Skip to main content

Posts

Showing posts from 2007

Kalian Yang Terpilih

Ramai orang akan mengeluh saat mendapat tahu mereka akan dipindahkan ke tempat baharu.  Almaklumlah daripada tempat selesa menuju tempat tidak dijangka...  Banyak kekurangan.  Kalau boleh semua mahu mengelak.  Namun apa boleh buat, ada kekangan yang menyebabkan perkara ini tak dapat dielakkan.  Kita terpaksa menghadapinya.  Apa-apa sekalipun buat sahabat semua, teruskan perjuangan kalian.  Jangan mengalah di tempat baru.  Kita sedang berjuang dan orang berjuang itu pasti akan diuji...  Biar apa yang terjadi jika kita bersabar ada buah yang manis dapat kita rasa.  Namun jika kita asyik mengeluh, semua perkara yang dibuat serba tak kena dan kita akan cepat letih dan muak.  Perasaan benci akan menguasai..

Terima Kasih, MPR 2007

Sudah lama blog ini tidak di kemaskini. Sejak pulang daripada MPR tempoh hari, saya langsung tak peluang ke pusat komputer. Almaklumlah, tempat baru. Pusat komputer ini pun baru di buka... kasihan...

Mula-mula melayari laman sesawang MPR terkejut juga melihat banyak isu-isu baru yang saya tidak tahu. Apa-apa pun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selama ini.

Buat semua yang banyak mamberikan pertolongan sepanjang seminggu saya berkampung di DBP, hanya ucapan terima kasih saya ucapkan. Banyak jasa dan budi kalian yang tak terbalas. Para fasilitator yang menabur budi. Urusetia yang baik hati, kawan-kawan yang memahami. Saya sedar dan amat maklum keadaan saya ketika di sana mungkin menimbulkan sebuah persoalan. Saya memang lebih gemar memerhati, seolah-olah tidak ambil endah...

Buat sahabat keluarga MPR 07, teruskan perjuangan kalian. Sekali melangkah teruslah mara, kita perlu memperjuangkan bahasa kita yang semakin hanyut ditelan arus masa.. Kita adalah tunas yang akan menjadi poh…

Salam Imtihan

kepada semua, selamat menghadapi final exam yang bakal tiba...

ingat, kita belajar bukan sekadar untuk peperiksaan tetapi sebagai bekalan untuk menghadapi hati depan yang menjanjikan 1001 cabaran....

good luck!!!!

Madame Yang Berjasa

Sedih sebenarnya mengenangkan kami akan berpisah dengan madame Arnie. Malam itu ana belajar makna sebuah ikatan persaudaran dan tautan kasih sesama insan. Namun setiap pertemuan pasangannnya perpisahan. Semoga ianya hanya seketika. Beliau terlalu banyak berjasa terhadap kami. Tidak mampu dinilai dengan matawang. Banyak yang ana belajar daripada beliau. Tapi biasalah, ana dalam kelas memang selalu muka seposen.

Orang lihat pun...
tapi sebenarnya ana tak cam tu.hehe...
Doa ana, semoga kami mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan nanti...
Buat kawan-kawan, good luck dan terimaa kasih sudi terima ana sebagai kawan..

Buatmu Madame Arnie,
tidak ternilai jasamu,
tidak terbayar budimu,
dengan matawang,
atau,
sebarang emas permata,
bersamamu,
aku belajar erti keberanian,
makna keyakinan,
terima kasih,
syukran,
thank you,
arigato,
hanya buat dan Madame,
Syukur Ya ALLAH,
mempertemukan aku,
dengan sdeorang Madame,
Yang cantik,
dan,
amat memahami...

Entah Aper-Aper ...

Kelas aku dah berakhir... cuma nak exam jer... Entah ler, exam mid sem pun cukup-cukup makan jer. Itulah yang aku buat, dan itulah yang akau dapat... hehe.

