah andai kau mahu menjemputnya sekarang, biarlah kami sempat bermesra dengannya dulu. Ingin aku cium dahinya. Ya Allah, selamatkanlah anakku.”

***

Aku masih di tempat Ustazah Mardhiah. Pelik aku memikirkan situasi ini. Tidak mungkin tak ada sesiapa di rumah. Kalaupun Kak Zi pergi kemana-mana pasti telefon bimbit dibawa bersama. Kebiasaannya apabila aku menghubungi rumah, pasti Emak akan menyambut. dan aku akan berbual-bual dengan Afif. ‘Ya Allah, semoga tiada perkara buruk yang berlaku.’

“Baraimana Ikrimah? Masih tiada jawapan?”

“Entahlah Ustazah. Hati saya semakin tak enak. Kalau ke mana-mana Kak Zi tak akan tinggalkan telefonnya.”

“Berdoalah agar semuanya selamat, Insya Allah. Mungkin mereka ke pasar agaknya?”

Ustazah Mardhiah seperti mahu mengenakkan perasaan aku yang berserabut. Syukurlah masih ada secebis iman untuk menghalang aku daripada memikirkan kemungkinan yang tidak baik.


Akhirnya, aku mendiamkan diri. Aku benar-benar terganggu.Makanan lansung tidak aku jamah meski dipujuk berkali-kali oleh sahabatku.Jiwaku kacau.


“Ikrimah, abang awak menunggu di bawah.Katanya nak jumpa awak. Penting.” Mendengar perkataan penting membuatkan badan terasa sangat ringan. Cepat-cepat aku menyarung jubah dan mengenakan sarung kaki.

“Abang Lan nak ajak Adik balik. Abang dah minta kebenaran daripada warden. Tak perlu bawa apa-apa. kita terus balik.”

Seperti kerbau yang dicucuk hidung, aku hanya menurut langkah Abang Lan ke keretanya. Melihat Abang Lan yang biasanya amat ramah membatu, aku mengunci mulut serapat-rapatnya. Mendung di wajahnya membawa alamat yang tidak baik.

“Emak sakittkah? Ataupun Afif....” Aku membiarkan persoalan itu tergantung tanpa jawapan.

Bening air jernih mengalir apabila menatap keadaan tubuh kerdil itu. Sebak dada melihat wayar-wayar berselirat yang seakan-akan mengkhabarkan beratnya penderitaan yang terpaksa ditanggung si kecil ini. Aku memaliskan wajah, tidak sanggup meihat.

“Injap jantung Afif tersumbat, Adik. Dulu Kak Zi ingat Afif sakit biasa. Tak ada yang serius. Tak sangka begini sudahnya.”

Kak Zi membongkar kisah di luar pengetahuanku. Aku sekadar memandang dari luar. Aku tidak kuat untuk menghadapi si kecil itu.

Aku terpaksa kembali ke sekolah untuk meneruskan ppengajian. Atas permohonanku kepada pengetua, akau dibenarkan melawat Afiif saban petang. Keadaan Afif semakin menunjukkan perkembangan positif. Akulah insan paling gembira mendengar perkhabaran itu. Daripada ICU, Afif sudah dipindahhkan ke wad kanak-kanak.

“Ummi, bila Afif boleh ballik. Afif nak duduuk kat rumah. Afif tak sakit. Afif sihat kan Ummi. Afif tak mahu tinggal di sini. Ummi...”

“Sabar ye, sayang. Nanti Ummi tanya doktor. Bila Afif sihat, Afif boleh balik. Boleh main dengan Acu..”

“Nanti, Afif balik, kita pergi taman permainan, ye. Kita main sama-sama. Kita tangkap gambar, makan-makan.”

“Seronoknya... Cepatlah Ummi tanya doktor Afif boleh balik bila.”

Aku bahagia melihat senyuman di wajah Afif. Aku melepaskan kucupan di pipi mungilnya.

“Sayang Acu...”

***

Esok Afif akan dibenarkan pulang. kebetulan minggu ini aku dibenarrkan pulang ke kampung. Awalk-awal lagi aku telah mengemas beg pakaian. Tidak sabar aku mahu mmemeluk Afif an membawanya ke taman permainan sebagaimana janjiku padanya. Abang Fadzlan akaan menjemputku selepas solat Zohor..

Bersemangat sekali aku belajar hari ini. Tiddak seperti semalam, aku dibayangi wajah Afif. Ketukan di pintu kketika jam baru menjengah 11 pagi mengganggu konsentrasiku.

“Abang Fadzlan???”

Cikgu memandang aku seketika sebelum memanggil namaku, membenarkan aku mengikut Abang Lan.

Pandanganku gelap sebaik mendengar berita duka yang Abang Lan bawa. Apabila tersedar, aku terbaring di bilik rawatan.