Kasih Insan Bersaudara

Setiap pertemuan pasti berakhir dengan sebuah perpisahan. Sama ada kita merelakan atau tidak. Dua hari lalu, madame reading ana berhenti, melanjutkan pelajaran dalam master... memang sayu, mengenangkan dia baik sangat.....

Semilir

Sesekali ada semilir yang menghembus,
halus,
meresap ke sudut paling dalam...
aku tersentak daripada lamunan,
ku tidak bisa lagi hidup di alam fantasi,
pulangkah diri pada sebuah realiti,
yang menuntut suatu erti.

terkenangkan Fahri,
gigih menuntut, membina jati diri,

terbayangkan Azam,
si penjual tempe,
gigih mencari rezeki,
menyara keluarga,
untuk adik-adik,
rela menggadai misi dan visi.
sedangkan aku,
mewah di bumi merdeka,
namun, tidak mampu mencari,
nilai sebuah kemewahan dan NIKMAT...

10.01p.m 14 ramadan 1428

Rasa Nak Tergelak

Bibliobankrupsi adalah istilah yang Sharon Bakar, pemilik blog Bibliobuli gunakan untuk pautan ke kedai buku di blog beliau. Saya tidak pasti samada istilah itu ada dalam kamus. Yang pasti, seorang pencinta buku atau bibliofilik boleh jadi bibliobankrupsi jika menghidap penyakit bibliomania.

Seorang bibliofilik adalah seorang peminat buku yang suka mengumpul buku. Bibliomania pula adalah bibliofilik yang gila mengumpul buku walaupun kadang-kadang buku itu tidak tidak membawa faedah kepada pembelinya.

Bibliobankrupsi pula bibliofilik yang kehabisan duit kerana berbelanja sakan membeli buku. Memetik kata-kata Desiderius Erasmus : "Bila saya ada sedikit wang, saya beli, dan jika ada wang berbaki, saya beli buku dan pakaian"

Saya tak pasti samada saya tergolong dalam bibliofilik atau atau bibliomania. Yang nyata, seminggu dua ini, saya sudah bibliobankrupsi!

Kedai Buku Popular telah menganjurkan Karnival Jualan Buku yang dikatakan terbesar di wilayah utara. Saya jarang ke Penang…

The Teacher Samy Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who pro…

Kau Yang Bernama Teman

“Nama saya Muhammad Wasim Iqbal.”

Pagi awal jun itu kelas 5 Mujahid menerima seorang pelajar baru. Ada rupa dan di kepalanya elok terletak songkok. Tentulah akan duduk di sebela Wildan kerana hanya itu tempat yang kosong.

“Saya Wildan Mujahid. Panggil Wildan.” Sengaja dia berbasa-basi membuka ruang persahabatan. Memang dia dikenali sebagai pelajar paling ramah di sekolahnya.

Waktu rehat hari itu dia mengajak Iqbal bersama ke kantin.

“Sebenarnya saya daripada sekolah beragama. Berpindah ke sini kerana mengikut Walid dan Ummi.Saya tak gemar tinggal di asrama. Jadi saya mengikut Walid yang diarahkan bertukar ke Marang. Ummi saya suri ramah sepenuh masa. Awak, bagaimana? Bagaimana keluarga awak?”

“Keluarga saya biasa saja. Ah, tak perlulah diceritakan. Seonok tak belajar di sin?”

Pantas sahaja dia menukar topik sambil menghulurkan senyuman hambar.

“Awak tak mahu cerita tak apalah...”

“Ayah dan Mak aku bercerai ketika aku masih kecil. Masih mentah. Ayah aku dah berkahwin semula dan Mak aku…

Catatan di Pinggiran

Ana mahu mengasah kembali bakat yang hampir terpadam kerana lama tak digunakan. Semoga ana diberi kekuatan untuk melakukan ini.

Ana tak mahu mensia-siakan bakat yang ALLAH kurniakan pada ana Insya ALLAH ana akan lakukan yang terbaik. Walaupun ana tahu ana terlalu mentah dalam dunia ini. Banyak kurang daripada lebihnya.

Tapi tak salah mencuba,kan...
Ana mencintai dunia penulisan.
Teringat semangat yang cikgu Zaini berikan...

Aku teransang untuk melakukan sesuatu. Membuktikan yang ana sebenarnya tidak terlalu terkebelakang. Ana amat mengalu-alukan sebarang komen pada apa-apa yang ana tulis, kritikan lagi bagus...

Nak Couple?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh.
Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand mad…

Azimat Daripada Ayah

Keengganan ayah membenarkan ibtisam menyertai Mnggu Penulis Remaja benar-benar melukakannya.Wajahnya keruh. Dia membatu, mengurung diri dalam kamarnya. Perlahan-lahan diambil kertas putih yang menceritakan kejayaannya menyertai Minggu Penulis Remaja di Pusat Perangina NUBE, Negeri Sembilan.

“tahniah kerana anda telah terpilih untuk menyertai Minggu Penulis Remaja(MPR) 2007 di Pusat Peranginan NUBE, Negeri Sembilan. Pemilihan dibuat berdasarkan karya-karya yang tersiar di majalah terbitan DBP. Hanya 28 peserta bertuah pada tahun ini. “

Sebenarnya Ibtisam tidak mungkin mengetahui khabar gembira itu jika tidak pulang ke kampung. Pelajar sekolah berasrama memang telah ditetapkan jadual pulang ke kampoung yang mesti dipatuhi kecuali apabila terdapat kes-kes kecemasan.
Persaannya bergelora untuk pulang pada minggu iti. Terbayang lembut weajah ibuy. Mesranya wajah Baba. Menyambut buah hati, anak tunggal mereka.

“Assalamualaikum… Ibu…Ibu…. Adik dah sampai.” Ibtisam berlari-lari anak sebaik ti…

6 Soalan Bonus

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya,

# "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

#"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu.Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

# "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawa…

sekadar Catatan di Persinggahan

Hari ini kelas ana bermula 10.00 pagi. Jadi, ana ambil kesempatan ini untuk membelek-belek blog ini. Seronok rasanya dapat menulis sesuatu di sini. Ada satu kisah menarik yang terjadi pada seseorang.

Tak menarik sebenarnya, tapi yang.....

Tak sepatutnya kan kalau dah bangun tu tidur balik...

Ish, ish, ish...

Anak dara apalah ni....

Bulan Ramadan ini seharusnya diisi dengan bacaan al Quran, berzikir dan berbincang tentang ilmu, bukannya membuat kilang air liur....

Adakah munasabah bangunnya lambat sampai terlepas solat subuh...

Kepada yang berkenaan jangan ulangi perkara yang sama,malu kaum je...

Cerpen: Impian Afif

 IMPIAN AFIF Penulis: jamilah mohd norddin
Aku menyingkap tabir kenanganku bersama si kecil, Afif. Memang kesempatan kami bersama amat terbatas namun keletah dan kerenahnya membuatkan aku terus mengingati tampang mungil itu. Sifatnya yang mudah mesra dengan sesiapa saahaja menjadikan Afif disayangi semua penghuni rumah aku. Afif yang merupakan anak kepada kakak sulung merupakan buah hati pengarang jantung bagi aku.

“Nanti bila Afif dah dewasa, Afif nak jadi tentera. Afif benci tengok orang gaduh-gaduh. Afif kasihan melihat orang Islam kat dalam TV tu..”

“kalau Afif nak jadi tentera, Afif kena belajar rajin-rajin. Kena pandai macam Ummi. Kena kuat macam Abah.”

“Itu Afif tahulah Acu. Abah pun selalu cakap macam tu. Nanti Afif pergi sekolah, Afif akan mengaji sampai pandai.”

“Mari kita tidur, Afif. Esok kan Afif nak hantar Acu ke sekolah. Tidur lambat nanti Afif mengantuk.”