Aku mengikut Abang Lan. Kepalaku benar-benar berat.. Aku beristigfar beberapa kali, memohon kekuatan supaya dapat menerima berita ini.

“Afif pergi ketika sedang tidur. Bukan disebabkan penyakitnya. Allah mahu menguji kita...”

Hanya itu yang singgah di pendengaranku sebelum aku rebah betul-betul di pintu kelas.

Afif selamat diturunkan ke liang lahad. Aku memandang dari luar tanah perkuburan.

“Amanlah sayang di sana.. Nantikan kami di sana, sayang.”

Aku sudah kuat untuk menerima pemergian ini. Mengenang kata- kata kak Zi:

“Dia akan tunggu kita. Kita tak perlu meratapi pemergiannya. Dia tidak membawa sebarang dosa.”

Frasa-frasa dan ketabahan Kak Zi menyedarkan aku. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Muda atau tua telah ditetntukan.Kita hanya merancang, namun Allah sudah tentukan segala-galanya sejak azali. Kita hanya boleh berdoa agar dikurniakan yang terbaik.

***

Setelah hampir sedekad peristiwa itu, aku kini meneruskan cita-cita Afif. Minggu depan aku akan terbang ke Palestin. Menyertai pasukan perubatan yang akan membanntu mangsa-magsa kekejaman Zionis. Walaupun aku tidak mamppu mengangkat senjata, aku tahu Afif gembira dengan pilihanku. Semangatnya bersemarak dalam diri ini. Doaku, amanlah Afif di sana. Aku seolah-olah ternampak bayangannya melambaiku,merestui jalan yang aku pilih sekarang.. bahagialah Afif sayang di sisi Penciptamu. Amiin.


*cerpen ini ana tulis dah lama. Tapi baru je ana taipkan semoga bait-bait kata yang terkandung memberi ilmu buat kita semua... Ana mengalu-alukan sebarang komen daripada pembaca...

16 September 2007

Salam Ramadan

Ramadhan kareem

Tanpa kita sedar sudah tiga hari kita menjalani ibadah puasa. Bagaimana agaknya prestasi puasa kita. Semakin terasa manisnya, atau kita sudah sibuk memikirkan tentang persiapan menyambut raya.

Itulah kita, terlalu ghairah menyambut satu Syawal hinggakan tak sedar sebenarnya esok belum tentu kita dapat berdiri di sini. Belum pasti kita dapat berpuasa lagi esok. Segalanya tercatat dalam Loh Mahfuz...

Tak berubah melainkan dengan doa seseorang hamba itu...

Ya Allah jangan jadikan hamba termasuk kalangan orang yang melupakan-Mu. Semoga aku senantiasa mengingatimu dan menunaikan perintah-Mu.

14 September 2007

Ramadan ...

Ramadhan bersamanya rahmat
Ramadan tetap menjelma. Menemui insan-insan yang merindukannya. Seronoknya mengenang kenangan ketika bersekolah...

Menanti saat-saat berbuka.
Berjamaah bersama...

Tiada lagi di sini. Segalanya perlu dicari sendiri. Diuruskan oleh aku. Tak siapa dapat membantu.

Hanya ada kawan-kawan untuk menghibur...

Aku rindukan SMKAB...

Namun zaman itu sudah berlalu.. Tak dapat diulang. Kepada kalian, semoga Ramadan ni memberi seribu erti buat kita...

08 September 2007

Ramadan Datang Lagi

Selamat datang Ramadhan

Bersediakah diri ini untuk menghadapi ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Atau masih risau dengan puasa yang belum berganti.

Walau apa sekalipun semoga ramadan ini adalah yang terbaik untuk diri.
Diri perlu mernggandakan amalan.
Mungkin ini adalah ramadan terakhir diri...

Siapa dapat menjangka kan. Ana harap semoga ramadan kali ini memberi seribu erti buat diri ana dan semuanya...

Kita harus berusaha melakukan yang terbaik selagi termampu...

Betul tak?

02 September 2007

Orang Tua & Si Alim

Mahu belajar perlukan pengorbanan
Tersebutlah alkisah, datang seorang tua yang mahu menyekolahkan anaknya pada seorang alim. Maka berkatalah sang alim.

"Andainya tuan mahu menyekolahkan anak tuan di sini, mudah. Sediakan RM200.00 sebagai bayarannya."

"Tuan guru, aku tidak mampu membayarnya. Apa kata aku gantikan dengan himar kepunyaanku? Lantaran aku tidak menggemari keldai."

Maka menjawablah tuan guru yang bijak itu.

"Jika begitu, di rumah anda kelak akan ada dua ekor keladai."

Maka fahamlah orang tu itu... Untuk menuntut ilmu memerlukan wang dan pengorbanan. Ilmu tidak datang kalau tidak dicari.