Tanpa perlu disuruh, dicapai tangan Umminya lantas dicium. Pantas pula pipinya hnggap di pipi Abahnya.

‘Bijak sunggu…

Salam Ramadan

Tanpa kita sedar sudah tiga hari kita menjalani ibadah puasa. Bagaimana agaknya prestasi puasa kita. Semakin terasa manisnya, atau kita sudah sibuk memikirkan tentang persiapan menyambut raya.

Itulah kita, terlalu ghairah menyambut satu Syawal hinggakan tak sedar sebenarnya esok belum tentu kita dapat berdiri di sini. Belum pasti kita dapat berpuasa lagi esok. Segalanya tercatat dalam Loh Mahfuz...

Tak berubah melainkan dengan doa seseorang hamba itu...

Ya Allah jangan jadikan hamba termasuk kalangan orang yang melupakan-Mu. Semoga aku senantiasa mengingatimu dan menunaikan perintah-Mu.

Ramadan ...

Ramadan tetap menjelma. Menemui insan-insan yang merindukannya. Seronoknya mengenang kenangan ketika bersekolah...

Menanti saat-saat berbuka.
Berjamaah bersama...

Tiada lagi di sini. Segalanya perlu dicari sendiri. Diuruskan oleh aku. Tak siapa dapat membantu.

Hanya ada kawan-kawan untuk menghibur...

Aku rindukan SMKAB...

Namun zaman itu sudah berlalu.. Tak dapat diulang. Kepada kalian, semoga Ramadan ni memberi seribu erti buat kita...

Ramadan Datang Lagi

Bersediakah diri ini untuk menghadapi ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Atau masih risau dengan puasa yang belum berganti.

Walau apa sekalipun semoga ramadan ini adalah yang terbaik untuk diri.
Diri perlu mernggandakan amalan.
Mungkin ini adalah ramadan terakhir diri...

Siapa dapat menjangka kan. Ana harap semoga ramadan kali ini memberi seribu erti buat diri ana dan semuanya...

Kita harus berusaha melakukan yang terbaik selagi termampu...

Betul tak?

Orang Tua & Si Alim

Tersebutlah alkisah, datang seorang tua yang mahu menyekolahkan anaknya pada seorang alim. Maka berkatalah sang alim.

"Andainya tuan mahu menyekolahkan anak tuan di sini, mudah. Sediakan RM200.00 sebagai bayarannya."
"Tuan guru, aku tidak mampu membayarnya. Apa kata aku gantikan dengan himar kepunyaanku? Lantaran aku tidak menggemari keldai."
Maka menjawablah tuan guru yang bijak itu.

"Jika begitu, di rumah anda kelak akan ada dua ekor keladai."
Maka fahamlah orang tu itu... Untuk menuntut ilmu memerlukan wang dan pengorbanan. Ilmu tidak datang kalau tidak dicari.

Di Manakah Kita?

Hari-hari terpapar dalam akhbar kematian-kematian tragis. Adakah kita mengambil iktibar atas apa-apa yang berlaku. Aku tahu aku sendiri sering alpa dengan kehidupan ini.

Terlalu banyak benda yang boleh melalaikan kita.

tanda-tanda kiamat itu dah terlalu banyak yang terlihat...
Yang kecil hampir semuanya.
Yang besar je mungkin belum terlihat.
Kalau jadi pun mungkin kita tak sedar.
Kita di Malaysia. Kita ambil tahukah keadaan yang berlaku di negara-nergara lain. Orang sekarang malas membaca. Termasuklah yang menulis ni.

Bagaimana nak tahu keadaan semasa kalau asyik dengan hiburan saja.

Ish...Ish...Ish....

Bila kita nak sedar ni???? Banyak benda yang kita tak buat lagi sebenarnya. Dilalaikan oleh benda-benda tak berfaedah lain.

 Semoga kita berubah... Musahabah setakat mana amalan baik kita. Mana kita akan pergi selepas ini....